Assalamualaikum,
Semalam, DIY clock yang saya order baru je sampai petang.
Sanggup tunggu pos laju hantar kat office jam 5pm tu.
Padahal jam 5pm tu time saya balik kerja. Huhu..
Dengan xcitednya saya balik rumah terus buka kotak DIY Clock ni.
Memikir dulu susah ke senang buat sorang2 ni sebab tak ada orang lain yang tolong tengok ukuran jam tu center ke tak center.
So, ini bilik saya yang belum diinstall DIY clock.
Dinding masih suci, putih berseri lagi.
Ini dia DIY clock yang saya beli tu.
Bila bawak keluar dari kotak, termenung sekejap.
Bukan apa, takot kalau tengah tampal tu senget benget pulak.
Sekali terbalikkan kotak, jumpa cara2 nak install clock ni.
Memang terbaiklah! Bukannya susah sangat pun.
Haha.. tak sabar nak tengok hasilnya.
Saya dah keluarkan kesemua nombor dan pengukur diameter untuk jam.
Tujuan pengukur ni nak ukur saiz jam yang kita nak.
Contohnya macam nilah. Tampalkan pengukur diameter jam tu kat tengah2.
Tengoklah jarak antara jarum jam dan nombor tu nak besar mana.
Dah agak-agak cantik dan sesuai, terus tampalkan nombor tu kat dinding.
Taaadaaa.. siap dah.
Usha kejap dari jauh, nasib baik bulat dia cantik.
Nasib baik jugak tak senget.
Just nize je diameter pengukur tu dengan jarak nombor.
Ok, lepas tu tanggalkan diameter tu, lekatkan pulak tapak jarum jam kat tengah tu.
Yang ni mula2 ku agak confuse jugak sebab ingatkan tempat batery jam tu memang melekat ngan tapak tu.
Rupanya boleh cabutkan dan tampal dulu kat dinding buat tapaknya.
Nampak sangat jakunnya aku ni. haha..
Lepas tu barulah masukkan batery jarum jam tu then settingkan jarum ikut waktu semasam.
Lepas tu sumbat je tempat batery jarum jam tu kat dalam tapak dia.
Taaadaaaa... dah siap digunakan.
Dia berfungsi dengan sangat baik sekali.
Sekarang, dah tak ada istilah rabun ya.
Kalau jam besar gabak macam ni pun tak nampak jugak, tak tau nak cakaplah.
Ok, itu saja setakat ni.
Daaaaaa...