Ringgit Malaysia Baru

Sayangnya nak guna RM baru ni. RM1, RM5, RM10 dan RM20. Setakat ini 4 keping je dapat. Belum terima lagi RM50 dan RM100... Siapalah nak bagi ya? He..he.. ATM pun belum tentu nak keluarkan. Pengalaman pergi kedai bagi RM20, dia orang confuse. Kira dua kali tu yang tak tahan nak gelak!


Bagi saya RM1 dan RM5 ni tak berkenan sikit jenis kertas dia sebab macam plastik sikit. Bila kira nak masuk sampul mesti terambil dua keping sekali gus dan buat saya kena kira dua-tiga kali. Biasa  masuk sampul RM5 tapi bila dah habis RM5 terpaksa juga guna RM1 (cover). Itu yang kadang tersasul sampai RM6. Apa pun, rezeki budak-budak le tu! =) 

Kalau RM10 dan RM20 saya boleh terima sebab masih maintain jenis kertasnya. Agaknya susah tak orang OKU cacat penglihatan trace duit RM1 dan RM5 ni? Apa kata survey? =) 

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia