Buat Checklist Sebelum Balik Kampung

Yeay! Petang ni nak balik kampung!
Hurm... bunyi macam jauh je kampung tukan? Padahal sejengkal je pon.
Dari sepang nak ke banting jer.
Ya, aku balik banting je ya. Tak mencabar langsung jaraknya.
Tu kampung pakwan laaaa, kampung aku kat perak dan johor.
Di pagi raya yang indah esok baru kita orang bertolak ke perak pulak.
Baru mencabar sikit perjalanan kami dan doakan kami selamat sampai ya.
InsyaAllah, balik pagi raya mungki tak jem dah. 
Kalau aku balik hari ni atau semalam confirm masih sesak lagi highway.
Tak taulah pukul berapa aku sampai wei.

So, sebelum bersedia balik kampung, dah tentulah aku kena prepare checklist untuk anak dan suami aku tu.
Biasanya aku kombine je tiga beranak punya checklist.
Sebelum ni kalau tak buat checklist, main langgar je balik kampung.
Bila sampai kampung, barulah teringat...

Pak wan : Alamak! Berus gigi abang lupa bawak!
Zulaikha : Ala, mama.. teddy bear kita tak bawak!



Hurm... itu memang biasa. Aku biasa dah terkena macam ni. 
Kecik-beso-kecik beso je tengok dua beranak tu.
Yalah, sampai teddy bear pun aku nak kena ingat, sampai berus gigi yang hari-hari duk guna tu pun aku jugak nak kena ingat, memang nak kena telanlahkan.
Yang Zulaikha tu aku tak kisahlah, budak lagi, ni yang bapak budak ni, aduhai sabar jelah.
Sudahnya pergi cari kedai yang bukak. 
Entah kedai manalah yang bukak di pagi raya tu ya?
Memang bertuahlah nak jumpakan? Dush! Dush! Dush!


Now aku biasakan Zulaikha sekali turun padang buat checklist sama-sama.
Nasib baik anak dara aku tu dah boleh harap.
Aku suruh dia ambil 6 panties, dia bawaknya satu-satu ulang alik.
Aku suruh dia ambil pampers 3pcs untuk malam, dia ambik satu-satu jugak ulang alik.
Jadi kerja pulakkan nak tunggu dia haha.
Sampai dalam checklist tu pun aku terlupa teddy bear dia. Haha...
Kan, tengok kalau aku tak ajak dia sekali buat check list, dua2 terlupa.



Ni sebahagian barang yang kita orang nak bawak balik kampung.
Termasuk baju raya kat atas tu lah.
Bukan untuk perhiasan ya baju di atas tu. hihi.
Tinggal barang pakwan je belum kemas.
Entah apa yang dia nak bawak pun tak taulah kalau balik perak.
Kalau johor aku tau dia bawak balik pancing.
Nasib baik tak de joran. haha!
Tilam tu untuk bawa balik banting ya.
Haaaa.. aku ni ada satu masalah sikit bila balik kampung.
Aku tak suka share dengan tilam orang.
Tengoklah jugak, bersih atau kotor huhu.
Kalau aku tengok tilam tu ada peta banyak, aku lagi sanggup tido atas conforter hihi.
Kalau aku tengok bantal tu banyak peta, aku lagi sanggup tido berlapikkan lengan.
Kalau aku bawak kain batik, kain tu lah yang ku buat pelapik.
So, aku lagi prefered bawak tilam bantal sendiri, dapat aku tido dengan lena sekali.
Perak tak ada masalah sebab kita orang biasanya akan cari homestay.
Semua orang dapat tilam dan bantal hihi.
Oklah itu je nak cerita.
Bye!

22 comments

July 27, 2014 at 11:09 PM

take care kak ^_____^ mat hari rayeee.. hihi

July 28, 2014 at 9:55 PM

singgah & klik2 semua nuffnang.
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Shikin @ NAzEcK.

July 28, 2014 at 9:56 PM

Cantik baju raya akak & family.

July 28, 2014 at 10:45 PM

Selamat hari raya kak...checklis memamg penting..ni pun wanie ada tertinggal barang...huhu

July 29, 2014 at 12:10 AM

Wah, bestnya tengok persiapan nak balik raya KM! Selamat hari raya! Semoga raya tahun ni lebih meriah dan ceria :)

July 29, 2014 at 6:54 AM

alhamdulillah.. dah sampai...

July 29, 2014 at 6:55 AM

sy pun dah klik balik shikin punya...

July 29, 2014 at 6:55 AM

terima kasih... =)

July 29, 2014 at 6:56 AM

haha.. kan dah tertinggal... sbb tu akak buat check list..

July 29, 2014 at 6:57 AM

alhamdulillah... selamat hari raya Fara

July 29, 2014 at 7:30 PM

comelnyaa baju .. selamat ari raya kak ^^

July 29, 2014 at 9:58 PM

Balik kampung..ooo balik kampung. Selamat hari raya. :)

July 30, 2014 at 3:29 AM

kita nampak, "kuih kudap2" dalam list akak tuh! hehehe :D

July 30, 2014 at 10:33 AM

Selamat Hari Raya...

July 30, 2014 at 1:16 PM

kampung saya pun jauh dekat Kedah. tapi dah lama tak pergi sana sejak arwah abah meninggal dunia.

saya pun kena buat checklist macam tu sebab saya ni clumsy -.- bila dah clumsy, semua benda penting pun lupa.

alah, pak wan akak tu, bila dah ada isteri, isteri je lah tempat dia bergantung untuk benda-benda macam tu. hehehe. saya tak boleh bawa laptop pun bila balik kg. tak ada internet. sobs.

July 31, 2014 at 1:14 AM

selamat hari raya nad... =)

July 31, 2014 at 1:14 AM

dah nampakkan? haha... pandai dia cari ya... =)

July 31, 2014 at 1:17 AM

pak wan korang ni manje hahaha (geli tak?)
akak bawak balik laptop pun tak de makna tp berguna utk akak taip dalam word dulu then bila dah ada line baru published dlm entry... klu tak, akak pon lupa detik2 kejadian haha...

August 1, 2014 at 10:07 AM

Saja scroll sampai sini..nk tau blk kpg mna..rupanya org Banting jgk, kpg pon Perak jugak..tp Perak tu kat mana pulak?..hubby KM suka pancing ...sama minat, cantik lah...

August 1, 2014 at 10:33 AM

PCL pun org banting ke? Kampun KM perak tu kat taiping... klu minat mancing, boleh gang dgn pakwan hihi..

August 1, 2014 at 11:08 AM

wah baausnye siap buat checklist

August 1, 2014 at 11:12 AM

kena buat checklist, balik kampung jauh mimi hehe..

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia