Cantik Pulak Kombinasi Dua Color Jam Tangan Ni


Assalamualaikum!

Korang tau tak, hari tu kan, aku ngan pakwan kan pergi giant nilai tau.
Kononnya, nak bawak Zulaikha gi main kat playground.
Masa tengah nak ke playground tu, mata aku bersinar-sinar tengok jam tangan display kat satu kiosk ni.
Alamak! Cantik la pulok, colorful pulak tu.
Udahnya aku cakap ngan pakwan nak pergi tengok jam tangan kejap.
*Tengok ya, bukan nak beli tau, tengok je.*
Erm.. ya la tu tengokkan... sekali menapak ke kiosk tu terus terpandang dua color jam ni.
Alamak lagi! Terbekenan lah pulak jam ni hehe.
Aku kerling kat pakwan dari jauh yang tengah temankan anak.
*Agak-agak kalau aku beli, dia marah tak?*
Berkenankan color dia sebenarnya.
Alih-alih terbeli lah pulak haha.
Dari jauh pakwan jeling je kat aku yang tengah bayar masa tu.
*Dia tak tau tu aku amik dua jam tangan hehe! Kalau dia tau, mesti dia bising.*
Dia tanya aku harga berapa, aku cakap murah je, tak cakap harga pun..
Memang murah pun harga dia, celah gigi je kot.
Tapi dalam celah gigi pun, minyak 10 liter boleh dapat huhu.
*tak habis-habis dengan minyak hahaha! Ok fine!*

Balik rumah dia tau je aku beli dua jam tangan tu, terus dia cakap macam ni.
*Amboi! Sekali dua ayang rembat? Nak sarung dua-dua tangan sekali ke?*
Aku tersengih sambil memintal hujung baju.
Dia perli tu memang setepek kena kat muka aku hahaha.
Tapi dah kena perli pun masih terbayang-bayang jam tangan kat kiosk tu.
Aku tengah berkira-kira nak tambah koleksi ni kikiki.
Habislah pakwan jeling kat aku lagi lepas ni.

Okeh, tu je nak share.
Daaa...

Mungkin Aku Akan Sunyi Beberapa Hari

Assalamualaikum korang!

Ish! Ish! Ish! Suami siapalah yang rajin ni?
Bukan main khusyuk lagi bersihkan kipas hahaha.
Haaa.. kalau korang nak tau ni sebenarnya gambar sebelum hari raya.
Masa ni kita orang bergotong royong membersih rumah.
Pakwan sampai kata, nak kemas biar kemas semua sekali.
Baru puas hati.
Jadi, balik kampung pun senang hati.
Dah balik sini pun tak payah pening lagi.
Sebab semua dah bersih, just tinggal vacuum je nanti.
Tapi kenapa baru sekarang aku nak tunjuk kat entry?
Sebabnya esok nak raya haji hehe.
Memandangkan gambar ni tak sempat aku kongsi masa hari raya aidilfitri, jadi aku forward lah masa hari raya haji pulak.
Tapi raya haji kami tak meriah di sini sebab sunyi sepi.
Raya haji kami akan meriah di kampung.
So, selamat hari raya haji semua.
Ketika ini kami dah sampai kampung pun.
Esok sembelih lembu qurban.
Dan akan buat kenduri doa selamat sikit semperna masuk rumah baru kat kampung.

Ada ke adik beradik ipar aku cakap adik deme ni macam yus jambu?
Korang cer tengok betul-betul, ada ke macam yus jambu?
Tak puas hati tul aku bila dia orang cakap cenggitu tau.

Okeh, kalau aku sunyi sepi tu janganlah korang sepi dari blog ni ya.
Kalau aku singgah mersing, aku update sikit2
okeh daa..

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia