Ruang Iklan Untuk Disewa

Cabaran 30 Hari Entry : Day 9 : 5 Lelaki yg Menarik Perhatian KM

Assalamualaikum korang!

Ya Ampun dah baca tajuk baru perasan rupanya kena cerita 5 lelaki yang menarik perhatian KM.
Okeh, lelaki yang macam mana yang menarik perhatian KM?
Semuanya ada pada pakwan, hahaha
*pakwan lagi? sikit-sikit pakwan, sikit-sikit2 pakwan, bushan!*

Atee, dah dia suami teman, kenalah puji melambung-lambung sikit hahaha.
Okeh, KM straight to the pointlah ya.

1. Jaga Solat.

KM suka lelaki yang jaga solat. KM rasa semua orang idamkan lelaki yang jaga solatkan? Bab ni memang KM tekankan sebab ini adalah penentu yang mereka mampu bimbing keluarga kelak.

2. Hormat

KM suka lelaki yang saling menghormati antara satu sama lain. Bukan setakat hormat orang tua je, malah hormat dengan semua orang.

3. Rajin

KM suka lelaki yang rajin. Yang mana suka saling membantu antara satu sama lain. Bila orang suruh buat sesuatu, dia ringan tulang nak membantu.

4. Peramah

KM suka lelaki yang peramah TAPI peramah yang bertempat ya. Bukan jenis peramah yang gatal-gatal miang keladi tu. Makan penumbuk sudahnya kang. Meluat! Haha!

5.Matang

KM suka lelaki yang matang dalam segala hal terutama sekali dalam membuat keputusan. Makna kata tak terburu-buru buat satu keputusanlah.

Dan banyak lagilah nak sebut tapi dah kata nak 5 jekan? So bagi 5 jelah.
Kang taip panjang-panjang, muak pulak korang baca hahaha.
Okeh, kalau korang tanya semua di atas tu ada pada pakwan tak?
Dah tentulah ada, kalau tak, dah lama kena reject dengan abah KM hahaha.

Oklah, itu je nak cerita.
Apa next punya task ek? KM tak tengok lagi.
Alah, senang cakap korang tunggu jelah next task punya cerita ya.
Daaa



11 comments

Anonymous
September 9, 2014 at 8:15 PM

betul betul tu KM. solat penting agama penting. kalau tak terjaga semua tu macam mana nak bimbing kita yee dak :D huuurm.. CT ni calon tak dak lagi nak kena pulun doa kasi jumpa yang beriman boleh bawak ke jalan yang betul.. CT suka lelaki yang kelakar hahaha.. maybe sebab CT actually orang yang sdikit serious jadi nak ada orang tlg buat lawak.. and orang yang pipi diaaa molat molat wakakaka .. opppsie..

September 9, 2014 at 8:26 PM

betul tu kak..pilihan utama mesti jaga solat..

September 9, 2014 at 9:19 PM

Susah nak dapat lelaki yang ada ciri-ciri ni..

September 9, 2014 at 9:34 PM

jaga solat tu penting kak KM.. :)

September 9, 2014 at 11:14 PM

ciri-ciri lelaki idaman semua wanita..cewahhh..rupa paras bukan ukuran ye..yang penting budi pekerti dan akhlak

September 10, 2014 at 6:26 PM

antara lima tuh solat yg pntg

September 11, 2014 at 9:33 AM

Alhamdulillah.. ciri2 pilihan yg sgt baik. Harap hensem je tapi malas solat berat jugak tu.. :)

September 11, 2014 at 3:01 PM

kalau solat dia jaga, kompem semua dia dah elok kan . ^^,

no 4 tak boleh belah. hahaha..saya lg suka lelaki pendiam. tp jangnlah diam 24 jam. menyampah lak kang -.-

September 12, 2014 at 4:22 PM

Ehhh sama macam saya :p

September 12, 2014 at 4:22 PM

Solat itu tiang agama, tak jaga macam mana nak jadi khalifah keluarga kan?

September 12, 2014 at 10:59 PM

yeh. jaga solat tuu penting.. sayang Allah dulu baru leh sayang kite kan ;)

sama dengan amy. xbape minat laki peramah.. kehkeh

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia