Berbuka Dengan Steambot

Ni cerita kelmarin.
Korang jangan tak tau, apa ingat kat rumah tak boleh makan steambot macam kat jonneys tu?
Hehehe...
Alkisahnya Pak Wan teringin sangat nak makan steambot ala-ala jonneys gitu.
Nak pergi alamanda, memang taklahkan.
Sampai sana karang, mau pandang je orang makan sebab takut tempat dah penuh.
Mak ni malas nak telepon-telepon untuk tempah.
Sudahnya kita orang pun keluarlah cari bahan-bahan yang nak dimasak.
Bahan-bahan dia simple je wei.
Tak adalah susah mana sebab aku buat sesimple mungkin.
Janji masuk perut, makan dan kenyang haha.

Aku beli cendawan panjang ni. Alamak, apa tah nama cendawan pajang tu. Enokita, enokitake... haaa macam tulah lebih kurang namanya. Kita orang memang suka cendawan ni. Kalau makan tu layan je rasa.
Lepas tu tak pernah orang buat masuk brokoli dalam steambot, haaaa aku buat. Resepi aku, aku punya sukalahkan? Hahaha... Then kita orang pilih kubis panjang. Gantikan dengan sayur kailan.


Udang ni memang wajib. Kalau tak ada udang, tak lengkap steambot aku hehe.


Alamak ni satu hal apa ke nama pun aku tak tau. Tapi kalau makan ni rasa dia macam ala-ala udang atau ketam. Ala cantum jelah namanya jadi 'Udangtam' kan.

Yang ni pula fish cake. Kalau ikutkan bebola ikan tapi aku pilih fish cake sebab ikut selera kita orang hehe.

Haaaaaa... korang tau apa benda jadah ni? Sebenarnya aku pun tak tau huhu. Aku tanya Pak Wan pun dia tak tau. Rupa dia kalau korang tengok macam mainan plastik tau tak? Alaa.. macam plastik getah yang campak kat dinding tu. =) Lepas makan baru aku boleh review. Rupa macam udangkan? Tapi sebenarnya bukan udang sebab rasa dia sebiji macam ketam. So ni pun boleh panggil dia 'ketamdang' lahkan?
Hahaha suka hati ko jekan mahirah nak bagi nama kat makanan-makanan ni.


Sooo inilah hasilnya ketika memasak. Mula-mula aku panaskan air, macam yang kat joneys buat tu. Lepas tu aku masukkan tomyam paste. Jangan lupa letak garam secukup rasa. Oh, jangan lupa juga letak daun limau purut untuk rasakan lebih enak gitu. Lepas tu kacau macam biasa. Yang ni aku tak pakai bawang pun. Sup tomyam kosong je. Lepas tu aku masukkan bahan-bahan semua tadi kecuali sayur kubis, cendawan dan brokoli sebab takut layu cepat. Dah masak yang bebahan basah dan frozen tadi, biarkan api kecik. Yang sayur2 tadi bila kita orang nak makan baru kita orang celur dalam kuah tomyam tadi. Itu je, senangkan? Ala, budak sekolah pun boleh buat hehe... (budak sekolah saja mahirah ni)


Siap untuk di makan dengan nasi (wajib)

Sekian

Huuwaaaa!!! Kenapa Jiran Aku Parking Kereta Macam Ni?



Stressnya mak fikir ni.
Kenapa jiran mak parking kereta macam ni?
Habis mak masuk parking, nak bukak pintu macam mana?
Gebang terus pintu kereta dia ke?
Huuuwaaaa!! 
Susahnya berjiran dengan manusia pentingkan diri sendiri.
Kereta dia tak adalah besar mana.
Kereta mak lagi besar tau dari kereta dia.
Dia tak sayang kereta ke?
Dia tak sayang ke bucuk ulam jantung dia ni?
Kalau sayang janganlah parking macam ni.
Mak tak suka tau tegur-tegur perangai jiran ni.
Karang makan dalam, setahun tak tegor mak sefamily.
Tak memasal pulak hari raya deepavali mak kena datang mintak sorry.

Huuuwwaaa!!!
Dahlah anak mak ni suka bukak pintu besar-besar.
Kadang tak sempat mak turun, anak mak dah bukak pintu dulu.
Kalau kena kat pintu kereta dia, mak jugak ke yang salah?
Sempit kot nak bukak pintu kereta kalau dah dia parking macam ni.
Mak ni dahlah cikebum bam bam.
Mak rasa kalau mak nak keluar pun tak lepas ni.
Terpaksalah mak menguruskan diri supaya dapat bolos pintu mak.
Mak peliklah, apa jiran mak ni fikir ek masa dia parking.
Takkan dia tak nampak tayar dia dah pijak line marking?
Ke dia buat-buat buta je?

Uhuk!! Uhuk!!
Mak tak tau ya, kalau kereta dia tercalar perasaan.
Bukan salah mak tau, salah dia sendiri tau sebab dia yang parking kereta macam ni.
Dah banyak kali mak tengok dia parking kereta suka hati moyang dia je.
Kali ni mak dah geram, sebab tu mak post kat sini.
Nasib baik mak tutup no plate kereta dia.
Kalau mak open karang tak memasal fofular macam Kiki.
Ok u olls, mak nak pujuk perasaan ini.
Bye!

Pernah Jadi Pelupa Tak? Aku Share Doa Ni.

Korang pernah tak macam tiba-tiba je rasa lost barang.
Bila barang tu tak perlu, korang tak kisah tapi bila satu masa tu korang perlukan balik barang tu, barulah nak menggagau cari kat merata haha...
Aku selalu macam tu dulu tau.
Parah betul, masa tu tengah cari external hard disk, entah kat mana pulak aku letak.
Dahlah tengah urgent masa tu.
Sampai rasa dah nak give up dan redha jelah barang tu hilang.
Yang bestnya bila sampai masa nak mengemas, barulah ko jumpa balik barang tu yang dah lama jadi tukun.

"Laaaaaaaa... ko kat sini rupanya? Bila dicari, tak jumpa. Bila tak cari, jumpa pulok. Siapalah yang simpan ko kat sini ni?!"

Dan-dan mula nak salahkan orang lain, padahal salah sendiri letak merata-rata hahaha.
Ni nak cerita pasal diri aku sendiri, ngeeeee.
Kritikal jugaklah ingatan aku sampai external hard disk pun dah lupa letak kat mana.
Paling akhir aku ingat, aku simpan dalam bilik anak aku.
Memang itulah ingatan terakhir aku sampai satu tahap aku nak redha dah kalau hilang walaupun sebenarnya banyak khazanah-khazanah yang tersimpan dalam tu.
Kenapa tak cari sungguh-sungguh?
Ya Allah... aku dah cuba cari sungguh-sungguh.
Nak sungguh macam mana lagi pun tak taulah.
Sampai satu tahap tu aku bersin dekat 10 kali sebab habuk.
Rasa nak tercabut bulu hindunk mak ni tau haaaaaa...
Yang kelakar tu, silap sendiri tapi Pak Wan pulak disalahkan.
Mabuk ketum betul Mahirah nikan? Tahap ingatan kritikal sungguh. Kesian laki mak kena tuduh huhu.
Tiba-tiba aku teringat buku syifaq ustaz Dato' Dr Harun Din.

"Hah! Dalam buku ustaz tu mesti ada doa hilang barang!"

Aku pun bergegas menyelongkar buku doa selawat syifaq tu.
Nasib baik jumpa ko buku tu. 
Kalau hilang jugak memang kena pergi spitallah check ingatan hahaha.
Aku bukak sehelai demi sehelai sampailah jumpa satu doa ni.
Doa apa?
Doa Hilang Barang Untuk Diri Sendiri.


Aku amalkan doa ni dari pagi kat pejabat tapi aku mintak tolong Pak Wan yang carikan kat rumah.
Kebetulan masa tu Pak Wan kerja malam, so waktu siang dia adalah kat rumah dan boleh tolong carikan.
Tak lama lepas zikir doa ni, dalam jam 9 pagi tu dah jumpa.
Allahuakhbar!
Memang ajaib sungguh doa ni. Dengan izin Allah dah jumpa.
Pak Wan call dari rumah dan bagitau dia dah jumpa external hard disk kesayangan aku tu.
Yang bestnya korang takkan expect external hard disk tu duduk kat mana.
Hahahaha... aku gelak dulu ya.

Tau kat mana Pak Wan jumpa external hard disk tu?
Hehe... dia jumpa kat atas bundle sabun basuh baju haaaaa...
Korang rasa-rasa siapa yang letak kat situ?
Sebab kali terakhir yang aku ingat, external tu duduk kat dalam bilik anak aku.
Agaknya external hard disk tu berjalan sendiri kot pergi ke situ.. hihihi misteri sungguh.
Yang penting external tu dah jumpa dan aku pun simpan di tempat yang lebih selamat dan aku senang ingat.
Kat laci meja tulis akulahkan. Senang nak capai bila nak guna.

Di satu hari yang indah, kebetulan aku lalu kat depan bilik aku.
Tiba-tiba aku nampak Zulaikha sedang menyelongkar laci meja aku tu sambil nyanyi lagu 'let it go'.
Satu demi satu barang dia keluarkan dari laci meja aku dan masuk dalam bag kecik dia including external aku tu.
Aku pun cekak pinggang duk perhatikan dia dari belakang.
Bila dah selesai semuanya, aku terus sergah dia.

"Oooooo... ini rupanya kerja awak ya Zulaikha? Selongkar barang mama, sorok dalam bag awak. Lepas tu bila tanya, awak jawab tak tau!"

Tersengih-sengih Zulaikha depan aku, takut kena marahlah tu.
Lepas tu korang tau apa jawapan dia?

"Mana ada kita sorok barang mama, kita pinjam je nak main shopping-shopping."

Haaa lepas tu tak reti nak simpan balikkan.
Adoi, stress mak ni mencari tau. Ingatkan ingatan mak ni yang ada masalah.
Rupanya memang ada orang alihkan tapi tak mengaku.
Akhirnya misteri tu terungkai jugak bila aku tanya dan akhirnya dia mengaku.

Sekian.



Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia