Apa Beza Jeruk Dan Halwa?


Assalamualaikum korang!

KM nak tanya ni, korang makan halwa tak?
Apa beza antara halwa dan jeruk?
KM makan macam sama je rasanya.
Siap basuh lagi tak mau bagi menyengat kat serombong hidung ni.
KM kalau makan kan, mesti jadi semput tau.
Terbatuk-batuk sampai nafas berbunyi. (Kira semputlah tukan?)
Tapi perasaan agak confuse di sini, KM ni makan jeruk ke makan halwa?
Sebab tak batuk pulak lepas makan buah2 ni.

Okeh, abaikan perasaan itu.
Macam mana tetiba boleh ada jeruk kat rumah aku ni?
Sebenarnya gini tau, kita orang jenjalan rumah abah mertua ku kat morib.
Tengah syok-syok borak adik beradik, tetiba abah mertua ku keluarkan sebungkus plastik yang di katakan ada halwa di dalamnya.

Yang haku ni pandang jelah plastik tu dan dengan confident cakap, 

"Ini jeruklah abah. Bukan halwa. Eira tak suka jeruk."

Abah mertua ku pun bidas balik kata-kata aku, 

"Takkkkkk... ini halwalah Eira."

Haku yang menantu ni pulak bidas lagi kata-kata dia. Dengan penuh yakin aku cakap. 

"Bukanlah abah, ini jeruk. Nanti Eira batuk kalau makan ni."

Abah mertuaku dah cekak pinggang dah. Dia juih mulut sambil pandang daring kat aku.

"Ya Allah, tak caye pulak dia. Cuba ko rasa sendiri, halwa ke jeruk. Ko tengok bini ko ni wan, ada ke dia tak caye ni halwa."

Aku pun rasalah seketul dua. 
Erm.. memang rasa dia agak berlainan sikit dari jeruk. 
Kalau jeruk tu ya ampun kuat sampai menyengat kat hidung.
Kalau makan banyak, boleh jadi semput kot.
Tapi yang buah dikatakan halwa ni, rasa tak menyengat sangat kat hidung.
Terlebih manis la pulok. Dah nama pun halwakan? Haha.
Jadi pak mertuaku pun tanya.

"Apa macam? Rasa halwa ke jeruk?"

Yang aku ni tersengih kambing kat depan dia sambil sedap mengunyah dua tiga ketul, kikiki.

"Ooo.. macam ni rasa halwa ya? Barulah Eira tau yang jeruk dan halwa tu berbeza."

Hahaha. Begitulah perbualan antara menantu dan mertuanya.
Kesian KM kan? 
Baru tau halwa dan jeruk tu berbeza?

Okeh, itu je nak kongsi cerita.
Daaa

Happy Birthday My Dear PakWan!

Assalamualaikum korang!

Haha! Hari ni birthday pakwan tau.
Haish... dah berganjak lagi satu angka usia laki aku ni.
Actually, KM tak sempat pun beli hadiah untuk dia.
Mana taknya, weeked asyik nak berkepit je ngan kita nak ajak jenjalan.
Bila masanya KM nak pi menyelinap beli kad birthday atau hadiah untuk dia?
Hari ni baru berkesempatan nak pi cari kad untuk dia.

Sebelum KM buat-buat lupa, baik KM wish birthday kat dia hari ni.
Dah le setahun sekali.
Kang kecik hati pulak orang tua tu kikiki.
Amacam? Ok tak pilihan birthday wish kat bawah ni?
Rambang mata nak pilih ni weh.
Hihihi... kita tengok apa reaksi dia sebab ini pertama kali KM wish guna e-card tau.
Sebelum ni bagi kad birthday, beli kat kedai je.
Jom usha kata-kata wish yang indah ni.







Aouch! Suwwweeettttnnnyeeee...
Mana satu KM nak pilih ni?
Macam semua je KM suka ni.
Ni kalau bagi semua kat pakwan, mau dia tersendu menangis ni hahaha!
Terharu kot, bini bagi birthday wish banyak-banyak, macam dah tak de kerja dah nak buat.
*Padahal --> Dah kenapa bini aku ni send e-card banyak-banyak? Buang tebiat?*

To pakwan, Happy Birthday to you darling.
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki yang berkat.
In Shaa Allah.

*Confirm terharu dia baca entry ni hahaha*

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia