Cabaran 30 Hari Entry : Day 8 : 5 Lagu Cinta Kegemaran KM

Asslamualaikum korang!

Yeay! Tajuk kali ni KM memang suka.
Tapi dah hujung2 hari baru nak publish sebab sibuk sangat-sangat.
Tolong pakwan bersihkan halaman rumah mak abah ni.
Bila dah selesai, sedap sikit mata memandangnya.
Bolehlah berselfie kat kebun jagung.
Nyaman wei, rasa nak duduk terus kat sini.

Okeh, sambung balik cerita pasal lagu.
Erm... banyak sebenarnya tapi tak tau nak pilih yang paling best KM suka.
Senang cerita, KM pilih lagu paling terkinilah ya.

Okay lagu cinta pertama yang KM suka adalah lagu dari Dato' Sitinorhaliza.
Memandangkan lagu dia ni jadi lagu tema cerita Rindu Awak 200%, jadi tergila-gila sekejaplah mendengarnya.
Kalau dengar, rasa terlebih-lebih cinta kat pakwan tau hahaha.
*bluek! nak muntahkan?*




Okay lagu cinta kedua yang KM suka pulak lagu Opick - Astagfirllah
Lagu ni KM suka sangat dengar sebab rasa dekat dan cinta sangat dengan Allah.
Setiap kali dengar, KM akan beristigfar sama bila dengar lagu ni.
Sebenarnya semua lagu Opick KM suka tau, syahdu.
Tak percaya cuba dengar.


Lagu cinta ketiga KM pulak lagu Aku Suka Dia nyanyian Ainan Tasneem.
Haaa lagu ni KM suka sebab untuk dapatkan ilham nak karang novel sebenarnya haha.
Bolehlah layan jugak untuk karang novel IPC.
Tapi lagu ni tak boleh go waktu karang novel SAJS sebab lagu ni untuk budak remaja hahaha!



Lagu cinta ke empat KM pulak lagu Takkan Terpisah nyanyian Black.
Korang taukan lagu black ni lau OST cerita Jodoh Itu Milik kita.
Kenapa KM suka lagu ni? Sebab lagu ni lagu cinta.
Kalau rindu kat pakwan KM dengarlah lagu ni hahaha!
Boleh tak gitu?
*KM tau korang mesti nak muntah punya baca.*



Okeh last ni. Lagu cinta ke lima KM Arjuna Beta nyanyian Fynn Jamal.
Bunyi macam bukan lagu cinta jekan?
Okeh, lagu ni sebenarnya Fynn Jamal tujukan pada anak dia Arjuna.
Kenapa KM suka lagu ni? Sebab samalah, lagu ni ditujukan untuk Zulaikha jugak.
Kalau dengar lagu ni mesti KM teringat kat anak sendiri.
Ibarat macam KM pun nyanyi untuk Zulaikhalah.
Syahdu ko, dengar lagu ni. Mesti menjejeh ayor mata ni ha. Masa KM menulis ni pun terngiang-ngian lagu ni tau.

Okeh, itu je KM nak cerita pasal lagu-lagu cinta ni.
Walaupun ada lagu-lagu tak serupa cinta tapi bolehlah dianggap cinta jugakkan?
Haha... KM sebenarnya nak publish malam tadi tapi tak sempat nak siapkan.
Pagi ni baru sempat haha.
Okaylah, tunggu next cabaran ya.
Daaaa

13 comments

September 9, 2014 at 8:43 AM

ohhh Nad sukaaa sangat lagu Jaga Dia Untukku...
Bila dengar mesti teringat Zill Faezrul tu...hahaha

September 9, 2014 at 8:58 AM

Saya pun suka Arjuna Beta. Lagu Siti dr album Fragmen, saya lebih suka 'Terbaik Bagimu' :)

September 9, 2014 at 9:22 AM

haha..untunglah pakwan!

September 9, 2014 at 11:35 AM

aku suka dia. alolo sweet.. dnga lagu tuu teringat plak org yg kite suka. kehkeh

September 9, 2014 at 12:22 PM

semua lagu kat atas Za suka..hehe

September 9, 2014 at 12:44 PM

lagu arjuna beta ni kan.. mama tak boleh dengar lah... dengar je meleleh... dengar je meleleh.. sanggup tutup radio tak nak meleleh punya pasal..

September 9, 2014 at 5:30 PM

semuanya feveret anis kak KM..hihi

September 9, 2014 at 9:14 PM

Waaahhh..banyak lagu yang disukai tu:)

September 10, 2014 at 6:24 PM

suke lagu dato ct...best

September 11, 2014 at 9:35 AM

Ainan Tasneem ok lah sbb saya mmg suka penyanyi yg pandar bermain gitar. Penyanyi yg menyanyi sambil bermain gitar.. i like.. :D

September 11, 2014 at 2:57 PM

saya pun suka lagu Dato Siti. she's a legend! :D

wah-wah, takkan terpisah, lagu paling tangkap lentok lah tu. hehehe...

September 12, 2014 at 4:24 PM

hmmm lagu dari opick dan fynn jamal fevret saya juga

September 12, 2014 at 4:24 PM

ramai peminat siti ya.

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia