Cantik Pulak Kombinasi Dua Color Jam Tangan Ni


Assalamualaikum!

Korang tau tak, hari tu kan, aku ngan pakwan kan pergi giant nilai tau.
Kononnya, nak bawak Zulaikha gi main kat playground.
Masa tengah nak ke playground tu, mata aku bersinar-sinar tengok jam tangan display kat satu kiosk ni.
Alamak! Cantik la pulok, colorful pulak tu.
Udahnya aku cakap ngan pakwan nak pergi tengok jam tangan kejap.
*Tengok ya, bukan nak beli tau, tengok je.*
Erm.. ya la tu tengokkan... sekali menapak ke kiosk tu terus terpandang dua color jam ni.
Alamak lagi! Terbekenan lah pulak jam ni hehe.
Aku kerling kat pakwan dari jauh yang tengah temankan anak.
*Agak-agak kalau aku beli, dia marah tak?*
Berkenankan color dia sebenarnya.
Alih-alih terbeli lah pulak haha.
Dari jauh pakwan jeling je kat aku yang tengah bayar masa tu.
*Dia tak tau tu aku amik dua jam tangan hehe! Kalau dia tau, mesti dia bising.*
Dia tanya aku harga berapa, aku cakap murah je, tak cakap harga pun..
Memang murah pun harga dia, celah gigi je kot.
Tapi dalam celah gigi pun, minyak 10 liter boleh dapat huhu.
*tak habis-habis dengan minyak hahaha! Ok fine!*

Balik rumah dia tau je aku beli dua jam tangan tu, terus dia cakap macam ni.
*Amboi! Sekali dua ayang rembat? Nak sarung dua-dua tangan sekali ke?*
Aku tersengih sambil memintal hujung baju.
Dia perli tu memang setepek kena kat muka aku hahaha.
Tapi dah kena perli pun masih terbayang-bayang jam tangan kat kiosk tu.
Aku tengah berkira-kira nak tambah koleksi ni kikiki.
Habislah pakwan jeling kat aku lagi lepas ni.

Okeh, tu je nak share.
Daaa...

15 comments

October 4, 2014 at 12:04 PM

hehe..ok gak pakai sebelah kanan sebelah kiri.hehe

October 4, 2014 at 12:06 PM

Hehehe nak buat koleksi ke KM? saya kureng skit bab berkoleksi nih.. selagi boleh guna pakai, sampai lingkup laa jawabnya..

October 4, 2014 at 3:03 PM

dah minat nak buat camna . janji beli dgn rm sendiri ... nice .

October 4, 2014 at 3:18 PM

@Sal Bee Yah buat kelakar tu sal... org cakap kak KM buang tebiat...

October 4, 2014 at 3:19 PM

@Vee Sandi kdg2 pau dia jugak huhu..

October 4, 2014 at 3:20 PM

@izzeyda ikut mood jugak buat koleksi... jgn risau biasa jam tangan murah ni memang cepat jahanam... haha...

October 4, 2014 at 3:28 PM

cantik.. patut akak berkenan..

October 4, 2014 at 5:44 PM

kak KM! hijau tu lawa la >< buat giveaway best Ni haha =D tpi mane tak sayang jam cantik sgtttt ..

October 4, 2014 at 7:48 PM

ohh my greeny hehehehe

October 4, 2014 at 8:14 PM

hahahaha akak ni.. kite baru je ngok 1 kdai tuu.. jamnya lawa2.. tp kite nih pantang pakai jam. dah pakai xsmpai smggu da jahanam.. bek xyah beli..hahah

October 4, 2014 at 10:28 PM

Seronok shopping jam tangan ;)
Kadang tu murah tapi smart dan tahan lama.

October 4, 2014 at 10:47 PM

alooo comelnya perenggan last tu.. hahaha xD

October 6, 2014 at 10:55 PM

ahaha, perli habis tu.... nasib baik akak x balas, ha'a, memang plan nak pakai kat dua-dua belah tangan la ni... haha

October 10, 2014 at 9:44 PM

ijau jugaaak tu takleh lari kekeke.. CT takleh pakai jam cenggini. kena pakai yang steel aje T.T so takleh nak melawa dengan jam sangat. dok ade satu tu ajelah lima tahun pakai dak tukar tukar kekeke

October 11, 2014 at 10:52 PM

ahahaha...nak ambik satu jadi ralat lak ek sbb dua2 cantik..ckp pada pak wan..boleh tukar2..miggu ni j=hijau mggu depan purple pulak..baru berfesyen

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia