Ruang Iklan Untuk Disewa

Lepas Zulaikha, Aku Pulak Yang Demam

Lepas sorang-sorang kena demam.
Sebelum ni Zulaikha, lepas tu aku pulak kena.
Tapi alhamdulillah sebab bila dah rasa tak sihat tu aku terus pergi klinik ambil ubat.
So, tak adalah demam tu terlalu lama.
Okay nak jadikan cerita, aku asyik bersin je pagi tu sampai rasa nak tercabut hidung ni ha.
Memang itulah masalah aku setiap kali demam akan kena selsema yang teruk dulu.
Sampai satu tahap ko tido pun hidung tersumbat.
Tau-tau2 je ada sesuatu yang mengalir dari hidung.
Air hidunglah apa lagi. Huhu...

Bila dah kena macam ni, aku terus ajak suami pergi klinik.
Pada masa yang sama aku nak tanyakan pasal period berpanjangan yang aku alami ni.
Takut something happen yang aku sendiri tak tau.
Selama ni aku main agak-agak je.
Suami aku cakap, tak patut main agak-agak sebab kita bukan doc.
So, dia pun suruh aku pergi check up sekali.



Suami pun bawa aku ke klinik Fuziah dekat kota warisan sepang.
Sebelum tu aku tanya dulu doc lelaki atau perempuan.
Sekali pembantu tu cakap doc lelaki.
Adui lemah betul aku kalau doc lelaki, macam mana aku nak cerita pasal masalah perempuan?
So, aku cuma cerita masalah demam dan selsema aku je.


Cerita punya cerita, dapatla ubat demam dan selsema.
Lepas tu dia bagi aku MC sebab dia ingat aku puasa haha.
Dia suruh aku berehat je kat rumah.
Dan itulah yang aku harapkan pun dari keputusan doctor.

Okay, lepas tu aku cerita kat suami yang aku tak nak check masalah perempuan ni kat klinik Fuziah sebab doctor yang bertugas adalah doctor lelaki.
Suami aku pun tak setuju bila doctor lelaki dari klinik yang buat pemeriksaan.
Katanya kita banyak option klinik yang ada doctor perempuan.
Takkan dibulan puasa yang indah ni aku nak benarkan doctor lelaki buat pemeriksaan ke atas perut aku?
Dan aku pun tak rasa yang doctor lelaki itu nak buat pemerisaan ke atas perut aku di bulan puasa yang indah ni haaaa..

So aku decide pergi ke klinik Aisya & Yusuf pulak.
Sebab rata-rata kawan aku yang ada  masalah perempuan mesti akan pergi klinik tu.
Klinik ni agak jauh sikitlah dari rumah aku.
Ia terletak kat Bandar Nilai Enstek.
Masa sampai tu nak cari parking punya susah der...
Suami aku cakap dia tunggu kat kereta je sementara nak tunggu parking kosong.
So, aku pun terus masuk dan tanya soalan yang sama, doctor lelaki ke doctor perempuan?
Pembantu klinik tu cakap, doctor Yusaida.
YES!

Aku punya happylah sebab doctor Yusaida yang bertugas.
Tau sebab apa aku suka dengan doctor Yusaida ni?
Dia kalau buat pemeriksaan ke atas pesakit dia, dia akan buat pemeriksaan dengan teliti.
Tengok pesakit punyalah ramai kat klinik dia.
Aku menunggu sampai tertidur beb kat kerusi sebab keletihan demam selsema.
Yang bestnya aku tersedar time ada pesakit kanak-kanak menangis kat sebelah aku.

Aku mamai gosok-gosok mata dan betulkan duduk aku.
Korang tau tengah aku betulkan duduk tu, baru aku perasan yang kasut aku sebalah lain, sebelah lain?!
Arrrggghhh!!! Not again??? Bencinya!!!
Kenapalah aku suka sangat tersalah pakai kasut?
Mabuk ketum betullah aku ni! 
Obvious giler korang tau tak wei!
Malu tak usah cakaplah, pesakit2 dalam klinik tu dah pandang semacam je kat aku.
Terus aku mengekot sebelah kaki, sorok bawah kerusi.
Dalam hati, bilalah doctor nak panggil aku ni wei?!


Bila tiba giliran nama aku dipanggil, cepat-cepat aku masuk dalam bilik doctor.
Fuh! Lega walaupun ada mata-mata yang senyum tengok aku.
Lupakan seketika pasal kasut sebelah lain-sebelah lain tu.

So, aku pun ceritalah masalah aku pada doctor, yang mana aku ada masalah period berpanjangan.
Selepas doctor mendengar cerita aku, dia minta izin untuk scan perut aku.
Katanya takut ada sesuatu yang tidak kena pada dinding rahim aku.
Masa ni aku dah cuak sebenarnya. 
Aku dah terfikir, adakah ovari aku ada cyst?
 Tapi aku cool dulu dan bagi doctor buat kerja dia dulu.


Then sampailah dia print result dan tunjuk pada aku.
Kata doctor, ada kebarangkalian tiga perkara yang aku alami.
Sama ada aku bleeding keguguran, cyst atau masalah hormon.
Masa ni aku dah berdebar-debar dah.
Nak kata aku bleeding keguguran, aku tak rasa sakit pun kat peranakan aku.
Nak kata aku ada cyst, aku tak rasa pun perut aku membuncit.
Kalau masalah hormon tu mungkin boleh jadi jugaklah.

Hasil keputusan yang aku dapat, doctor kata dia tak nampak pun sebarang ketulan cyst pada ovari aku.
Alhamdulillah...
Then dia kata lagi, kalau aku bleeding keguguran, agak sukar untuk dia detect janin di peringkat awal sebab masih baru.
Yang ni aku dah cuak dah sebab agak ralatlah hati ni kalau betul aku keguguran, huhu.
Nak usahakan seorang anak bukannya senang wei, susah nak lekat tau.
So, doctor arahkan aku untuk buat urine test sebab nak tau sama ada aku preggy atau pun tidak.
Masa aku pas urine tu kat kaunter, dengan segeranya aku kembali ke kereta dan tukar pakai kasut lain.
Hahaha... sebab lepas tu aku nak kena hadap doctor lagi sekali.
Nak kena lalu depan manusia2 yang tunggu turn tu.

Bila nama dah di panggil, doctor bagi keputsan yang aku tak hamil dan bukan masalah keguguran.
Alhamdulillah... syukur sangat, hilang part ralat tu.
Doctor mengklasifikasikan masalah aku ni adalah masalah hormon.
Jadi doctor hanya bagi folic asid je untuk kuatkan dinding rahim.
Kalau masih belum stop, barulah doctor suruh refer hospital.
Itulah part paling ngeri huhu.


Sekian


9 comments

July 15, 2014 at 1:42 PM

Hahaha akak...kiut sangat kasut tu haha...get well soon akak...

July 15, 2014 at 2:16 PM

huhu terima kasih...

July 15, 2014 at 2:27 PM

semoga cepat baik, akak... :D

July 16, 2014 at 2:40 AM

Bila dah baca, rasa agak ngeri part kasut sebelah lain tu. hehe

July 16, 2014 at 2:49 AM

hahaha... itulah pasal... tak pernah rasa malu sebegitu...

July 16, 2014 at 3:03 AM

saya pernah lalui juga. tapi bukan berlainan kasut. cumanya tertinggal kasut time nak naik keta. jadi tinggal terus la kasut tu. :p

July 16, 2014 at 8:20 AM

ala... sayangnya kalau tertinggal... huhu..

July 16, 2014 at 9:43 PM

memang musim dia lerr... sekarang ni.. semoga cepat sembuh kak ^__^

July 16, 2014 at 11:15 PM

ye betul, kena byk minum air.

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia