Food Poisoning

Assalamualaikum,


Dari semalam lagi dah terasa sakit perut lepas makan kat cafe office. Tak taulah, sy sorang je kena atau yg lain pun kena juga. Semalam kebetulannya ada majlis bacaan yasin bg menyambut jemaah-jemaah haji yang akan ke tanah suci. Jadi sy pun joinlah sekali. Lepas tu disediakan makan-makan kat cafe. Dari situlah sy kena. Habis segala tok nenek yg sy makan semalam keluar semuanya. Turun sekilo lebih berat sbb tak ada selera makan. Seksa ooo nak menahan asyik mutah tercirit je. Hari ni kebetulan cuti. Malas nak ambil ML. Rehat jelah kat rumah. Kebetulan suami kerja malam. Boleh temankan sekali. Lepas ni kena berhati-hati nak makan. Silap sikit je, mesti perut rasa tak sedap. Pucat lesi muka teman ni.

5 comments

September 11, 2013 at 10:52 AM

kak. kalau xelok kena ML. sbb food poison bahaya.. kawan sy kena jgkitan kuman dlm darah sbb ni..

September 11, 2013 at 10:53 AM

semoga cepat smbuh.. :)

September 11, 2013 at 10:59 AM

Itula.. ingat nak gi kejap lagi ambil ubat..

September 11, 2013 at 11:00 AM

Thanks amila..

September 11, 2013 at 2:14 PM

Kalau kene food poisoning cepat2 minum air garam. Insya-Allah cepat hilang... sebab akak selalu juga kene food poisoning.. Tapi bukan garam yg masak tu taw!! hehehe

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia