CPUV : Sunsilk Silhouette


Assalamualaikum korang!

Lagi CPUV masuk semalam.
Aku tak sedar langsung dan tak check pun hehe.
Rupanya ada dua CPUV baru. Sunsilk Silhouettee.
Alah... nak cerita panjang2 pun tak reti.
Apa kata korang join contest sulsilk ni.
Mana tau ada luck menang shampoo baru ni ke kan? Hehe.
Ok, kalau ternampak banner iklan sunsilk ni joget2 kat ata tu tolong ler tekan sikit.
Terima kasih daun keladi.
Daaa..



CPUV : Sime Darby LPGA 2014


Assalamualaikum.

Haha... tak sangka mak tengok pagi-pagi ada CPUV baru.
Sime Darby dengan Sunsilk.
Okeh, aku nak cerita pasal Sime Darby yang mana aku pun belum paham apa benda iklan dia.
Dari apa yang akau faham rupanya sime darby ada buat tournament golf.
Haha... kalau pasal golf ni aku tak reti nak explain panjang-panjang.
Cuma kalau korang ternampak dia berjoget-joget kat bener nuffnang tu, rajin2 la click ya hihi.


Tournament ni berlangsung 9 - 10 Oct 2014, Kuala Lumpur Malaysia

Minyak Naik 20Sen Rakyat Bising!

Assalamualaikum!


Semalam terkejut akak ni bila dengar harga minyak naik 20sen.
Jadinya sekarang seliter RM2.30.
Pergh!! Banyak tu wei.
Dulu aku tak bising sangat tapi sekarang aku dah mula bising.
Impak dia sangat besar pada kita semua.
Lepas ni tengoklah, mesti harga barang pulak naik.
Ya ramai yang cakap "Ala... 20sen je naik!" Termasuklah bos aku ya haha!
Dia banyak duit bolehlah cakap gitu, habis macam aku pacar yang hina ni, terasa jugaklah.

Dulu kereta aku tu full tangki 40liter x RM1.80 = RM72 okeh lagi.
Lepas tu naik lagi jadi RM2.10.
Sebelum ni kereta aku full tangki 40liter x RM2.10 = RM84 okeh sabar lagi.
Lepas tu naik lagi jadi RM2.30.
Now kereta aku full tangki 40 liter x RM2.30 = RM92???
Korang nampak tak bezanya dari RM72 ke RM92?
Hahaha... aku rasa macam naik BMW dah ni.

Katalah sorang hamba Allah ni pergi kerja dari Subang ke KLIA.
Tangki penuh 50liter x RM1.80 = RM90 ya.
Travel dari Subang ke KLIA seminggu isi dua kali full.
Kalau sebulan jadi RM540.

Lepas tu naik lagi jadi RM2.10 seliter.
Tangki penuh 50liter x RM2.10 = RM105 okeh.
Travel dari Subang ke KLIA seminggu isi dua kali full.
Jadi sebulan RM630

Lepas tu semalam naik lagi jadi RM2.30 seliter
Tangki penuh 50liter x RM2.30 = RM115 
Jadi sebulan RM690 
Hambek ko RM150 hinggit gak beza wei!

Hahaha aku mampu gelak je sebab duit gaji habis ke minyak.
Itu baru pergi balik kerja je belum lagi pergi balik kampung tengok parents, jenjalan kenduri and what so ever.
Semua tu kena kira jugak untuk masuk dalam budget bulanan.
Effect semua perbelanjaan.
Okeh? Dah faham?
Apa yang aku cerita ni tak ada kena mengena dengan sesaiapa.
Aku tulis ni sekadar nak luah apa yang aku rasa.
Aku tau korang pun rasa impak kenaikan minyak ni cuma tak nak cakap banyakkan.
SO?


Siapa nak luah, meh luah kat sini.
ok bye.

Akhirnya Adik Aku Yang Beli Dulu

Assalamualaikum korang!

Bila tengok adik aku post kat wassup, geramnya hati menengoknya.
Rasanya aku yang nak beli benda alah ni tapi dia yang dah beli dulu tau.
Masa nak beli tak cakap dengan aku pulak tu.
Kalau tak, boleh aku tumpang postage sekali.
Entah apa mimpi dia nak beli benda alah ni entah.
Aku tengok sampai sekarang tak guna-guna pun untuk diri sendiri.
Sekurang-kurangnya aku ni beli sebab suka buat sit up.
Tak adalah sakit tengkuk bagai.
Masalahnya aku tanya adik aku, guna ke tidak?
Dia jawab tak pun, masih duk ada atas kotak.
Korang nampak tak kat situ?
Beli ikut nafsu.
Daripada dia tak guna, lebih baik bagi kat aku kan? kan? kan?


Mintak-mintaklah dia tak guna selalu dan baik hati nak bagi kat aku.
Huhu, tak payahlah aku susah payah nak beli baru.
Fuh! Fuh! Fuh!
K bye!

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia