Play Doh Untuk Zulaikha

Assalamualaikum,

Dah lama saya nak belikan play doh ni untuk Zulaikha. Korang tau tak play doh tu amende? Dia macam plastersin yang kita main masa kat sekolah dulu tu. Sekarang lagi menarik didatangkan dengan acuan dan rasanya ini lebih okay dan selamat kot untuk dimainkan.



Nak bagi anak main ni memang boleh tapi biarlah kita ada sama-sama sebab kang dia ingat play doh ni boleh makan pulak. Dengan play doh ni kita boleh tengok kreativiti anak-anak kita mengacu benda tu untuk jadi apa.

Inilah yang saya cakap kena pantau. Sebiji betul macam donat. Kang dah jadi donat dia ingat boleh makan pulak. Apa-apa pun pesan je pada anak.

This one is mufin. Cutekan? Tu yang nak tengok kretiviti si Zulaikha. Apa yang dia boleh buat dengan play doh ni. Kalau dah beli nanti saya share kat sini lagi.

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia