Sticker Collections

Assalamualaikum, 

Tengoklah apa yang KM dah rembat kat DIY. Siapa macam KM suka sangat kumpul sticker macam ni? KM beli sebenarnya untuk planner. Saja nak meriahkan planner. Selain tu sebenarnya, cantik! 😍

Macam-macamlah beli. 🙆 Sticker ni sebenarnya main peranan dalam emosi kita masa menulis. Kalau jalan kisah kita hari tu ada suka duka, tampallah apa yang ada kat sticker tu yang menunjukkan emosi kita.


Biasanya sticker ni KM suka letak dalam diari. Suka meluah perasaan kat situ. Kalau baca balik, boleh buat buku kisah hiduplah hahaha.



Okeh, buku ni sebenarnya kisah Zulaikha. Banyak stiker KM tampal dalam ni. Tapi sekarang dah tak sempat nak tulis kisah anak. Fokus menulis buku sampai blog pun terabai. Apatah lagi nak tulis kisah anak kan? So, bila terluang je baru tulis. 😆

Okaylah, itu je nak share. Betullah orang kata kalau masuk DIY tu berhantu. Benda yang merepek pun kita boleh beli haha...


Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia