Baru Tau Kenapa Emosi Tak Stabil

~Auto publish~

Assalamualaikum

Hai korang! Haha kak KM dah lama tak update entry.
Asal pandang entry ni nak uwek-uwek huhu.
Semenjak dua menjak emosi kak KM tak stabil sangat.
Buat itu tak kena, buat ini tak kena.
Sampai satu tahap tu asyik nak gaduh-gaduh manja je dengan pakwan.
Kesian dia tau.
Memang tak fikir apa-apa pun.
Sehinggalah satu hari tu kak KM tetiba rasa loya nak buka FB, loya nak buka blog, loya nak baca wassup.
Kadang-kadang sampai terbiar wassup tu sampai 1k tak terbaca.
*Pelik sangat emosi ko mahirah oi*
Tak boleh jadi, kak KM pun terus suarakan pasal emosi ni kat pakwan.
Pak wan pun redha je lah bila bini dia beremosi.
Dia macam syak tapi tak mo cakap apa-apa.

Di satu pagi yang indah, kak KM bangun untuk buat ujian UPT.
Korang tau tak apa ujian UPT tu?
Haha.. UPT tu Urine Pregnancy Test.
Lemau sungguhlah pagi-pagi tu nak buat test.
Hanya tunggu sesaat je, terus nampak 2 line seperti di bawah ni.


Termenung kejap kak KM dalam toilet sebab masih mamai-mamai.
Selama ni test 1 line je tapi kali ni 2 line pulak.
Eh eh, aku mengandung ke?
*Sengih sorang-sorang dalam toilet.*
Haaa... patutlah emosi kacau dua tiga menjak ni.
Rasa nak melompat tapi dalam toilet.
Rileks2 dulu siap mandi bagai, lepas tu buat muka bahagia je masa tunjuk UPT positive tu kat pakwan.
Yang kelakarnya dia boleh tanya balik kat kak KM.
*Kalau macam tu maknanya mengandung ke?*

Krik... krik... krik...

Al maklum dah 4 tahun tinggal, dia lupa la tu haha..

Alhamdulillah...
Apa yang kami sekeluarga hajatkan telah pun termakbul.
Dengan izin Allah Zulaikha bakal dapat adik.
Automatik Zulaikha suruh panggil dia kakak ya.
Kalau ada salah silap, teremosi ke, kak KM minta maaf ya.
Tak sedar masa tu mungkin pembawakan budak hihi.
Doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga.
Doakan juga kesihatan ibu dan baby ni baik ya.
Amin.

p/s : ok i should close, loya dah mai dah. k bye!

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia