Ruang Iklan Untuk Disewa

Wah! Entry Aku Di Serang!


Assalamualaikum korang!

Sekali aku bukak email, maaaaaakkkk aihhhh! 
Nak terjojol mata aku tengok nama Mimi Azirah a.k.a Pink Ummi punyalah banyak datang menyerang aku kat entry.

Hahahaha... Mimi! I lap u la Mimi sebab hampir ke semua entry awak singgah.
KM pun tak sempat nak balas semua komen tu.

Nanti ko Mimi Azirah, bersedialah dengan juadah entry.
Kejap lagi KM dan lain-lain datang menyerang! Yeeehhaaa!

Jom korang kita terjah blog Mimi Azirah ni, hehe
Klik je kat benner atas ni

v
v
v
v

Sebelum ni kalau tak silap Dr. Shikin pun suka datang serang entry KM.
Kalau tengok kat email nama dia je duk naik kat semua entry.

Hahaha... Shikin! I also lap u lah Shikin sebab hampir semua entry awak singgah baca.
KM pun tak sempat balas kadang tu.

Nanti ko Shikin, kejap lagi KM dan lain-lain datang menyerang! Yeeeehhhoooo!

Jom korang kita terjah blog Dr. Shikin sekali
Klik je benner atas ni.

Ok, bye!

Laaa... Senang Je Lukis Doodle Guna Power Point!

Assalamualaikum korang!

Hari ni hari yang tak berapa nak sihat.
Aku keselsemaan dan kebatukan yang perit sangat.
Selsema tu kalau tak bersin banyak kali aku tak kisah, ni masalahnya 10 x duk bersih.
Sampai nak tercabut batang hidung aku yang mancong ni ha.

Ingat lepas makan ubat aku bolehlah tido dengan nyenyaknya.
Sekali ada pulak manusia kat sebelah ni pasang video fast furious yang bising tu.
Aku nak tido pun tak senanglah.
Sudahnya aku kena cari idea, apa aku nak buat bila tak boleh tido ni?

Sedang aku berblogwaking kat blog korang2 ni, adalah ternampak certain blogger guna doodle.
Hehehehehehe... panjang sengih aku.
Tetiba senyum ada idea kat depan PC.
Aku nak trylah buat doodle sendiri tapi masalahnya nak guna apa?
Boleh pulak tu terlintas nak guna power point bodo2 tu.

Entah jadi, entah tidak?
Sekali, alamak... aku ingatkan susah sangat lukisnya.
Rupanya serupa kunyah kacang dan telan je.



Taaaaaddaaaa... doodle Karya Mahirah dah siap!
Apa macam korang, teror tak aku lukis?
*Bluek, nak muntah! Hahaha!*

Bolehlah kalau aku nak tepek kat benner blog lepas ni.
Aku lukis ni tiru gambar aku sendiri.
Entah? Macam tak ada rupa je aku tengok.
Tapi kalau letak spek mata atas kepala tu baru ada sikit walaupun mata redup, haha!



Tapi aku tak puas hatilah, kenapa doodle ni nampak lagi cantik dari muka aku yg sebenar?
*Eee... menyampah! Mula perasan dah si mahirah ni, hahaha!*

Ok bye!

Hari Raya Aidilfitri 2014 ~ Part 5 (Akhir)

Assalamualaikum korang!

Haaa apa macam? Masih mood raya lagi ke? Aku nak update part akhir ni pun dah lemau sambil tisu kat tangan je haha! Bukannya sedih tapi selsema tahap gaban ni ha. Tekak dah perit dah ni.
Okay, kali ni memang betul-betul episod akhirlah sebab part 5 ni lepas beraya kita orang terus balik sepang. Konon-konon tak nak kena jemmedlah kan, sekali haaaa hambik ko, rupanya ramai yang dah gerak balik ya sebab Khamis tu ada yang dah kerja, kan?

Kampung Jana, 
Perak

Lepas sarapan pagi tu kita orang terus kemas-kemas homestay tu. Check apa yang patut, karang tertinggal memang takkan patah baliklah. Yang sedapnya, dah nak balik tu tetiba pulak remote TV hilang. Aish! Siapa pulak yang main ni. Macam biasalah, tanya Zulaikha dia kata tak tau. Cari punya cari bagai nak rak la selongkar celah sofa, akhirnya jumpa jugak. Kalau tak, jenuh kena ganti ko, haaa.


Sebelum kita orang gerak balik ke sepang, abang ajak beraya ke rumah sepupu dia yang aku panggil mak anjang. Memang rumah mak anjang ni kita orang tak boleh miss sebab kita orang banyak jasa dengan dia dari aku kana-kanak lagi. Kalau korang nak tau, mak anjang ni pernah jaga aku masa aku umur 5 tahun. Aku ingat lagi dulu-dulu aku nak ikut anak sulung dia pergi sekolah. Aku ingat lagi arwah abang Salihin dan arwah abang Kamal suka layan aku bermain. Dia orang dah anggap aku macam adik beradik sendiri.


Yang sedihnya raya 4 tahun lepas adalah raya terakhir aku jumpa arwah abang Salihin dan arwah abang Kamal.

Kalau kenang balik memang sedihlah sebab satu-satu Allah tarik anak mak anjang ni tapi yalah, Allah lebih menyayangi anak-anaknya. Arwah abang Salihin meninggal sebab jantung. Tengah drive balik ke kampung isteri dia masa tu tetiba pengsan dan terus meninggal. Manakala arwah abang Kamal pulak meninggal kemalangan digilis treler kat Klang kalau tak silap akulah sebab pernah masuk paper dulu. Itu pun masa bulan puasa.

Ni aku dukung cucu ke tiga mak anjang. Anak abang Ariff.
Abang Ariff ni the only anak lelaki yang tinggal dlm keluarga mak anjang.

Memang mak dia terduduk sekejap. Kalau bukak cerita pasal arwah-arwah ni, memang lemah longlai dan sedih. Tapi tulah, Allah lebih menyayangi anak-anak dia. Cuma sekarang alhamdulillah, mak anjang dah redha dengan pemergian anak-anaknya. Arwah-arwah memang anak-anak yang baik dan dengar kata. Aku akui sebab aku membesar sama dengan dia orang. Mak anjang ni dulu mengasuh aku. Masa datang beraya ni pun nampak je strong tapi sebenarnya terkesan jugak kat hati mak anjang dengan kehilangan anak-anaknya. Lagi pulak abang Salihin tinggalkan waris tunggal, cucu untuk dia. Lagilah mak anjang rasa sedih sebab duduk sebelah rumah je dan terbayang-bayang kewujudan arwah.


Okay, ni iklan ya.
Mak anjang aku ni ada buat business rempah masakan. Contohnya dia ada jual serbuk kari ayam dan daging, serbuk kari ikan, serbuk sambal tumis dan serbuk sup. Aku dah try tau serbuk masakan yang mak anjang buat sendiri ni memang sedap giler. Dia dicommercialkan kat perak, tempat dia je rasanya.

Masa datang raya baru ni, memang rezeki mak anjanglah pak wan borong dekat 10 kotak untuk stok kita orang. Sekotak kecil kat atas tu ada dua sachet dalamnya. So boleh buat dua kali masakan. Haaaa... bila dah ada paket serbuk rempah macam ni, memang senanglah untuk orang-orang bujang macam korang nak memasak. Sebab tu pakwan suka sangat beli serbuk masakan ni.

Kalau korang berminat nak order dan try, boleh order kat aku.
Tag line promot : Masak cepat dan mudah, *cewah!*
1.Serbuk Sambal Tumis, Malaysian Blend, 1 paket untuk makan 5-6 orang
2.Serbuk Kari Ikan, Malaysian Blend, 1 paket untuk makan 5.6 orang
3.Serbuk Sup, Malysian Blend, 1 paket untuk makan 5-6 orang
4.Serbuk Kari Ayam dan Daging, Malaysian Blend, 1 paket untuk makan 5-6 orang
Harga : RM5.50 sekotak


Okay, tutup cerita beraya kat rumah sepupu abah aku. Lepas tu kita orang beraya kat rumah pak andak pulak. Haaaa... sambil beraya, sambil melawat anaknya yang baru terima kehadiran orang baru. Tu dalam pantang tu. Geram je tengok nak dukung baby tapi tengah tido kat pangku mak tok dia pulak. Korang tengoklah si Zulaikha tu, duk tenung pelik kat adik sebab botak semacam. Korang tau dia boleh bisik apa kat aku masa hari tu?

Mama-mama, kita tak nak adik botak macam ni. Kita nak adik yang ada rambut macam tadi tu.
Haaaaa makna kata cucu mak anjanglah tu maksud dia. Mentang-mentang budak ni botak, ada hati nak pilih-pilih adik. Ingat senang orang nak bagi dia agaknya? Haha... begitulah pertama kali Zulaikha tengok budak botak ya. Dia tak tau, kalau ada adik besok pun adik dia kena botak macam ni hahaha.

Ni borak-borak antara mak tok dan mak tok

Yang ni berborak antara tok abah dan tok abah


Yang ni pulak berorak antara menantu sepupu dengan menantu sepupu.
Pak wan kalau dapat gang peramah, dia okay ja. Cuba kalau dapat gang tak peramah, mati kutu kalau tak bercakap.
Aku pulak ambil peluang berborak dengan sepupu aku yang baru bersalin tu. Hai, tengok orang ada baby baru, geramnyalah. Huhu...


Last but not least, rumah mami Laili atau mak tam. Ini kakak abah aku. Rumah ni wajib singgah sebab abah memang rapat dengan kakak dia mami Laili ni. Anak dia yang abang lan tu agen unit trust. Isterinya orang new zealend tapi dah fasih bahasa melayu mengalahkan kita haha. Sangat peramah dan lembut orangnya. Jadi aku pun tak kekok nak bercerita. Aku kalau nak tanya apa-apa info pasal hartanah atau apa yang berkaitan dengan pelaburan, memang suka rujuk dengan sepupu aku ni sebab dia banyak info.

Korang tengoklah ni gaya aku bercerita pun dah lemau haha. Masa ni kita orang tengah tunggu abah solat kat atas. Lamanya wei. Aku sampai tertido kat sofa. Pak wan dah lepak kat buaian luar. Dalam jam 5:30pm macam tu kita orang pun gerak balik ke Sepang. Sampai dalam jam 11 malam kat rumah. Penat toksah cakaplah. Balik mandi terus terbongkak tido.

Begitulah akhirnya kisah balik kampung aku hihi. Belum lagi sambung part beraya kat rumah kaum kerabat pak wan kat kampung. Korang taulah orang jawa punya style. Selagi ada pakcik makcik punya rumah, selagi tu semua rumah dia nak beraya. Meriah ko family pak wan. Kalah family aku ni ha.

Okaylah, itu je nak cerita.

THE END

Bye!

Eh Bergurau Pulak Mahirah Ni?

Assalamualaikum korang!

Aku tau korang semua pernah baca gurauan ni kan? Tapi tak kira, aku nak jugak share lagi sekali. Aku rasa benda ni menarik dan kelako, haha! Jom kita main permainan ni, confirm korang tergelak guling-guling sendiri, kikiki.

i) Pilih bulan kelahiran korang:

1- aku cinta dengan
2- aku gigit
3- aku bercerita dengan
4- aku peluk belakang
5- aku terhantuk belakang
6- aku terkentut depan
7- aku menari dengan
8- aku pergi dating dengan
9- aku lambai dekat
10- aku muntah depan
11- aku jerit dekat
12- aku terlanggar dengan

ii) Pilih nombor hari jadi korang:

1- uncle aku
2- komputer aku
3- ayam aku
4- gambar aku
5- gangster
6- handphone aku
7- lipas
8- cermin
9- driver bas
10- semut
11- kawan baik aku
12- polis
13- taik kucing
14- patung barbie
15- lee chong wei
16- mak mertua aku
17- mak tiri aku
18- GF aku/ BF aku
19- makcik kantin
20- justin bieber
21- upin dan ipin
22- kereta aku
23- maknyah
24- jiran aku
25- orang gila
26- cikgu aku
27- boss aku
28- monyet
29- itik aku
30- kambing aku
31- hujan

iii) Pilih warna baju yang korang pakai sekarang:

Putih- sebab aku baik hati
Hitam- sebab aku gila
Pink- sebab aku tension
Merah- sebab mak aku suruh
Biru- sebab aku tak tahan
Hijau- sebab aku single
Ungu- sebab aku cemburu
Kelabu- sebab aku demam
Kuning- sebab,suka hati aku lah
Oren- sebab aku baru putus cinta
Coklat- sebab aku perasan cantik/hensem
Lain-lain - sebab aku fikir aku hebat

#Sambungkan semuanya jadi satu ayat dan kongsikan kat komen entry ni. Kita tengok apa hasilnya dan gelak sama-sama haha.

*JAWAPAN MESTI JUJUR TAU BARU BEST*

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia