Ruang Iklan Untuk Disewa

Sampel Sabun Serbuk Pencuci, High Quality, High Gred


Sabun Serbuk Pencuci
High Quality, High Gred
Cucian Nampak Bersih dan Berseri Seperti baru

Anda Nak Cuba?
Jom beli satu dan lihat hasilnya sendiri !

Hanya Beli Sample Sabun
1 KG > RM 18 Include Postage

p/s : Bagi yg sudah bekerluarga atau yg masih student, boleh je try sabun 1kg ni. 
Nak order boleh PM SINI atau pun email je kat nqz.collections@gmail.com

K daaa...

Food Poisoning

Assalamualaikum,


Dari semalam lagi dah terasa sakit perut lepas makan kat cafe office. Tak taulah, sy sorang je kena atau yg lain pun kena juga. Semalam kebetulannya ada majlis bacaan yasin bg menyambut jemaah-jemaah haji yang akan ke tanah suci. Jadi sy pun joinlah sekali. Lepas tu disediakan makan-makan kat cafe. Dari situlah sy kena. Habis segala tok nenek yg sy makan semalam keluar semuanya. Turun sekilo lebih berat sbb tak ada selera makan. Seksa ooo nak menahan asyik mutah tercirit je. Hari ni kebetulan cuti. Malas nak ambil ML. Rehat jelah kat rumah. Kebetulan suami kerja malam. Boleh temankan sekali. Lepas ni kena berhati-hati nak makan. Silap sikit je, mesti perut rasa tak sedap. Pucat lesi muka teman ni.

Cara hilangkan kelemumur


10 Sep – Kelemumur sememangnya sentiasa menjadi maslah utama bagi golongan wanita selain masalah rambut gugur. 

Masalah rambut berkelemumur ini harus dijaga dan diberi perhatian supaya ia tidak bertambah buruk. Pelbagai cara digunakan bagi mengelakan masalah ini, ada yang menggunakan petua tradisional dan ada yang membuat rawatan rambut di salun dan juga yang gunakan syampu. 

Di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa cara untuk mengatasi masalah rambut berkelemumur anda. 

Daun inai dan serbuk teh
Ambil segengam daun inai dan satu sudu serbuk teh dan gilis kedua-duanya sekali sehingga lumat. Lumurkan bahan tersebut di kulit kepala dan biarkan ia kering selama satu jam dan kemudian bersihkan. Amalkan petua ini sebaik-baiknya tiga kali seminggu sehingga kelemumur berkurang. 

Air limau
Bagi anda yang mempunyai luka di kulit kepala, tips ini mungkin kurang sesuai kerana air perahan limau kalau terkena pada luka mungkin akan menyebabkan luka di kulit kepala berasa sangat pedih. Tetapi bagi anda yang tiada masalah tu, bolehlah cuba petua ini. Amalkannya sehingga kelemumur berkurang. 

Daun pandan
Ambil kira-kira 10 helai daun pandan yang agak tua dan tumbuk sehingga halus dan campurkan dua gelas air. Kemudian tapiskan bahan tersebut dan sapukan pada rambut yang sudah dibersihkan. Biarkan ia kering selama 30 hingga 60 minit kemudian bilas dengan air mengalir. Daun pandan boleh mengurangkan masalah kelemumur dan juga membuatkan rambut menjadi wangi. 

Santan 
Menggunakan santan kelapa adalah salah satu petua tradisional yang diamalkan sejak turun-temurun. Selain mengurangkan masalah kelemumur, santan juga akan membuatkan rambut menjadi lebih sihat dan kuat! 

Diharap dengan beberapa tips ini dapat membantu anda yang mempunyai masalah rambut kelemumur. Selamat mencuba!

sumber : Yahoo Malaysia

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia