Cabaran 30 Hari Entry : Day 3 : Apa Yang Menguatkan KM?

Assalamualaikum korang!

Hari ni KM sambung lagi cabarang seterusnya.
Siapa yang belum baca cabaran 1 dan cabaran 2 KM, boleh baca kat bawah ni ya.
Sempoi je, tak stressed pun baca.


Okeh, kita sambung lagi ya.
Apa perkara yang memberikan kekuatan pada KM?

1. Allah s.w.t
Setiap masa, ketika KM senang atau pun susah, memang Allah yang menjadi kekuatan utama KM. Kat sini memang bunyi macam poyo tapi hakikatnya ya. Satu masa dulu KM pernah 'jatuh' sekejap. Masa tu Allah nak uji iman KM. Tapi KM tau, setiap ujian yang Allah bagi tu sebenarnya akan mendekatkan diri KM padaNYA sentiasa.

2. Abah dan Mak
Seriously, kalau tak ada mak abah, tak taulah macam mana jiwa KM. Even dah kahwin pun sanggup ajak mak abah duduk dekat. Siap beli rumah sebiji kat sepang ni. Janji mak abah dekat dengan KM. Senang KM nak jenguk tiap-tiap minggu. Kalau ada masalah, pada mak abahlah yang KM rujuk sebab mereka lebih makan garam tentang kehidupan.

3. Anak
Buat masa ni cakap anaklah sebab baru sorangkan. Kalau ada dua tiga orang, baru jadi anak-anak hihi. Zulaikha adalah the only sorang nyawa jantung hati KM buat masa ni. (Doa-doakan Zulaikha dapat adik ya ngeee...) KM perlu kuat untuk besarkan Zulaikha. Bila pandang wajah kecil si kecik tu waktu tidur, rasa tenang je jiwa KM.

4. Suami a.k.a pakwan
Pakwan adalah peneman hidup KM. Susah senang, jatuh bangun semua kami harungi bersama. Seriously, kalau tak ada pakwan, mati kutu jugak dibuatnya waktu hidup tengah goyah. Now kami bangkit sama-sama dan berdepan segala cabaran bersama. Pakwanlah sumber semangat KM selamanya.

Okeh, itu je untuk day 3.
Yes! Dah nak sampai day 4 dah.
Hari ni jugak KM siapkan untuk day 4.
Kalau sanggup, korang tunggulah malam karang ya.
Cabaran day 4 KM publish sebelah malam.

Nak kena perah otak lagi ni.
K bye!

#kelabbloggerbenashaari
#cabaran30hari
#harike3

9 comments

September 4, 2014 at 4:16 PM

teruskan berusaha akak..hehe..menanti entry cabaran 4 kak KM.. :)

September 4, 2014 at 4:22 PM

wah.. chayok kak!

September 4, 2014 at 4:38 PM

alahai yg last tu sweet gittew..hihihi

September 4, 2014 at 6:00 PM

siapa lagi kalau bukan mereka kan..

September 4, 2014 at 9:17 PM

Bestnyer mak abah dekat. Mak abah kita kat kg. kedah. Jauh.

September 5, 2014 at 12:02 PM

akak !! gigihnyaa akak join segmen ni. Ya Allah CT nak join jugak tapi kemalaaaasan hihi. teruskan teruskan nanti CT baca secara pukal.

apa pulak nak poyonya kak. kita as a muslim memang kena letak Allah tu nombo 1. macam mana sekalipun. susah pun ujian senang pun actually ujian. jadi sama-sama mai kita maintain supaya kita sentiasa ingat kepada-Nya.

amin. semoga zulaikha dapat adik hihiks

September 8, 2014 at 10:58 PM

1,2,3 - same.
Saya akan cium anak2 repeatedly masa tido.
Teringat waktu marah dorang di siang hari.

September 10, 2014 at 6:06 PM

semua penting dan kekuatan kita

September 11, 2014 at 9:34 AM

memang penting kesemuanya tu. ALLAH tetap yang pertama dalam hidup. oooooo, hehe. okay, saya doakan semoga Zulaikha dapat adik baru ramai-ramai. insya-ALLAH. amin ;)

untung ada suami yang memahami kan. bukan mudah rasanya nak cari pasangan yang baik sekarang. hmm

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia