Ruang Iklan Untuk Disewa

Aduhai... Susahnya Nak Bagi Zulaikha Makan Ubat

Assalamualaikum korang!

Tengoklah betapa susahnya nak bagi budak Zulaikha ni makan ubat.
Entah ikut perangai siapalah dari kecik agaknya.
Aku tanya mak abah aku, masa kecik tak ada pulak aku buat perangai macam ni.
Seksa korang tau tak?
Nak nangis rasa dibuatnya.
Aku sorang-sorang bersilat nak pegang dia dan sumbatkan ubat kat mulut.
Nak tunggu pak wan balik, lambat lagi pulak.
Sudahnya aku call mak abah aku suruh datang mintak tolong pegangkan dia.
Hhuuwaaa... sampai bila aku nak mintak tolong mak dan abah aku?

Dulu masa dia kecik bolehlah nak tipu2. 
Sekarang dia dah bijak cerdik, boleh tau rasa ubat tu macam mana.
Aku pun dah mati akal nak fikir cara bagi ubat kat dia.
Aku cuma mampu doa supaya dia diberi kesihatan yang baik.
Korang tengoklah aksi dia bila dengar aku nak bagi ubat.
Dia menyorok bawah meja ko.
Payah nak tarik keluar.
Dia lembikkan badan dia supaya aku yang heret dia keluar.
Nasib baiklah rumah kita orang ni tak ada katil yang lompang kat bawah.
Kalau tak, mau dia menyorok bawah katil jugak kot.

Antara dialog dia,
*Tak nak!!!! Kita tak nak makan ubat!!!!*




Sanggup dia tak mo keluar wei.
Selagi dia nampak ubat kat tangan aku, selagi tu dia duduk bawah meja.
Erm.... sabarlah duhai hati.

Ok bye!


KM Tambah Menu Tab Baru

Assalamualaikum korang!

Kali ni aku just nak inform yang aku ada tambah menu tab baru kat menu bar atas tu.
Apa nama menu tab baru tu?

Haaaa, menu tab baru tu namanya My Kitchen.
Jadi, kalau korang nak tengok dan nak tau resepi-resepi dari KM yang tak seberapa tu, korang bolehlah tinjau-tinjau kat menu tab My Kitchen tu ya.

Satu-satu aku nak buang widget yang tak patut ada kat side bar tu.
Semak mata aku tengok haha!


Okaylah, itu je nak inform.
Selamat meninjau My Kitchen.
Ok bye!


Resepi : Sayur Sawi Masak Lemak Santan

Assalamualaikum korang!

Apa macam? Sibuk beraya rumah kenalan ke?
Erm... kalau dah sunyi sepi blog aku ni, betullah tu agaknya.
ENJOY!!! 
Seronoknya korang dapat jalan-jalan beraya rumah orang.
Aku?

*muncung bibir sambil main jejari*
Pak wan kerjalah korang, so tak dapatlah kita orang jalan-jalan.
Bushankan huhu... 
Apa boleh buat, demi mencari sesuap nasi, jalan-jalan terpaksa ku korbankan. 
*Cewah nak muntah!*

Okeh, apa misi kita hari ni?
Jeng! Jeng! Jeng!
Jom kita main masak-masak nak?
Haaa, hari ni aku nak share dengan korang cara nak masak sayur sawi masak lemak.

Erk? Sejak bila pulak si mahirah ni menggemari sayur masak lemak? *skema pulak dah*

Haha, korang tau tak dulukan aku tak reti langsung masak kuah lemak ni tau.
Apa saja yang berkaitan dengan lemak, eh! santan, semuanya bagi aku susah nak masak.
Tak kiralah, rendang ke, serunding ke, kari lemak ke, semuanya aku fikir susah betullah nak masak.
Apa yang susah pun aku tak taulah.
Tapi kalau dah dasar pemalas, memang itulah alasan tak nak memasak, hahaha.


Di satu hari yang indah, aku ternampak mak aku masak lauk  Sawi Masak Lemak ni.
Dia punya taste aku cakap ko, wallllaaahhh! Sedapnya wei.
Masakan mak memang tak ada siapa boleh lawan, haha.
Waktu tu jugak aku pi mintak resepi.
Konon-konon nak masak untuk pak wan.
Isteri mitsali katakan, hahaha!

Ok, apa bahan-bahannya?

7 biji bawang putih
2 biji bawang merah
Ikan bilis / udang kering (ikut nak byk mana)
2 biji cili besar
Santan kotak
Sayur sawi batang putih
Garam

Cara-cara memasak?

Korang tau potong bawangkan?
Korang tau potong cilikan?
Korang tau siang ikan biliskan?
Korang tau potong sayurkan?
So, tak payahlah aku cerita cara2 nak potong semua tu ya.
Aku proceed je terus cara memasak.
Korang tengok gambar di bawah ni, aku terangkan semuanya.


1. Korang tumiskan bawang, ikan bilis dan cili bersama sampai naik bau.


2. Korang masukkan satan kotak kecik. Yang ni ikut suka koranglah nak buat santan cair atau pekat. Macam aku suka buat santan cair sikit. Jadi, aku guna santan sikit je

3. Kemudian korang masukkan segelas air. Yang ni korang agak-agaklah nak kuah banyak mana. 
4. Then masukkan garam secukup rasa dan kacau sampai menggelegak.

5. Lepas tu barulah masukkan sayur sawi putih ni dan kacau hingga menggelegak.
6. Siap untuk dihidang.

Itu sahaja cara buatnya.
Senangkan?
Kalau senang, bolehlah cuba.
Ok, bye!

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia