Ruang Iklan Untuk Disewa

Haaa Berpinau Mata Ko Mahirah Haha! d@_@b

Assalamualaikum korang!

Berpinau mata aku dok klik satu2 link blog korang.
Kononnya nak gigihlah BW malam nikan? haha..

Boleh ke ko habis blogwalking semua tu Mahirah oi?
Aku cuba! Yes, aku cuba! *Sesungguh ni wei aku nak cuba* 
Yang aku belum follow, nanti aku follow ya.
Kekononnya nak follow semuanya malam nilah haha..
Cuma aku perlukan masa sikit untuk tinjau satu-satu blog.
Syok tau jalan-jalan ni.

Satu per satu aku bukak, naik seronok pulak aku baca entry korang semua hihi.
Hai... macam-macam ragam ya.
Bila dah syok tu, aku bagilah dua tiga komen sikitkan.
Barulah puas hati tinggalkan jejak.

Entah, tiba-tiba ada pulak orang bagi salam kat blog aku.
Alamak! Aku baru nak datang beraya ke blog korang semua tau.
Asal aku nak keluar pi merayap kat blog korang, ada je orang datang singgah beraya kat blog aku.

Haha... tak menang tangan aku melayan. *feeling poyo kejap bluek!* 
Haaaa... Jemput2 nasik tambah semua, jangan malu-malu tau.
Harap korang kenyanglah baca entry-entry yang aku sajikan tu ya.
Boleh tak gitu ngeee...
ok bye!

d(^_^)b

Giveaway Harry Potter Postcards from Germany


Click baner untuk join

Nak dapat poskad Harry Portter?
Jom join GA ni.

TAMAN 27 OGOS 2014

Apa yang menariknya blog Aisya ni? 
KM suka singgah sini sebab Aisya banyak cerita tentang pengalaman dia duduk di negara luar. Yang mana suasana dan permandangannya sangat indah dan cantik. Di mana KM sendiri tak mungkin dapat pergi kalau tak kumpul duit, hihi. Tapi tak apalah. Tak dapat pergi, dapat baca pengalaman dia pun jadilah. 


CPUV : Air Asia Go - Korea Sale


Punyalah lama aku tunggu, baru dapat CPUV baru?
Sabo jelah nuffnang ni.


Walau macam mana pun aku berterima kasih jugak pada nuffnang sebab masih ingat lagi kat blog aku yang tak seberapa ni.

Ok, kalau korang nak bercuti ke KOREA, sekarang AirAsiaGo tengah buat offer dari RM999 per pax. Offer ni siap semua. Maksudnya return flight + hotel + Tax.

Book from 
Now - 10 Aug 2014

Travel from
Now - 28 Feb 2014


Kalau korang nampak iklan ni berjoget-joget kat atas tu, sila la clik ya.
Macam biasa, tinggal jejak nanti aku balas balik..
=)

Ok bye.

Hampa : Beli Barang Kat Lazada Tapi Dapat Yg Pecah



Assalamualaikum korang.

Sebelum nak cerita pasal Lazada ni, KM nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi join Segmen Blogwalking Ogos by KM. Alhamdulillah... KM pun tak jangka sambutan di hari pertama segmen pun boleh tahan, hihi. Apa macam? Follower bertambah tak? Pageview meningkat tak? Kalau belum, kena rajin lagi BW supaya dia orang balas kunjungan korang k. Enjoy blogwalking!

Okay, aku mulakan cerita pasal Lazada.

Sebenarnya sabtu lepas aku ada beli slicer. Korang tau tak slicer tu apa? Alah, yang tempat pemotong kentang, pemotong buah, pemotong bawang betuk dadu tu. Alamak, aku nak explain detail pun payah ni. Nama panjang dia *Nicer Dicer Plus Chopper Slicer* Haaa... panjang giler namanya, tu yang aku panggil slicer je. Nak tengok gambar, ada aku tunjuk kat bawah. Ok, aku beli hari sabtu, hari isnin dah sampai. Tak nafikan penghantaran memang tip top tapi sebelum hantar tu dia tak check dulu condition barang tu. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebabnya, benda tu pecah bukan sebab terhempas tau, tapi susunan dalam kotak tu tak betul. Makna kata di sini posmen tak salah tapi seller tu yang salah.
Kat sini aku ada sikit kecewalah. Punyalah excited nak guna, balik rumah tengok-tengok bekas slicer pecah! Ya ampun, peberet aku tu. Kecik hati tau tengok. Aku ni dahlah jenis malas nak arrange claim warenty bagai. Remeh! Leceh nak  pos pulang balik dan tukar yang baru or what so everlah. Sepanjang aku beli online, belum pernah lagi dapat condition barang pecah. Even aku pun pernah beli handphone online dan alhamdulillah, sampai dalam keadaan baik. Bukan setakat beli handphone je, shake and take blander pun aku beli online dan alhamdulillah tiba dalam keadaan yang sihat walafiat.


Sekali beli yang ni, boleh pecah pulak kat dalam tu? Ada kabus putih pun boleh pecah? Itu yang aku pelik sangat. Kotak kalau seal kemas aku boleh ler terima alasan sebab kotak seal tak mo rosakkan. Ni masalahnya, kotak tak de seal. Makna kata, seller boleh check dulu before pos. Alaaaaaaahaaaiii... benda basic macam ni pon nak kena ajo lah dia orang ni. Nasib baiklah dapat customer macam aku ni, tak fussy. Kalau dapat yang fussy, dah lama kena maki.





Okaylah itu je luahan perasaan untuk kali ni.
Kalau cerita panjang lebar pun tak guna, benda dah sampai pon.

Lega hati akak ni tau bila dah luah kat korang semua.
Tapi akak belum serik lagi beli online hihihi =)


Okay bye! 

Apa Perasaan Korang Bila dah Taip Panjang Lebar Tetiba Hilang?


Haaaa... aku dah jadi hulk ni.
Nasib baik aku ni waras lagi.
Kalau tak dah lama arwah lap top ni haha.

Sesedap aku taip panjang lebar, boleh pulak ko terpadam?
Tak sempat back up plak tu apa yang aku tulis!
Hampeh betul!

Dah! Aku malas nak pandang ko laptop.
Jangan tunjuk fizikal ko depan aku lagi!
*buat masa ni lah, esok pandang balik*

Aku nak pergi pujuk hati ni.
Bengang tak habis lagi.
Ok bye!


Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia