Alhamdulillah... Menang GA Key Chain Zawiah

Assalamualaikum korang!

Baru-baru ni aku ada join support GA Siti Zawiah.
Tapi alhamdulillah, aku bertuah pula terpilih menang GA tu.
Tak sangka sangat hihi, terima kasih ya Za.
Ni namanya rejeki terpijak, boleh buat colection keychain kat rumah.
Hehe.



Tunggu keychain sampai nanti buat entry khas satu lagi.
K daaa..


Percubaan Menggunting Rambut Zulaikha

Assalamualaikum!

Yang sebenarnya aku tak bertauliah pun dalam profesion menggunting rambut.
Tapi disebabkan rambut Zulaikha ada makhluk-makhluk kecil duk bermastautin kat dalam rambut dia, jadi terpaksalah buat-buat macam pakar menggunting rambut tau hari ni.
Aku sayang tau rambut dia. 
Memang sayang nak gunting rambut dia yang panjang tu.
Suka tengok anak dara aku ni rambut panjang.
Aku punya jagalah rambut dia supaya tak rosak tau.
Tapi akhirnya rambut dia dijelajah jugak makhluk-makhluk perosak tu.
Nak tak nak, terpaksalah aku gunting rambut dia.


Rimas aku tengok dia asyik garu kepala.
Sah! Memang sah anak aku ni ada kutu tau.
Sekali aku check semalam, memang tepat tekaan dan jangkaan aku.
Pergh! Ranum-ranum semua makhluk kat rambut dia tu.
Sekali picit berbunyi, geram aku tengok wei!
Dari mana dia dapat jangkitan makhluk kecil perosak tu?
Dah tentulah dari sekolah dia.
Biasalah kat sekolah, mana boleh control semuakan.

Jadi hari ni, pertama kali aku menggunting rambut dia tau.
Fuh, tak tau apa jadi weh, aku baca bismilah dulu.
Takut karang herot berot pulak gunting, kesian anak dara aku tu.
Kengkonong aku nak buat style china doll la ni kan.
Sekali apa jadi? Nah korang tengok sendiri ya.
v
v
v
v
v
v
v

Amacam? Pandai tak aku gunting? Kikiki...
Tak sangka tau bakat terpendam lama.
Baru tau aku ni ada skill gunting rambut rupanya.
Tapi satu patern ni jelah yang tau, lain jangan suruh, kang jadi lady gagah pulak.
Lepas tu aku shampoo kepala dia dengan shampoo kutu.
Puas hati ko, semua makhluk tu mampuih.
Oklah tu je nak cerita
Daa..

Tiba-tiba Dapat Panggilan Telefon Dari Adik

Assalamualaikum korang!

Tengah syok duk buat kerja kat office, tetiba dapat panggilan dari adik aku.
Apa mimpi pulaklah budak ni call akukan.
Setahu akulah, dia ni jarang nak call waktu kerja kalau tak ada benda penting huhu.
Yang best tetiba dia cakap macam ni tau kat aku.
Adik : "Along! Tiket Airasia tengah murah. Jom kita pergi Sabah nak? Adik nak gi tengok lembu!"
Aku : "Kau dah kenapa dik? Apa kat semenanjung dah tak ada lembu ke nak tengok?"
Adik : "Alah! Ni lembu luar biasa Long. Lembu ni susah nak jumpa kat semenanjung. Selalu kita balik kampung jumpa lembu kaler coklat je."
Aku : "Dah tu yang kau nak tengok ni lembu kaler apa? Hijau?"
Adik : "Hahaha!" Gelak dalam sinis. "Alah... Adik nak ajak gi kundasanglah tengok lembu tompok hitam putih. Tempat dia macam New Zealand Long."
Aku : "Kundasang? Macam New Zealand? Wah menarik tu!"

Aku pun terus google gambar Kundasang macam mana. Hati mula excited. Dah bayangkan rupa New Zealand tu cam ne kat dalam kepala. Dah tentulah cantik kan suasanyanya. Aku ni memang suka tempat-tempat macam tu.

Credit to http://www.panoramio.com/

Aku masih on the phone lagi dengan adik aku. Sambil cakap sambil google. Kebetulan pulak masa bercakap on the phone tu, kawan sebelah aku pulak nyampuk kata dia ada kawan travel agen kat sana. Kalau nak pergi boleh contact. Orang Malaysia Airport jugak yang buat service tu. Boleh dia bawak jenjalan.

Adik : "Kita gi hujung bulan sebelas, tiket tengah murah."
Aku : "Eh, kenalah tanya bos Along dulu. Kalau dia bagi green light, barulah boleh book tiket."
Adik : "Iyalah! Nanti jangan lupa google tempat menarik yang lain tau."
Aku : "Eh, kejap! Yang nak gi cepat-cepat sangat ni kenapa? Kenapa tak plan bercuti tahun depan je? Hujung tahun banyak benda nak settle."
Adik : "Alaaaa... gi bulan sebelahlah. Lagi pun tiket promonya sampai bulan dua je."
Aku : "Hah! Kalau macam tu pergi bulan dua lah."
Adik : "Ehm... tapi adik nak gi bulan sebelaslah."
Aku : "Nantilah kita bincang lagi."
Adik : "Yalah. K bye!"

Letak telefon. Dah tak jadi kerja dan aku terus menerus mengoogle kundasang hahaha.
Cantik wei! Serius cantik tempatnya. (Jakun kejap)
Tapi tetiba aku terfikir sesuatu.
Hujung bulan sebelas adik aku ajak pergi?
Ahah! Baru aku ingat! Patutlah dia beriya nak gi hujung bulan sebelas.
Rupanya hujung bulan sebelas tu tarikh birthday dia.
Huhu.. masalahnya hujung bulan sebelas tu jugak roadtax kereta aku mampuih.
Kenalah renew roadtax dulu, baru pergi jenjalan.

                                                       Credit to http://www.panoramio.com/

Credit to http://www.visit2borneo.com/

Credit to http://www.visit2borneo.com/

Persoalannya, korang pernah pergi Sabah?
Siapa kat sini penduduk sabah? Haaaa korang mesti ada ideakan? Hehe...
Apa lagi tempat-tempat yang menarik yang kita orang boleh pergi?
Erm.. Ecited ni! Excited ni! Haha!
Kalau rajin ceritalah kat komen ya, nanti aku tengok.
K.Bye!

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia