Pagi2 Datang Office Nampak Parcel Tapi...

Assalamualaikum korang!

I am back to work!!!
Seawal jam 7:20 am aku dah terpacak kat office.
Haaa... ingat senang nak dapat staff  rajin macam aku ni? Awal-awal pagi ke office.
Macam dah rindu sangat nak buat kerja yang ditinggalkan 2 hari ni.
Padahal...... *takut jalan jem sebab tu datang awal*

Okeh, pagi-pagi aku datang office, bawak bekal air 2 liter dan tetiba nampak satu parcel dengan stem RM1 kat atas meja.
Aku tertanya-tanya jugak, siapa yang menghantar parcel kat aku ni.
Yang aku pulak boleh terlupa.
Aku ada join kontes apa2 ke haha.
Dengan tak sabarnya aku pun bukalah.
Belek punya belek, rupanya keropok kering?



Waaaa.. ni kalau goreng pon sodap ni, dah la lapo perut ni.
Bungkusan plastik bubble ni tak boleh bukak sebab nanti berterabur keropok atas meja.
Sekarang ni kemaruk makan keropok je tau.

Okeh, persoalannya sekarang ni, siapakah yang pos pada aku tanpa meninggalkan apa-apa note di dalamnya.
Aku terfikir-fikir, tercari-cari tapi serious aku lupa haha.
Okeh, kepada pengirim yang terbaca entry ni, terima kasih banyak-banyak ya.
Ni rezeki makanan Allah bagi tapi tak tau dari siapa.
Alhamdulillah syukur nikmat.

Ok daaa...

Cabaran 30 Hari Entry : Day 10 : Apa di Dalam Handbag KM

Assalamualaikum korang!

Alamak! Apa yang ada dalam bag KM ek?
Nak kena selongkar ke dalam bag KM ada apa?
Oh, tidak...
Korang mesti pengsan kalau baca apa yang KM akan senaraikan dalam bag ni.
Oklah, tengah sporting ni tapi korang jangan gelak pulak.
KM senaraikan sekarang k.

Barang yang memang ada dalam bag.
1. Bag duit
2. Dua smartphone
3. Monopod
4. Minyak cap kapak
5. Tisu
6. Ubat gula2 cap ibu dan anak
7. Wet Tisu
8. Bedak Simplycity
9. Lipstik bodyshop
10. Foundation Mary Kay
11. Toner Safi Rania
12. Pelembab Safi Rania
13. Serum Safi Rania
14. Tiga Pen Drive
15. Cable chager
16. Power Bank
17. Dua Batang Pen
18. Buku Bank
19. Kunci Kereta
20. Kerongsang Standby

Barang yg kadang2 ada dalam handbag.
21. Botol susu
22. Pampers Zulaikha
23. Pakaian Zulaikha
24. Bekas susu

Haaa korang bayangkan besar mana handbag KM.
Dah macam poket doremon jadinya bila semua disumbatkan ke dalam handbag.
Semua benda ni memang tak boleh elak kalau berjalan jauh.
Kalau jalan dekat-dekat KM cuma bawak 3 benda je.
Bag duit, kunci kereta, smartphone.

K la tu je nak cerita.
Korang tunggu next task pulak ya.
Daaa



Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia