Green Day (Connect and React)

Assalamualaikum,

Baru-baru ni company ada buat Majlis Green Day. Yang menariknya di saat2 akhir, member ajak masuk main ceper yang mana ku dah lupa cara main ceper hahaha. Sebenarnya ada 2 option batu seremban dan ceper. Bila fikir yang paling mudah, ceper lagi senang. Mula2 tu rasa seronok dan nampak xcited tapi bila dah tiba harinya, rasa kecut perut, seram sejuk sampai member yang masuk main batu seremban boleh cakap nak tarik diri. Haha... sebab apa? Bila tengok lawannya, masing2 menggigil padahal tak ada apa-apa pon haha..

Carilah yang mana satu saya haha...



Yang sporting tu bila GM kami pun join sekali. Bila dah big bos join main batu seremban, dah tentulah kami2 ni kena jaga tingkah laku. Sebab tu yang rasa macam agak stress ngeh..ngeh..ngeh.. Apa pun memang enjoylah join game ni. Yang syoknya ada foreigner tumpang main congkak. So comel kalau tengok dia orang main game traditional tu. Dalam dua game tu, ramai peserta yang join batu seremban. Kita orang ada 6 orang dan kita org bagi 2 kumpulan. Di mana satu kumpulan 3 orang.


Seronok tgk dia org main congkak. Yg ni saja2 je. Tak masuk game pon.

Our GM tgh focus main batu seremban


Dalam 2 game tu ceper yang paling cepat habis sebab tak berapa ramai yang masuk. Dan seperti yang dijangka, group kami dah tentulah kalah teruk hahaha. Lawan dengan group lelaki memang ketaqlah. Deme kalau main mcm2 aksi nampak. Ada yang meniarap, terbaring, menyeget. Memang fun lah. hehe... walaupun kami kalah ceper tapi group member yang main batu seremban dgn bos tu menang dpt nombor 3. Ada bos dalam tu, nak tak nak kena gak lah menang hahaha... tak dapat no 1, no 3 jadilah.

Akhir sekali. Saya walaupun kalah main tutup botol tapi dapat jugaklah menang cabutan bertuah. Haha... berbaloi jugak masuk green day ni.


Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia