Lirik Lagu Arjuna Beta – Fynn Jamal

Saya kalau dengar lagu Fynn Jamal, mesti teringatkan anak saya. Aduhai ibu bapa, hargailah anugerah yang Allah berikan pada kita. Anugerah harta yang tak ternilai. Lebih bernilai dari segala-galanya. Didiklah dia menjadi insan sempurna hingga dewasa. Anak itu amanah Allah kepada kita. Tanggungjawab kita kepada Allah menjaganya.

Lirik Lagu Arjuna Beta – Fynn Jamal
Takkan ku biarkan walau ribut
Menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur

Nyamanlah Arjuna Beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul anakanda
Tak jelas mata
Ambil yang sarat duri

Hiduplah Arjuna Beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda

Hiduplah Arjuna Beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah Arjuna Beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Nanti tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda


Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia