Assalamualaikum korang!
Ni malam tadi punya cerita selepas frust gagal pasang piring astro.
Korang ingat tak aku pernah cerita pasal rumah mak abah aku yang baru siap tapi tak semenggah tu?
Ingatkan? Ingatkan? Haaa.. begini ceritanya.
Hari sabtu hari tu kita orang bertolak ke kampung dalam jam 11 pagi gitulah.
Kita orang memang suka balik Johor pagi-pagi sebab nak elak jemlah kononnya.
Dan hasilnya kita orang sampai kampung dalam jam 1pm.
Haaaa... korang bayangkan pakwan drive kereta macam mana?
Perjalanan yang sepatutnya ambil masa 5 jam tu jadi 3 jam je tau.
Laju tak laju dia drive sampai aku kat sebelah terkumat-kamit baca doa.
Mintak lancarkan perjalanan sampai ke kampung.
Alhamdulillah kita orang selamat sampai dengan happynya haha.
Excited ni wei nak duduk rumah kampung baru ni.
Kalau korang nak tau, rumah tu aku dah boleh duduk dah tau.
Bolehlah makeup sikit-sikit ada lah jugak rupa 'rumah' tu.
Tapi yang masalahnya, astro tak pasang lagi!
Krik.. krik.. krik..
Aku pandang pak wan, pak wan pandang aku.
Dengan line coverage tak adanya, dengan astro tak adanya.
Masing-masing tepu tak tau nak buat apa.
Esok pagi punya cerita pulak, pagi ahad.
Pagi2 aku ngan pakwan dah cabut pergi endau nak cabut piring astro kat rumah lama.
Ada pulak pesanan penaja dari mak dan mak uda, suruh bawak segala khazanah dia dalam peti sejuk tu.
Dah settle angkut barang bagai, kita orang pun chow balik penyabung semula.
Korang kalau dengar, bunyik cam dekat jekan ulang alik dari endau ke penyabung tu?
Padahal kalau dah ulang pergi balik, mau 10 hinggit gak duit minyak hehe.
Okeh, dah angkut piring astro bagai ke penyabung,
Sebelah petang tu, barulah abah menyuarakan sesuatu pada pak wan.
"Iwan, tolong abah pasang astro sat. Iwan panjat abah pegang tangga."
Muahaha!
Jadinya pakwanlah yang jadi mangsa untuk memanjat dan memasang.
Sebagai menantu yang soleh, gigihlah pakwan memasangnya.
Dah macam rupa pekerja estro dah aku tengok dia, haha.
Haaa... berjaya pulak tu piring tu terpacak kat atas bumbung.
Tapi malangnya sebelum pasang tu pakwan tak check dulu position piring tu kat mana.
Korang bayangkanlah, abah aku punyalah confiden men-setting astro pun tak dapat2 chanelnya.
Sekali baru perasan daaaa... piring tu terhalang dek pokok kelapa belakang rumah!
Dia termenung sekejap, stress dalam macho.
Sampai ke magrib ko, pakwan dan abah memasang astro tapi hasilnya tak ada!
Ingatkan dah boleh tengok TV lah malam tu, sekali hampa je dapat.
Lepas solat magrib, pakwan terus ajak aku lepak kat Mersing.
Gi minum kat restoran Brother Joe kat Mersing yang boleh tahan mahal ko.
Setakat lepak tengok TV dengan secawan kopi, bolehlah dari membosan kat rumah tak de TV.
Jiwa kaco kejap.
Terubat jugak kebosanan kita orang malam tu, hahaha.
Zulaikha sampai dah tidor kat dalam kereta.
Lepaklah kita orang kat sana sampai jam 10 malam.
Lepas tu terus balik rumah.
Macam tulah kebosanan yang melanda kita orang bila astro gagal dipasang.
Rasa buang masa dan tenaga tapi hasil tak ada.
Lain kali cabut dan pasang kat tempat lain pulak.
Kecewa tau. Huhu..
Ok lah, itu je nak cerita.
Bye.