Ruang Iklan Untuk Disewa

Nak Tengok Gorila Berjoget Dalam Iklan Waku Doki Toyota?


Tak taulah kenapa aku suka sangat tengok iklan Waku Doki ni hahaha.
Bagi aku video tu mmg kelakar.
Kalau korang nak tengok, korang click je banner waku doki kat atas tu.
Kalau korang nak join pun korang boleh klick baner waku doki kat atas tu
Pas tu tengoklah gorila tu berjoget2 hahaha.






Applikasi iOS dan Android : Snapeee

Tengah dok published komen, tiba-tiba aku dapat komen dari Dr. Shikin yang bertanyakan app apa yang aku gunakan untuk edit gambar Zulaikha jadi berceloreng macam tu, hihi?
Apps ni taklah popular di kalangan Malaysia sebab apps ni hanya popular di Jepun je.
Cuma kalau ada pun tau pasal apps ni mungkin segelintir je yang tau.
Salah sorangnya akulah.


Okay jawapannya aku guna SNAPEEE apps.


Apa benda Snapeee ni?
Okay, snapeee ni aplikasi dia lebih kurang macam instagram jugaklah.
Cuma snapeee ni menyediakan pelbagai dekorasi kelakar untuk edit gambar.
Apps untuk iOS dan android ni sediakan dekorasi kelakar macam stamps, brush, frame, text box, dan juga macam-macam lagi font tulisan yang boleh digunakan waktu edit gambar nanti.

Gambar yang diedit tu nanti tak semestinya bersaiz 1:1, tapi boleh juga kita tukarkan saiz ukuran 3:4 dan 4:3 ikut kesesuaian gambar yang kita suka.
Yang menariknya apps ni boleh dishare dengan laman sosial lain seperti Twitter dan facebook. Ia jugak dpt disimpan dalam photo album untuk upload dalam ke instagram atau jadikan ia sebagai wallpaper.
Begitulah ceritanya.

So, kalau tanya saya best ke tidak apps ni, jawapan saya memang best pun guna apps ni, sebab boleh edit gambar berceloreng macam gambar2 bawah ni.



credit to 
pinjam gambar dia sebagai contoh.



Siapa yang suka edit gambar tu bolehlah cari kat playstore nama snapeee.
Jom pakat kita install ramai2.
Then kita upload kat blog dgn mcm2 rupa berceloreng yang comel macam ni hehe.
Enjoy!

Mak Jemah Dapat Reben Baru


Ini cerita minggu lepas.
Haha... korang tengoklah anak dara aku sorang ni.
Baru-baru ni aku visit seorang kawan kat kota warisan.
Boleh kata sebulan sekali mesti aku bawa Zulaikha untuk bermain dengan anak-anak dia.
Nak tau siapa dia?
Haha... dia sebenarnya pengasuh ke dua Zulaikha pada tahun 2010-2012.
Dia mengasuh Zulaikha sejak Zulaikha berusia 3 bulan lagi.
Yang mana masa tu aku amat terdesak sebab pengasuh pertama nak berhenti dan balik kampung.
Dia merupakan kawan kepada abang ipar aku.
Jujur aku cakap, nak cari pengasuh yang mengasuh anak kita macam anak dia sendiri bukannya mudah.
Tapi pengasuh Zulaikha nilah yang paling the best yang pernah aku jumpa.
Dia pun kata nak mengasuh Zulaikha, cukup-cukup senang.
Zulaikha tak banyak kerenah dengan dia.
Kalau nak tidurkan Zulaikha pun dia cakap sangat mudah.
Hanya tiga kali buai je dah lelap sendiri.
Ini maknanya Zulaikha memang serasi dengan pengasuh dia ni.
Sebab tu sampai sekarang aku masih jumpa pengasuh Zulaikha ni.
Even Zulaikha pun masih ingat lagi nama anak-anak pengasuh yang mengasuh dia ni.
Kakak-kakak rajin melayan kerenah dia waktu dia baby dulu.
So, minggu lepas kami visit pengasuh Zulaikha, nampak anak-anak dia happy sangat.
Siap ajak tengok movie Frozen lagi tu.
Agak lama jugaklah kami berbual sampai anak-anak ni main dengan puas.
Bila dah nak balik tu anak-anak pengasuh Zulaikha ni bagilah reben purple tu sebagai tanda kenangan.
Hahaha... macam tak boleh jumpa lagi je.
Padahal duduk sejengkal je pon.
Kalau nak datang jumpa tu boleh sangat datang bila-bila masa.
Nama pun budak-budakkan?

Oklah sekian.


CPUV : Fashion Pitch/Writers Unleashed


Alhamdulillah... 
Kelmarin baru je dapat CPUV : Waku Doki dan semalam tengah malam dapat lagi satu CPUV : Fashion Pitch/Writers

Apa Fashion Putch/Writers ni?
Aku pun tertanya-tanya juga sebab nak buat entry.
So aku pun google dan dapatlah info sikit pasal Writers Unleashed ni.

Writers Unleashed ni sebenarnya satu pertandingan The Quest for Best Manuscript bertujuan untuk memberi galakan kepada penulis-penulis Malaysia menghasilkan menuscript yang kreatif.

 Objektif pertandingan ni untuk mempromosikan industri kesasteraan tempatan dan menggalakkan lebih ramai penulis menghasilkan penulisan yang kreatif. So, pada penulis yang berjaya menghasilkan menuscript terbaik, mereka akan diberi ganjaran yang lumayan.


Tarikh tutup pertandingan ini adalah pada 5 Ogos 2014.
Keputusan pertandingan ini akan diumumkan dalam bulan Oktober 2014.
Kalau korang yang ada jiwa sastera macam aku ni nak join, bolehlah mula menulis sekarang.
Hahaha... tak taulah aku sempat buat ke tidak.
Tak apa, yang penting usaha.

Okay, apa hadiah-hadiah yang ditawarkan oleh penganjur?

Hadiah Utama
Menerima RM2000 berserta sijil kepada 5 menuskrip terbaik.

Hadiah Saguhati
5 hadiah saguhati bernilai RM500 berserta sijil  

Untuk menyertai pertandingan ni, korang perlulah isi :
1. Borang rasmi yang lengkap diisi (Boleh dimuat turun dilaman web My Creative)
2. Softcopy menuskip yang lengkap dalam bentuk PDF dan Word
3. Softcopy gambar penulis terkini (saiz 1MB)
4. Biografi pendek penulis tidak lebih 200 patah perkataan.
5. Ringkasan manuskrip tidak lebih 200 patah perkataan.
6. Salinan MyKad penulis.

Semua details hendaklah dihantar melalui email writersunleashed@mycreative.com.my. Sebarang pertanyaan boleh email kat enquiry@mycreative.com.my. Kalau korang nak tau lebih lanjut, korang boleh tinjau dan baca kat sini http://mycreative.com.my


Thanks Nuffnang!

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia