Click Banner Untuk Join Ya.
Ruang Iklan Untuk Disewa
SEGMEN APA KATA PROMOT? by m.e
Clik banner untuk join ya.
Lepas Zulaikha, Aku Pulak Yang Demam
Lepas sorang-sorang kena demam.
Sebelum ni Zulaikha, lepas tu aku pulak kena.
Tapi alhamdulillah sebab bila dah rasa tak sihat tu aku terus pergi klinik ambil ubat.
So, tak adalah demam tu terlalu lama.
Okay nak jadikan cerita, aku asyik bersin je pagi tu sampai rasa nak tercabut hidung ni ha.
Memang itulah masalah aku setiap kali demam akan kena selsema yang teruk dulu.
Sampai satu tahap ko tido pun hidung tersumbat.
Tau-tau2 je ada sesuatu yang mengalir dari hidung.
Air hidunglah apa lagi. Huhu...
Bila dah kena macam ni, aku terus ajak suami pergi klinik.
Pada masa yang sama aku nak tanyakan pasal period berpanjangan yang aku alami ni.
Takut something happen yang aku sendiri tak tau.
Selama ni aku main agak-agak je.
Suami aku cakap, tak patut main agak-agak sebab kita bukan doc.
So, dia pun suruh aku pergi check up sekali.
Suami pun bawa aku ke klinik Fuziah dekat kota warisan sepang.
Sebelum tu aku tanya dulu doc lelaki atau perempuan.
Sekali pembantu tu cakap doc lelaki.
Adui lemah betul aku kalau doc lelaki, macam mana aku nak cerita pasal masalah perempuan?
So, aku cuma cerita masalah demam dan selsema aku je.
Cerita punya cerita, dapatla ubat demam dan selsema.
Lepas tu dia bagi aku MC sebab dia ingat aku puasa haha.
Dia suruh aku berehat je kat rumah.
Dan itulah yang aku harapkan pun dari keputusan doctor.
Okay, lepas tu aku cerita kat suami yang aku tak nak check masalah perempuan ni kat klinik Fuziah sebab doctor yang bertugas adalah doctor lelaki.
Suami aku pun tak setuju bila doctor lelaki dari klinik yang buat pemeriksaan.
Katanya kita banyak option klinik yang ada doctor perempuan.
Takkan dibulan puasa yang indah ni aku nak benarkan doctor lelaki buat pemeriksaan ke atas perut aku?
Dan aku pun tak rasa yang doctor lelaki itu nak buat pemerisaan ke atas perut aku di bulan puasa yang indah ni haaaa..
So aku decide pergi ke klinik Aisya & Yusuf pulak.
Sebab rata-rata kawan aku yang ada masalah perempuan mesti akan pergi klinik tu.
Klinik ni agak jauh sikitlah dari rumah aku.
Ia terletak kat Bandar Nilai Enstek.
Masa sampai tu nak cari parking punya susah der...
Suami aku cakap dia tunggu kat kereta je sementara nak tunggu parking kosong.
So, aku pun terus masuk dan tanya soalan yang sama, doctor lelaki ke doctor perempuan?
Pembantu klinik tu cakap, doctor Yusaida.
YES!
Aku punya happylah sebab doctor Yusaida yang bertugas.
Tau sebab apa aku suka dengan doctor Yusaida ni?
Dia kalau buat pemeriksaan ke atas pesakit dia, dia akan buat pemeriksaan dengan teliti.
Tengok pesakit punyalah ramai kat klinik dia.
Aku menunggu sampai tertidur beb kat kerusi sebab keletihan demam selsema.
Yang bestnya aku tersedar time ada pesakit kanak-kanak menangis kat sebelah aku.
Aku mamai gosok-gosok mata dan betulkan duduk aku.
Korang tau tengah aku betulkan duduk tu, baru aku perasan yang kasut aku sebalah lain, sebelah lain?!
Arrrggghhh!!! Not again??? Bencinya!!!
Kenapalah aku suka sangat tersalah pakai kasut?
Mabuk ketum betullah aku ni!
Obvious giler korang tau tak wei!
Malu tak usah cakaplah, pesakit2 dalam klinik tu dah pandang semacam je kat aku.
Terus aku mengekot sebelah kaki, sorok bawah kerusi.
Dalam hati, bilalah doctor nak panggil aku ni wei?!
Bila tiba giliran nama aku dipanggil, cepat-cepat aku masuk dalam bilik doctor.
Fuh! Lega walaupun ada mata-mata yang senyum tengok aku.
Lupakan seketika pasal kasut sebelah lain-sebelah lain tu.
So, aku pun ceritalah masalah aku pada doctor, yang mana aku ada masalah period berpanjangan.
Selepas doctor mendengar cerita aku, dia minta izin untuk scan perut aku.
Katanya takut ada sesuatu yang tidak kena pada dinding rahim aku.
Masa ni aku dah cuak sebenarnya.
Aku dah terfikir, adakah ovari aku ada cyst?
Tapi aku cool dulu dan bagi doctor buat kerja dia dulu.
Then sampailah dia print result dan tunjuk pada aku.
Kata doctor, ada kebarangkalian tiga perkara yang aku alami.
Sama ada aku bleeding keguguran, cyst atau masalah hormon.
Masa ni aku dah berdebar-debar dah.
Nak kata aku bleeding keguguran, aku tak rasa sakit pun kat peranakan aku.
Nak kata aku ada cyst, aku tak rasa pun perut aku membuncit.
Kalau masalah hormon tu mungkin boleh jadi jugaklah.
Hasil keputusan yang aku dapat, doctor kata dia tak nampak pun sebarang ketulan cyst pada ovari aku.
Alhamdulillah...
Then dia kata lagi, kalau aku bleeding keguguran, agak sukar untuk dia detect janin di peringkat awal sebab masih baru.
Yang ni aku dah cuak dah sebab agak ralatlah hati ni kalau betul aku keguguran, huhu.
Nak usahakan seorang anak bukannya senang wei, susah nak lekat tau.
So, doctor arahkan aku untuk buat urine test sebab nak tau sama ada aku preggy atau pun tidak.
Masa aku pas urine tu kat kaunter, dengan segeranya aku kembali ke kereta dan tukar pakai kasut lain.
Hahaha... sebab lepas tu aku nak kena hadap doctor lagi sekali.
Nak kena lalu depan manusia2 yang tunggu turn tu.
Bila nama dah di panggil, doctor bagi keputsan yang aku tak hamil dan bukan masalah keguguran.
Alhamdulillah... syukur sangat, hilang part ralat tu.
Doctor mengklasifikasikan masalah aku ni adalah masalah hormon.
Jadi doctor hanya bagi folic asid je untuk kuatkan dinding rahim.
Kalau masih belum stop, barulah doctor suruh refer hospital.
Itulah part paling ngeri huhu.
Sekian
#3 Thank You Nuffnangers Who Recently Viewed My Blog =)
UPDATED!
Terima kasih banyak-banyak pada nuffnangers yang menjengah blog KM hari ni.
Amat terharu dan sangat hargai kedatangan korang ke blog ni sambil klik2 apa yang patut huhu.
Siapa yang rajin menjenguk blog ni?
Kalau tengok dari senarai di bawah, seperti biasa ada yg regular visitor dan ada jugak visitor baru.
Hehe... inilah dia senarainya.
Jom ramai-ramai kita ziarah mereka ni.
THANK YOU SO MUCH!
Giliran saya pula datang ke blog mereka dan klik2 apa yg patut.
p/s : Nak bagi tau, naffnang pilih paling terkini. Terkini yang macam mana tu KM tak pasti. Bagi yang biasa datang sini tapi tak tersenarai tu jangan kecil hati ya. Nanti KM datang ziarah ya.
Sekian
Bawa Zulaikha Jalan2 Supaya Dia Aktif
Kelmarin lepas beri makan ubat, aku dah janji dengan Zulaikha yang aku akan bawak dia jalan-jalan kalau dia dah sihat.
Bila dia dah aktif dan bertenaga, dia tuntut balik janji tu dengan aku haha.
Nak tak nak, bawak jelah dia bersiar-siar dalam kereta.
Sebelum tu aku bawa dia main kat playground taman rumah aku tu.
Pagi tu nyaman je rasa sebab cuaca redup.
Sebab tu aku tak kisah bawa dia main kat playground.
Tapi sekejap je dia main, lepas tu dia duduk sebelah aku kat bangku.
Haaaa itu maknanya kepala dia dah berat.
Dalam erti kata lain dia pening kepala, panas dalam.
Aku tanya dia...
Eh...dia tak mau balik kooooo..."Kalau rasa pening, jom balik rumah. Jangan main lagi kat padang. Dah sihat betul-betul baru main semula."
Dan-dan tu jugak cakap yang dia dah baik demam. Alhamdulillah...
Erm... aku perhati je dia dari jauh yang konon cuba gagahkan diri nak bermain.
Sampai satu tahap mata dia berair tu maknanya dah panas sangatlah tu, terus aku tarik dia masuk rumah dan basahkan kepala dia.
Bila suhu dah okay, terus dia baring depan TV dengan ayah dia dan bagi air masak dalam botol.
Nasib baik berpeluh sikit.
Sekurang-kurangnya demam dia dah kebah walaupun tak sepenuhnya.
Lebih kurang jam 12 tgh hari barulah kami gerak keluar bawak Zulaikha bersiar-siar dalam kereta je.
Memang tak bawak dia kat tempat-tempat awam tu sebab keadaan dia bukanlah pulih sepenuhnya.
Kami cuma nak isi minyak je untuk seminggu nak kerja next week.
Lepas tu, kami balik rumah, singgah 99 Speedmart je beli barang apa yang patut untuk prepare nak masak berbuka.
Itu pun mak jemah tu dah membebel kat aku lagi...
Dia tak puas hati baju raya ayah dia tak beli lagi."Mama kata nak bawak kita shopping kat tesco? Baju ayahkan belum beli lagi. Baju kita je dah ada tau."
Yang sebenarnya dia tu tak puas berjalanlah tu, sebab tu duk membebel je kat aku.
Ayah dia kat sebelah dah senyum geli hati je dengar mulut dia berceloteh tak henti.
Then aku pujuklah dia supaya dia faham situasi dia yang tak sihat tu.
Dengar je perkataan playground, bukan main seronok tak hingat ko...."Tunggulah Zulaikha sihat betul-betul, baru kita pergi beli baju raya ayah ya. Masa tu syok sikit nak jalan-jalan. Nanti mama dengan ayah bawa Zulaikha pergi playground lagi ya."
Barulah dia setuju cakap aku tapi dengan syarat ya... haaa...
Hahaha... parah! Kome tau kasut mana yang dia suka tu?"Nanti mama belikan kita kasut raya yg macam mama punya tu ya. Yang ada kilat-kilat tu. Kita suka kasut mama tu."
Tu, Kasut Jelly yang aku ada buat entry sebelum ni tu.
Itulah dia kasutnya yang dia suka sangat tu.
Masalahnya mana aku nak cari Kasut Jelly macam tu dengan saiz kaki kanak-kanak 4 tahun?
Hahaha... parah mak dia nak mencari ni.
Dahlah tak rajin nak survey.
Kalau korang tau kat mana nak beli kasut jelly kanak2 yg macam kasut aku NI, silalah share kat sini ya.
SEKIAN
Subscribe to:
Posts (Atom)