Seronok Timbang Berat Agaknya


Assalamualaikum,

Hari ni nak cerita sikit tentang penimbang berat yg ada kat super maket atau mall. Tadi sy pergi majlis open house sampai ke shah alam perginya. Memang jalan sakan. Makan sikit2 simpan perut utk beberapa rumah. Nak jadi cerita sempat lagi kami singgah ke plazza alam sentral sebab nak beli cover galaxy tab 10.1 yg dah teruk rupanya. Tengok pun sedih. Pastu merayaplah ke mana2 kat situ tengok harga baju, kasut yg tgh sale raya skang. Rambang mata daku ni.

Sedang kami jalan2 tu tetiba ternampak ada satu couple ni berjalan pimpin tangan sambil si lelaki duk timbang badan dia kat mesin timbang bercakap tu. Tak silap ada beberapa floor memang standby mesin peminbang tu. Kali pertama nampak tu kami ignore je. Tetiba masa kami gi floor 2 kot, nampak lagi mamat ni duk menimbang lagi badan dia sambil diperhatikan oleh awek dia. huhu... daku pun cakap ngan suami.

"Ni bukan couple yg gi timbng kat atas tadi tu ke? Berapa kali dia nak timbang?"
Tau suami ku jawab apa?
"Tak pernah jumpa penimbang kot... bagilah chance..."
Aku gelak je dengor.

Habis semua penimbang kat situ dia try...

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia