Cabaran 30 Hari Entry : Day 4 : Buku kegemaran KM

Assalamualaikum korang!

Haaaa... cabaran kali ni KM nak share apa buku kegemaran KM.
Korang taukan yang KM ni kaki buku dan of cozlah KM suka buku novel dan motivasi.
Penuh satu rak buku tau KM kumpul dari sekolah menengah.
Nak ambik gambo tunjuk kat korang pun segan sebab semak samun dah suasana di situ haha.

Ok, KM cerita buku pertama yang mula-mula menarik perhatian KM dulu.
Korang pernah baca buku novel siri YOYO?
Siapa yang lahir tahun 80an - 70an mungkin pernah baca kot.


creadit to malaynovelclearance 

Kalau korang nak tau, buku siri YOYO ni adalah buku pertama yang KM baca.
Masa mula-mula keluaran dulu, cetakan dia bukan macam gambar di atas ni tau.
Cetakan pertama dia macam gambar 3 buku di bawah ni.
Fuh, nak daptkan 3 buah ni, sanggup ikat perut tau.
Walaupun harganya RM10 satu buku.


Keluaran pertama dia cetak satu buku satu chapter.
Contoh macam gambar yang KM snap ni.
Sempat jugak KM beli cetakan pecahan ni sebelum dia cetak cover baru.
Tapi tajuk chapter dia bersepah-sepahlah.
Macam tak terusun jalan cerita.
Okeh, misi mencari novel siri YOYO di teruskan dan terjumpalah cetakan terbaru yang satu buku digabungkan sekali 3 chapter.


Yang ni KM dapat beli tajuk "Dah kata dah!" dan "Jealous la pulak!"
Lagi dua tajuk buku tak sempat beli dan cetakkan dihentikan.

KM tertunggu-tunggu jugaklah kot2 ada cetakkan baru, rupanya publisher dah stop pengeluaran sebab penulisnya dah pergi meninggalkan kita ke alam abadi pada tahun 2012 kalau tak silap.
Jadinya, novel siri YOYO ni tergantung dan tiada penghujungnya. huhu.


Okeh, novel ke dua dan pertama membuatkan KM meleleh air mata adalah novel Jendela Hati, Aisya Sofea.



KM sempat beli Jendela hati cover cetakan lama dulu.
Simpan lagi ko sampai sekarang.
Kalau ulang baca balik buku ni, memang KM akan nangis huhu.



Okeh, siapa yang tak tau, ni nak bagi tau cover baru novel Jendelah Hati yang KM cakap best tu.
Siapa belum beli boleh beli, baca sendiri dan hayati.
Hahaha.. akak ni menjiwai watak tau.
Sebab tu sememe sikit.
Korang ingat tak yang KM pernah cerita kat korang di entry versatile award tu.
Alaaaa.. yang pasal KM tersendu menangis baca novel Jendela Hati kat atas katil sambil hadap dinding tu. Sampaikan kawan KM ingat yang KM menangis sebab gado dengan pakwan. Padahal tengah menjiwai watak masa tu, hahaha!
Itulah penangan novel Jendelah Hati ya.
Tak caya try baca.

Okeh, itu je KM nak share.
Fuh! Alhamdulillah... sempat jugak sampai ke day 4.
Lepas ni KM dah perah otak untuk day 5 yang agak mencabar.
Agak-agak apa pesanan penaja KM pada bekas kekasih KM ya?
Hahaha!
K bye!

#‎kelabbloggerbenashaari‬
‪#‎cabaran30hari‬
‪#‎harike4


HARI 1 : Gambar Terbaru KM & 5 Fakta Tentang KM
HARI 2 : Cara Memenangi Hati KM
HARI 3 : Apa Yang Menguatkan KM

16 comments

September 4, 2014 at 7:34 PM

yang siri YOYO tu tak pernah baca..

September 4, 2014 at 8:17 PM

Wahhhh .. Banyaknya .. Anisplak tak oenah abiskan satu novel pon. Hehe

September 4, 2014 at 8:22 PM

dah baca jendela hati, memang best :)

September 4, 2014 at 9:15 PM

Cabaran 5 tu hoi laaaa...

September 4, 2014 at 9:55 PM

Masa buku ni femes saya kecik lagi . Tak ingat baca ke tidak.naik sekolah menengah suka gak baca buku-buku creative enterprise ni . Terutamanya karya ma lee chuswan.

September 4, 2014 at 11:04 PM

selalu dengar orang cakap novel jendela hati best. lepas baca entri ni kena try la cari jugak novel ni. thanks for sharing!

September 5, 2014 at 12:04 AM

Datang dari segmen : http://www.cekgunorazimah.com/2014/09/september-giveaway-party-hosted-by-iola.html

September 5, 2014 at 10:23 AM

jendela hati best.. feeling sgt kak KM..hihi.. adoii task 5 sakit woo... huhu

September 5, 2014 at 11:57 AM

wowo akak KM memang pembaca novel yang kental ni hihihi. tengok leee nama akak KM pun dah melambangkan dah. CT baca jugak yang liana afiera malik tu. citer kembar dua orang tu kan dok tukar tukar pakwe wakakakka. lama dah tak bace novel. rasa macam takleh go sangatlah novel sekarang ni mushy mushy banyak sangat.

September 5, 2014 at 4:34 PM

Kita suka baca novel sekali je. Pastu dah tak baca. Koleksi tak banyak pon. tapi macam pernah baca je koleksi novel yoyo tu. sebab teringat kat tepi tu nama liyana afiera malik. .

September 8, 2014 at 10:59 PM

Tak pernah baca.
Ermmmm...:(

September 10, 2014 at 6:11 PM

Jendela hati tuh xigt la dh pernah bce ke x

September 11, 2014 at 9:36 AM

wah wah, buku lama gitu :D ummi saya pun dulu ada novel2 melayu lama. tapi sekarang dah x kumpul dah. hehe.

Jendela Hati yang pasal suami berkahwin dengan adik ipar lak tu ke?

August 26, 2015 at 2:35 AM

kat mana nak cari siri yoyo eh? penat cari tak jumpa

August 26, 2015 at 10:23 AM

Siri yoyo ni dah stop pengeluaran rasanya sbb penulisnya dah meninggal.

August 26, 2015 at 10:23 AM

Siri yoyo ni dah stop pengeluaran rasanya sbb penulisnya dah meninggal.

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia