Milk Booster Di Bulan Puasa

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... bulan puasa mejelang tiba. KM masih lagi belum masuk kerja. Kena extend jaga baby sampai berat dia naik dengan cantik. Pengasuh pun belum berani nak jaga baby Uzair memandangkan fizikal dia macam fresh from oven. Newborn baby katakan walaupun sekarang usia dia dekat 3 bulan. Berat baru 2kg ++

Bila dah duduk rumah ni, dah tentulah asyik berkepit dengan baby je. Pulak tu dah sampai ke bulan puasa. Nak aktif berblogging pun payah juga sebenarnya. Al maklum baby asyik nak ngemping je. Pantang lepas je, confirm dia berbunyi. Tak kasi chance langsung mama dia nak update blog. Maaflah korang kalau KM dah lama tak singgah. Bila ada masa nanti KM cuba jugak singgah ke blog korang ya.

Hari ni KM nak share milk booster di bulan puasa. Untuk ibu-ibu yang masih susukan anak tu, bolehlah kalau nak try cara KM ni. Simple je, tak susah pun. Cuma kalau korang nak tambah apa2 nak bagi lebih sedap itu terpulang ya.

Resepi KM simple je
Coklat Malt
Susu tepung skim (suka hati nak guna susu apa)
Kurma 7 biji 
Blend 400ml air dan siap!

Boleh juga kalau nak tambah badam, delima atau air soya buat sendiri.
Ikut cita rasa korang sendiri ya.
Jangan tambah gula sebab 7 biji kurma tu dah manis.
Ok, selamat mencuba ya.

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia