After a long break

MashaAllah... lama betul saya tak buka blog ni. Dekat 3 tahun, sejak mengandungkan Uzair. Perasaan untuk berblogging tu terus hilang. Tak boleh pandang langsung blog ni. Perasaan tu datang kejap bila Uzair lahir, lepas tu terus lenyap balik sampai sekarang ni. Entahlah, ambil masa nak tarik minat menulis blog.

Jadi hari ni, saya kembali buka blog yang dah bersarang ni. Dah banyak yang patut kena ubah. Setting iklan semua jahanam. Saya akan mula dari bawah semula. Kenapa anda yang masih lagi jenguk blog ni, terima kasih banyak-banyak. Lepas ni inshaAllah saya kan mula bersiaran seboleh mungkin.

Sejak setahun lepas saya dah mula aktif menulis. Alhamdulillah siap pun. Apa pun wish me luck dalam bidang ni. Dah lama minat sejak sekolah. Dah tua ni baru berpeluang, haha.. okay guys, out dulu. Nanti sambung lagi...😘



Sticker Collections

Assalamualaikum, 

Tengoklah apa yang KM dah rembat kat DIY. Siapa macam KM suka sangat kumpul sticker macam ni? KM beli sebenarnya untuk planner. Saja nak meriahkan planner. Selain tu sebenarnya, cantik! 😍

Macam-macamlah beli. 🙆 Sticker ni sebenarnya main peranan dalam emosi kita masa menulis. Kalau jalan kisah kita hari tu ada suka duka, tampallah apa yang ada kat sticker tu yang menunjukkan emosi kita.


Biasanya sticker ni KM suka letak dalam diari. Suka meluah perasaan kat situ. Kalau baca balik, boleh buat buku kisah hiduplah hahaha.



Okeh, buku ni sebenarnya kisah Zulaikha. Banyak stiker KM tampal dalam ni. Tapi sekarang dah tak sempat nak tulis kisah anak. Fokus menulis buku sampai blog pun terabai. Apatah lagi nak tulis kisah anak kan? So, bila terluang je baru tulis. 😆

Okaylah, itu je nak share. Betullah orang kata kalau masuk DIY tu berhantu. Benda yang merepek pun kita boleh beli haha...


Malaysian Woman Marathon

Assalamualaikum, hari ni baru habiskan 10km run untuk larian MWM. Pertama kali dalam sejarah kita pilih 10km. Semput jugak nyawa. Actually bukan 10km. Hampir 12km.
Ini pun hasutan dari kawan² yang kata KM boleh, yeah. Alhamdulillah, selesai dengan jayanya walaupun dah hujung cut of time 😜
Member KM ni join run 21km. Hebatkan? Dia ni coach Nilai. 


Bayangkan KM follow member KM yang 21km tu kena bangun sebelum subuh. Haaa aku pulak menunggu flag off yang pukul 7am tu lambat gila. 






Seriously memang meriah. Buat mat shah alam. Tempat jatuh lagi di kenang. Masa ni KM dah ready nak flag off. 


4km more to go

2km more to go caiyok

1km more to go! KM boleh haha! 

Sampai kat finish line terus di kasi bunga. Medal mana medal? Kita nak medal bukan bunga huhu

Dah sampai finish line, barulah jumpa gang²office yang join. 


Kami berempat je. 


Medal dia cantik beb. 

Ni antara yang ada dalam goodie bag. Best! 

Nampak tak hampir 1000cal burn 😜

Almost 12km berlari. HUHU... 

🤭 Pecah rekod 18 ribu step sehari. 

Itu sahaja nak share. 
BYE. 

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia