Cabaran 30 Hari Entry : Day 6 : Apa yang KM makan hari ni

Assalamualaikum korang!

Kali ni KM sambung balik cabaran 30 hari yang seterusnya.
Fuh! Hari ni dugaan sungguh perjalanan KM ke kampung.
Banyak liku-liku hidup menempuh beberapa ekor hidupan liar hutan.
Tengah pakwan speed laju 100km/jam tu, tetiba muncul pulak seekor berok yang besar berlari merempuh kereta kami sekeluarga.
Nasib baik pakwan sempat reduce speed tapi masih tak sempat mengelak, berok tu tetap menonong dan terus langgar bumper kereta kami dan terpelanting ke tepi.
Masa tu KM dah mengucap panjang dah sebab bunyi rempuhan tu sangat kuat.
Pakwan dah berhenti ke bahu jalan.
Dan syukur sangat kereta belakang pun reduce speed waktu pakwan emergency brake.
Pakwan keluar dan check bumper sebab katanya ternampak serpihan bumper Alza terpelanting masa berok tu hentam kereta kami.
Mujurlah terlekang sikit je bumper dan pakwan boleh klip semula dengan cable tie.
Tapi... serpihan putih apa yang terpelanting masa berok tu hentam kereta kami?
Erm... rupanya cover spotlight Alza KM tercabut daaaa...
Daaaah hilang satu cover spotlight Alza KM, huhu.
Sedih tau cover spotlight lompang sebelah.

KM tanya abah berok tu mana? Tak ada pon bangkainya?
Abah KM kata lepas tepelanting tu dia bangkit dan terus berlari masuk ke hutan.
Mesti berok tu injured teruk dan KM rasa tak lama nyawanya.
Walau apa pun alhamdulillah... kami sekeluarga selamat sampai ke kampung walaupun ada lagi jumpa beberapa binatang lain.
Biawak melintaslah, burung terbang rendahlah, kambing berlari tengah jalanlah.
Semuanya berlaku disepanjang perjalanan kami.
Alahai.. redha jelah. Kami dipilih Allah untuk terima dugaan hari ni.

Oklah, KM pun tak boleh tulis pepanjang ni sebab pakwan bagi masa 2 jam je duduk kat KFC.
Dan untuk alas perut, pakwan bawak KM dan Zulaikha pergi ke KFC sementara makan tengah hari kat kampung ready.

So, ini manu pertama KM jamah untuk hari ni.

Selesai sudah task day 6 ni.
Tunggu day 7 punya task pulak tapi KM tak janji boleh post besok atau tak sebab line kat kampung ni sangat kritikal.
Kalau KM nak online, KM kena berjalan ke mersing.
Ni pun KM update blog kat mersing.
Oklah, itu je nak story.. daaa..

#‎kelabbloggerbenashaari‬
‪#‎cabaran30hari‬
‪#‎harike6

Serangan Malware Di Blog KM? Apa Nak Buat?

Assalamualaikum korang!

KM baru perasan yang blog KM di serang malware.
Patutlah senyap sunyi je pagi ni, tak ada sesiapa singgah tinggalkan komen.
Rupanya blog KM diserang malware.
Serius malam tadi KM tak online dan tido awal so KM tak tau pun blog KM di serang.
Pagi ni baru sedar dan terus cari solution.
Nasib baiklah ada yang up kan masalah ni kat Kelab Blogger BenAshaari.
Kalau tak, KM pun tak tau yang blog KM di serang sekali.
Jadi, KM pun carilah puncanya.
Godek punya godek rupanya punca datang dari pingbusuk
Memang busuk punya ping huhu.
Terus KM nyahkan widget pingbusuk tu dari blog KM.
Dah selesai masalah..

Sumber dari pakcik google.
tak sempat print screen


Box Almari Untuk Zulaikha


Assalamualaikum korang!

Haaa KM memang tengah berangan nak beli almari box ni untuk Zulaikha.
Cantik tak? Cantik tak?
Di mata KM memang nampak almari ni cantik.
Nampak simple tapi moden.
Mudah sikit nak simpan baju dan khazanah dia yang banyak tu.
Korang pernah tengok tak?
Almari ni macam-macam saiz ada.
Kalau korang nak tengok, korang boleh google.
Rasanya dah bersepah online seller duk jual box almari ni.

Kerja KM dok meriki harga kat setiap online seller.
Ada yang jual 20x5 ni RM340
Ada yang jual 20x5 ni RM290
Kalau kat LAZADA jual 20x5 ni RM400 kot.
Cuma KM je entah bila nak membelinya.
Kang bila dah beli, entah bila si pakwan nak memasangnya?
Haha! Tengoklah bila KM dah beli nanti KM share kat entry ya.

Ok, daaa...

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia