Ruang Iklan Untuk Disewa

Brother Joe Restoran Jadi Tempat Lepak Kami

Assalamualaikum korang!

Ni malam tadi punya cerita selepas frust gagal pasang piring astro.
Korang ingat tak aku pernah cerita pasal rumah mak abah aku yang baru siap tapi tak semenggah tu?
Ingatkan? Ingatkan? Haaa.. begini ceritanya.
Hari sabtu hari tu kita orang bertolak ke kampung dalam jam 11 pagi gitulah.
Kita orang memang suka balik Johor pagi-pagi sebab nak elak jemlah kononnya.
Dan hasilnya kita orang sampai kampung dalam jam 1pm.

Haaaa... korang bayangkan pakwan drive kereta macam mana?
Perjalanan yang sepatutnya ambil masa 5 jam tu jadi 3 jam je tau.
Laju tak laju dia drive sampai aku kat sebelah terkumat-kamit baca doa.
Mintak lancarkan perjalanan sampai ke kampung.
Alhamdulillah kita orang selamat sampai dengan happynya haha.

Excited ni wei nak duduk rumah kampung baru ni.
Kalau korang nak tau, rumah tu aku dah boleh duduk dah tau.
Bolehlah makeup sikit-sikit ada lah jugak rupa 'rumah' tu.
Tapi yang masalahnya, astro tak pasang lagi!
Krik.. krik.. krik..
 Aku pandang pak wan, pak wan pandang aku.
Dengan line coverage tak adanya, dengan astro tak adanya.
Masing-masing tepu tak tau nak buat apa.

Esok pagi punya cerita pulak, pagi ahad.
Pagi2 aku ngan pakwan dah cabut pergi endau nak cabut piring astro kat rumah lama.
Ada pulak pesanan penaja dari mak dan mak uda, suruh bawak segala khazanah dia dalam peti sejuk tu.
Dah settle angkut barang bagai, kita orang pun chow balik penyabung semula.
Korang kalau dengar, bunyik cam dekat jekan ulang alik dari endau ke penyabung tu?
Padahal kalau dah ulang pergi balik, mau 10 hinggit gak duit minyak hehe.

Okeh, dah angkut piring astro bagai ke penyabung,
Sebelah petang tu, barulah abah menyuarakan sesuatu pada pak wan.

"Iwan, tolong abah pasang astro sat. Iwan panjat abah pegang tangga."

Muahaha! 
Jadinya pakwanlah yang jadi mangsa untuk memanjat dan memasang.
Sebagai menantu yang soleh, gigihlah pakwan memasangnya.
Dah macam rupa pekerja estro dah aku tengok dia, haha.
Haaa... berjaya pulak tu piring tu terpacak kat atas bumbung.
Tapi malangnya sebelum pasang tu pakwan tak check dulu position piring tu kat mana.
Korang bayangkanlah, abah aku punyalah confiden men-setting astro pun tak dapat2 chanelnya.
Sekali baru perasan daaaa... piring tu terhalang dek pokok kelapa belakang rumah!

Dia termenung sekejap, stress dalam macho.
Sampai ke magrib ko, pakwan dan abah memasang astro tapi hasilnya tak ada!
Ingatkan dah boleh tengok TV lah malam tu, sekali hampa je dapat.
Lepas solat magrib, pakwan terus ajak aku lepak kat Mersing. 
Gi minum kat restoran Brother Joe kat Mersing yang boleh tahan mahal ko.
Setakat lepak tengok TV dengan secawan kopi, bolehlah dari membosan kat rumah tak de TV.
Jiwa kaco kejap.






Terubat jugak kebosanan kita orang malam tu, hahaha.
Zulaikha sampai dah tidor kat dalam kereta.
Lepaklah kita orang kat sana sampai jam 10 malam.
Lepas tu terus balik rumah.
Macam tulah kebosanan yang melanda kita orang bila astro gagal dipasang.
Rasa buang masa dan tenaga tapi hasil tak ada.
Lain kali cabut dan pasang kat tempat lain pulak.
Kecewa tau. Huhu..

Ok lah, itu je nak cerita.
Bye.

21 comments

August 25, 2014 at 12:45 PM

huhu mesti stress kan xleh tgk tv...tapi smlm dgr kata astro mmg ada mslh..ramai complaint kata xleh buka astro..

August 25, 2014 at 1:17 PM

hahahahh comel je abah KM... :D

August 25, 2014 at 1:31 PM

semua komplain pasal astro ni..hehe

August 25, 2014 at 7:29 PM

pergh...2 jam bezanya tu :O saya pun dah terkumat kamit baca doa kalau duk dalam kete. hehe..

orang kata astro ada buat hal. kalau dari segi pasang piring dia tu, orang kata kita kena pasang priing tu menghadap kiblat. ye ke kak KM?

menarik juga kedai tu. nampak santai. tapi macam cerah gila je kedainya. hehe

August 25, 2014 at 9:17 PM

saya tag sis dalam segmen ni ^^,

http://amysigadisweird.blogspot.com/2014/08/segmen-biar-saya-tolong-cik-farra.html

August 25, 2014 at 11:07 PM

astro errroorrr... tenetttt tenettt .___.

August 25, 2014 at 11:57 PM

Ya memang stress tak tgk TV... klu internet ada, tak bosan le... ni dua2 tak de.. huhu.. ;(

August 26, 2014 at 12:10 AM

spontan je tu... :-)

August 26, 2014 at 12:11 AM

ya ka? tak tau plak astro ada masalah..

August 26, 2014 at 12:12 AM

mmg cerah... dari ngantuk, terus celik mata.. haha :-)

August 26, 2014 at 12:17 AM

dah join dah.. :)

August 26, 2014 at 1:04 AM

Huh mmg stress mcm tu.. tp restoran tu nampak best eh.. :)

August 26, 2014 at 7:44 AM

hehe.. memang best pun en khir... :)

August 26, 2014 at 12:30 PM

hehe..kena professional gak tu..pakwan cuba lagi lain kali ye..

August 26, 2014 at 10:07 PM

Memang bosan takde tv. Sya balik kampung mesti bawak lappy. Boleh juga layan movie. hehe

August 26, 2014 at 10:24 PM

next time sal... bila balik lagi sekali... haha...

August 26, 2014 at 10:30 PM

samalah kita scha... akak pun akan bawak balik lappy... bushan... huhu

August 26, 2014 at 10:34 PM

error manjang haha

August 27, 2014 at 2:21 PM

Hehe. Nasib baik ada alternative walaupun mahal.

August 27, 2014 at 9:34 PM

Tnsion je bila xdpt nk tgk tv ye kak.. Sy duk kaurters pn klau x pasang astro mmng x tgk tv la jwabnya..
Nasib la blh kuar ye kak.. Xla boring kn..

September 2, 2014 at 1:42 PM

dpt bygkn thp kestressan tuh

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia