TER-Shopping VINCCI

Fuh! Tak boleh keluar dah lepas ni.
Asal keluar je, duit pun keluar.
Asal keluar je, entah ke mana-mana pergi, duit pun cair macam air.
Pantang berjalan ke shopping mall, mesti terbeli punya.
Tak taulah, apa motif kami pergi ke situ?
Kan dah TERbeli.
Haish! Vincci...Vincci...
Haha.. salahkan Vincci pulak. (^^,)

Kebetulan jumpa kasut wedges warna neon ni.
Mata ni rasa bersinar-sinar je nak beli.
Hati cakap, nak beli ke tak nak beli.
Tangan dah sentuh ni.
Kaki dah try2 kasut ni.
Sales girl pun dah usha2 aku dari tepi.
Huhuhu... Berkira-kira nak beli.

Last2 panggil hubby, buat-buat tanya "abang, ok ke ni?"
Hubby kata, "ok cantik, berapa tu?" Dia angkat kening.
Ku sengih je macam kerang, dah bagi hint nak mintak dia belikan. "Murah je bang. Boleh ke? Ngee.." Soalku sengih sambil tunjuk harga.
Hubby cuma cakap "OoOo..." lepas tu dia buat2 main handphone.

Dah fahamlah maksudnya tu kalau buat donno.
Erm, susah2 sangat ku terus cari saiz 7.
Hambik ko, terus pergi kaunter letak kasut atas meja.
Tak mahal pon, murah je. Cuma RM20 lepas offer.
Murahkan?

Okaylah, itu je nak share.
Ni TERbeli ya, bukan niat nak beli tapi TERbeli.
Huhu... what ever!

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia