Cabaran 30 Hari Entry : Day 15 : Surat Kepada Seseorang

Assalamualaikum.

KM dah terlewat untuk cabaran 30 hari.
Tapi kali ni KM buat maraton sekali gus banyak2lahkan.
Sebenarnya jenuh jugak KM nak pikir pada siapa surat yang KM nak tujukan.
Pikir punya pikir, KM pun buat keputusan untuk tujukan surat ni kepada korang semua pembaca-pembaca setia KM.
Aci tak? Acilah kan. Janji bagi surat.

Ehem! Ehem!
Kepada sahabat blogger yang disayangi dan dikasihi. 
KM sangat-sangat hargai dengan kehadiran korang yang memeriahkan blog KM ni.
Dengan adanya korang semua, blog KM ni tak pernah sunyi.
KM seronok tau baca komen-komen korang yang sempoi, sporting dan menyejukkan emosi. 
Kadang-kadang KM rasa cara kita berinteraksi ni seolah macam kita ni dah kenal lama.
Cuma belum berpeluang nak bersua muka je.
KM harap persahabatan kita di dunia maya ni akan terus kekal selamanya.
Kalau KM terdiam atau tersunyi seketika tu datang2lah jenguk ya.
Kot-kotlah kesepian tu buat KM tertidur ke apa kan.
Akhir sekali, KM doakan impian kita tercapai satu hari nanti.
Dan maaf kalau selama kita berbicara ni ada mengguris hati.
Itu je isi suratnya.


Ok, itu je surat nak KM sampaikan.
Korang bacalah dengan feelingnya ya hihi.
K.bye.
  

Sekarang Trend Loop Band Pulak



Assalamualaikum korang!

Pernah tengok ni? Colorfulkan? Terutama yang warna hijau haha.
*Warna hijau saja aku nikan?*
Sekarang sibuk orang duk anyam dan jual benda ni.
Even anak-anak kawan kak KM pun rajin jual ni kat sekolah masing-masing.
Yang tukang anyam, mak depa la kan haha.
Mula2 kan, kak KM teringin jugak nak beli benda alah ni tapi bila fikir balik, awat aku nak membazir beli benda ni?
At the end terabai dan dibiarkan begitu saja.
Haaaa itulah sikap aku sebenarnya, separuh jalan buat kerja, haha.

Korang jangan tak tau, kak KM ni dulu tangan berseni tau.
Semuanya "Do It Yourself" *phuih*.
Krik...krik...krik...
Awat? Tak caya ka?
Kak KM tau korang tak caya tapi silalah percaya ya sebab kak KM ada bukti hahaha.

Fuh! Fuh! Berhabuk tengok benang ni.
Korang nampak benang yang terbengkalai kat atas ni?
Kak KM baru je jumpa dalam almari hari tu.
Tau berapa lama dah usia benang kait yang tak siap ni?
Lama kome oi, dekat 11 tahun dah KM simpan tapi tak siap-siap sampai sekarang haha.
Pemalas ya amat!

Dulu, masa zaman berkawan dengan pakwan, kak KM rajin buat benda ni.
Usahalah mengait benda alah ni, konon nak bagi kat pakwan buat kenangan.
Sekarang bila dah dapat aku, kome tanyalah balik ke mana benda tu, dia akan cakap "entah tak tau".
Korang rasa kak KM patut buat apa ngan dia?
Haaaa... ni yang aku rasa nak piat-piat je telinga dia.
*Amboi, berani ko nak piat? Dalam blog bolehlah cakap, cer cakap depan2, berani ke? haha...*

Haaa gitulah ceritanya kehebatan kak KM buat kraftangan.
Korang nak tempah? Oh, boleh sangat tapi tunggu 11 tahun lagilah baru siap.
Haha, k bye!



Alhamdulillah... Menang GA September RM300 Emas Putih

Assalamualaikum korang!

Tak sangka pulak aku boleh menang GA Emas Putih.
Seriously, before this banyak kali jugak join support GA Emas Putih ni.
Sesaja join nak memeriahkan GA tu.
Tengok orang join, kita pun sibuk nak join samakan.
Bertuah atau tak, itu belakang kira.
Yang penting dapat memenuhi tujuan asal yang mana dah ketandusan idea untuk update entry, haha!
Sekali GA kali ni rezeki blog KM pulak bertuah menang.
Alhamdulillah...



Jadi siapa yang ada join GA Sept Emas Putih ni silalah check no anda.
Mana tau bertuahkan?
Oklah bye.

#9 Ranking Alexa karyamahirah.blogspot.com,


Dah lama tak check.
Hari ni gatal nak check.
Alhamdulillah makin mengurang dan terus mengurang.

Global Rank 395, 791
Rank in Malaysia 1732

Ranking sebelum ni boleh tengok kat SINI
Kena usaha lebih lagi hihi.

Thanks pada sesiapa yang visit blog KM.
Apreciate u all semua.
Muah! Muah!


Ni antara terbaru yang mengunjungi blog KM.
KM tak sempat nak listkan satu2 tapi KM sempat ziarah blog korang semua.
Dari senarai di atas tu KM tau ada yang silent reader dan ada yang tinggal jejak komen.
Terima kasih ya semua daa...



Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia