Ruang Iklan Untuk Disewa

Buat Checklist Sebelum Balik Kampung

Yeay! Petang ni nak balik kampung!
Hurm... bunyi macam jauh je kampung tukan? Padahal sejengkal je pon.
Dari sepang nak ke banting jer.
Ya, aku balik banting je ya. Tak mencabar langsung jaraknya.
Tu kampung pakwan laaaa, kampung aku kat perak dan johor.
Di pagi raya yang indah esok baru kita orang bertolak ke perak pulak.
Baru mencabar sikit perjalanan kami dan doakan kami selamat sampai ya.
InsyaAllah, balik pagi raya mungki tak jem dah. 
Kalau aku balik hari ni atau semalam confirm masih sesak lagi highway.
Tak taulah pukul berapa aku sampai wei.

So, sebelum bersedia balik kampung, dah tentulah aku kena prepare checklist untuk anak dan suami aku tu.
Biasanya aku kombine je tiga beranak punya checklist.
Sebelum ni kalau tak buat checklist, main langgar je balik kampung.
Bila sampai kampung, barulah teringat...

Pak wan : Alamak! Berus gigi abang lupa bawak!
Zulaikha : Ala, mama.. teddy bear kita tak bawak!

3 in 1 : Kerang Rebus~Sayur Masak Lemak~Cara Simpan Bahan Basah

Alhamdulillah...
Kita dah sampai ke penghujung ramadhan dah.
Esok dah nak raya.
Jadi hari ni aku nak share beberapa masakan kelmarin.
Baru-baru ni pak wan ajak pergi pasar borong.
Yang menariknya di minggu terakhir ramadan, dah kurang manusia berada kat pasar, hihi.
Aku terfikir, awalnya dia orang bercuti?
Tak sama macam hari sebelum bermulanya puasa ramadhan.
Bapak ramai giler manusia sampai berlaga2 punggung ko tau? Aigooo...
Sudahnya pak wan suruh aku dgn Zulaikha duduk dalam kereta je.
Dia tu memang...
Kalau tak berkenan tengok anak bini dia berasak-asak dgn orang ramai, dihalaunya kita orang masuk kereta huhu... bye2 jelah dari tingkap kereta dari jauh.

Hai... pandai ke pak wan tu beli barang dapur sorang-sorang? Pandai ke dia pilih ikan, pilih sayur, pilih ayam, pilih daging? Bukan selalu orang perempuan ke lagi cekap?
Hahaha... kalau korang nak tau, aku dgn pak wan ni sudah terbalik.
Kalau bab barang dapur, pak wanlah lebih cekap dari aku.
Korang bayangkan aku ni jenis ikan pun aku tak hapal dalam kepala.
Dia? Demua jenis ikan dia hapal.

Nampak ikan Yu, aku cakap ikan Jaws!
Terbahak-bahak dia gelakkan aku ko.
Mentang-mentanglah kaki pancing, bolehlah ko eksyen dengan akukan. (Tampa kang! Taulah!)
 Contohlah kalau dia nak suruh aku masak sesuatu, dia yang pergi cari bahan sendiri kat pasar.
Balik rumah tugas aku cuma bab masak je.
Yang bab siang bawang, siang ikan, potong sayur, semua pak wan yang buat.
Hahaha..
Macam pakwan, dia memang suka sediakan bahan masakan untuk sebulan berpuasa.
Memang kami tak makan luar kecuali bila ada iftar bersama keluarga dan rakan pejabat jelah baru makan kat luar.
Mesti korang pelikkan macam mana kita orang boleh simpan lauk basah selama sebulan, hihi?

Bertahan ke ikan, udang, sotong tu duk dalam peti ais sebulan? Bukan nanti boleh kecut ke? Bukan nanti boleh kering ke? Bukan nanti dah tak sedap ke?
Jangan risau, hehe semua tu ada cara menyimpanan.
Jujur aku cakap, aku cuma belanja dapur sebulan RM200 je.
Di sebabkan kami hanya tiga beranak, so sangatlah berjimat sebenarnya.
Macam mana aku boleh simpan bahan basah tu sampai sebulan?
Ceritanya macam ni, akukan selalu balik johor, so sepupu aku yg nelayan kampung tu rajin bawak balik ikan untuk kami sekeluarga sampai berkilo2 ko.
Aku ni terfikir, macam mana kami nak habiskan satu box putih besar tu sedangkan kami tiga beranak je.
Bila masanya nak masak?
Kang tak masak, sudahnya membazir dan terbuang je akhirnya.
So, sepupu aku pun bagi idea.
Nak tau? 
Cara penyimpanan bahan basah dengan betul sebenarnya senang je.
1. Korang kena siang semua ikan2 tu dan basuh bersih.
2. Korang masukkan ikan, udang dan sotong dan lauk2 lain dalam bekas yang berasingan.
Contoh, sotong sebekas, ikan sebekas, udang sebekas.
3. Lepas tu korang isi air dalam bekas tu penuh giler sampai tenggelam semua binatang tu.
4. Then korang bekukan dia kat peti ais.
Itu je.
So dengan cara ini, korang punya bahan basah akan sentiasa segar bugar sebab dia dalam keadaan beku.
Dengan cara ni jugak, korang punya peti ais takkan kotor.
Ada sesetengah orang yang pemalas, dia main sumbat je ke dalam peti ais dengan plastik2nya sekali tanpa bilas dan basuh.
Sebenarnya tak bagus. Tak baik untuk kesihatan peti ais itu.
Nanti comotlah peti aiskan?
Nanti bagi tau kat mak, ayah, abang, kakak, adik korang buat cara macam ni ya.
Garenti punya mata ikan tak merah, badan ikan tak lembik atau benyek.
Even pak wan kalau bawak balik ikan pancing pun, memang berhari-hari duk dalam peti ais aku tu.
Bila nak makan besar ngan keluarga baru keluarkan dan masak.

Ok, berbalik pada cerita buka puasa kelmarin.
Kan kita orang pergi pasar borong baru-baru ni? Sebenarnya kita orang nak beli sikit bahan basah untuk standby lepas raya.
Kali ni aku follow pakwan sekali tanpa Zulaikha sebab dia sekolahkan? Hehe
Best woooo... lengang giler tak de orang kat pasar borong.
Aku belek-belek ikan, aku belek-belek sayur.
Ya ampun, aku kalau tengok lauk basah ngan sayur, macam aku tengok makanan kat bazaar korang tau.
Apa yang selera pun tak taulah hihihi.
Bila pandang ikan kembung, aku nampak sambal ikan.
Bila pandang sotong besar, aku nampak sotong sumbat.
Bila pandang ikan tenggiri, aku nampak lauk pindang.
Bila pandang ikan keli, aku nampak lauk masak cili api.
Bila pandang ikan Yu, aku nampak ikan jaws, eh??? =)
Bila aku pandang kerang, aku nampak kerang rebus.
Perggghhh!!!!


Dan inilah hasilnya kerang yang direbus biasa sahaja.
Korang tau ni berapa kilo aku beli? 2 kilo beb!
Aku makan berdua dengan pak wan. Siap boleh simpan dua hari lagi hahaha.
Zulaikha? Dia tak pandai makan. So, kita orang yang makankan untuk dia.

Lepas tu, aku masakkan sayur masak lemak ni.
Sedap bila pekenan dengan telur masin atau ikan masin.
Nampak sempoikan? Tapi kenyang dia sampai ke pagi besok ko.

Ni kerang rebus untuk aku. Hihi... siap ada daun seceoot lagi tu.
Cicah dengan sos, aduhai.. leleh ko.
Oklah, bye!

[WOWW] TAHUN 2015 AKAN ADA 11 KALI CUTI HUJUNG MINGGU YANG PANJANG

3572_1112x1100

Wei korang, aku rasa akulah paling gembira sekali bila dapat tau tahun 2015 akan ada 11 kali cuti hujung minggu yang panjang. 
Ni aku terjumpa sumber kat FB dan aku rasa xcited giler nak share ngan korang!
Bayangkan aku carry fwd cuti tahun 2014 sebanyak 25 hari.
Ditambah pula dengan cuti baru tahun 2015 sebanyak 20 hari.
Jadilah 45 hari cuti tahunnan aku. 
Lepas tu ditambah pulak dengan 3 hari cuti ganti yang jatuh pada hari sabtu.
Dan 8 hari cuti hujung minggu yang jatuh pada hari ahad.
Menjadikan semua sekali 56 hari??????
WOW!
Sakan aku bercuti wei. 
Jom kita mula rancang tempat2 percutian.
YEAY! 



Hujung minggu yang panjang. Sesuatu yang menarik untuk tahun mendatang? sebuah portal pelancongan telah kumpulkan cuti awam di Malaysia pada tahun 2015, dan tahun depan menjadi tahun yang hebat dari segi masa bercuti – bagi sesetengah orang, di mana mempunyai 11 hujung minggu yang panjang pada tahun 2015!
Negeri-negeri yang berlainan di Malaysia mempunyai cuti yang berbeza, maka jumlah anda hujung minggu yang panjang mungkin berbeza bergantung kepada lokasi anda. Sekurang-kurangnya, anda akan mempunyai 8 hujung minggu yang panjang, beri anda banyak masa untuk percutian mengejut sepanjang tahun. Hanya maksimum 3 hari cuti akan diperlukan bagi anda untuk mendapatkan semua hujung minggu yang panjang – tidak perlu ambil cuti tahunan yang banyak bukan?

[Segmen] : Pencarian Bloglist Raya By FeetriMahadzir.com

http://www.feetrimahadzir.com/2014/07/segmen-pencarian-bloglist-raya-by.html

BLOGLIST NELLY THE STRANGE 2014! SIMPLE!


Rakan Di Tag

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia