Percubaan Menggunting Rambut Zulaikha

Assalamualaikum!

Yang sebenarnya aku tak bertauliah pun dalam profesion menggunting rambut.
Tapi disebabkan rambut Zulaikha ada makhluk-makhluk kecil duk bermastautin kat dalam rambut dia, jadi terpaksalah buat-buat macam pakar menggunting rambut tau hari ni.
Aku sayang tau rambut dia. 
Memang sayang nak gunting rambut dia yang panjang tu.
Suka tengok anak dara aku ni rambut panjang.
Aku punya jagalah rambut dia supaya tak rosak tau.
Tapi akhirnya rambut dia dijelajah jugak makhluk-makhluk perosak tu.
Nak tak nak, terpaksalah aku gunting rambut dia.


Rimas aku tengok dia asyik garu kepala.
Sah! Memang sah anak aku ni ada kutu tau.
Sekali aku check semalam, memang tepat tekaan dan jangkaan aku.
Pergh! Ranum-ranum semua makhluk kat rambut dia tu.
Sekali picit berbunyi, geram aku tengok wei!
Dari mana dia dapat jangkitan makhluk kecil perosak tu?
Dah tentulah dari sekolah dia.
Biasalah kat sekolah, mana boleh control semuakan.

Jadi hari ni, pertama kali aku menggunting rambut dia tau.
Fuh, tak tau apa jadi weh, aku baca bismilah dulu.
Takut karang herot berot pulak gunting, kesian anak dara aku tu.
Kengkonong aku nak buat style china doll la ni kan.
Sekali apa jadi? Nah korang tengok sendiri ya.
v
v
v
v
v
v
v

Amacam? Pandai tak aku gunting? Kikiki...
Tak sangka tau bakat terpendam lama.
Baru tau aku ni ada skill gunting rambut rupanya.
Tapi satu patern ni jelah yang tau, lain jangan suruh, kang jadi lady gagah pulak.
Lepas tu aku shampoo kepala dia dengan shampoo kutu.
Puas hati ko, semua makhluk tu mampuih.
Oklah tu je nak cerita
Daa..

14 comments

September 16, 2014 at 12:53 PM

Anak saya pn dapat kutu dari tadikanya. Semalam baru beli ubat kutu.

September 16, 2014 at 1:04 PM

Kalau dah ke sekolah memang beginilah jadinya.
Serangga perosak ada banyak huhu

September 16, 2014 at 1:11 PM

rama-rama kat blog ni baru ke?hehe

aiyo, zulaikha kena serangan makhluk perosak pulak!Mama n ayahnya kena sekali pakai syampu tu tau!

September 16, 2014 at 1:44 PM

style rambut baru tu pun comel.. :)

September 16, 2014 at 1:58 PM

Haah sal, rama2 ni baru, jgn risau mama ayah bersih dr serañgan makhluk perosak.

September 16, 2014 at 5:07 PM

lepas nih leh gunting kt KM jela

hahaha

September 16, 2014 at 5:47 PM

comelnyeee..anis suke tgk budak2 rambut cmnie.. hihi.. pandai kak KM..ehem2... ^__^

September 16, 2014 at 7:33 PM

Mmg berjangkit dari kawan2 sekolah lah tu.. mmg slalu kena check kan budak2 ni, klu tak sesian dia..

September 17, 2014 at 1:22 PM

cam ank cina muka zulaikha..amoii..

September 18, 2014 at 2:57 AM

mama sha dulu suka gunting rambut anak2 sendiri, malas hantar salun !

haaaa comeyyy rambut, cam amoi gittewww

September 18, 2014 at 10:56 AM

comei je zulaikha rambut pendek..tak pe KM..nanti cepat je rambut tu panjang..kesian zulaikha x selesa dgn kutu tu..ishh..budak2 kat sekolah tu..mak bapak dorang x ambik kesah ke dgn kutu anak atas kepala tu hai!!!

September 18, 2014 at 3:52 PM

Budak2 mesti ada kena kutu kan? Haha. Scha pun pernah kena dulu. Asyik bebalut je kepala.

September 18, 2014 at 5:10 PM

{\rtf1\ansi\ansicpg1252
{\fonttbl\f0\fnil\fcharset0 ArialMT;}
{\colortbl;\red255\green255\blue255;\red34\green34\blue34;\red255\green255\blue255;}
\deftab720
\pard\pardeftab720\partightenfactor0

\f0\fs26 \cf2 \cb3 \expnd0\expndtw0\kerning0
\outl0\strokewidth0 \strokec2 hihi biasalah kak bebudak.. anak-anak buah CT pun. dok tergaru garu kepala macam setahun tak basuh. padahal ada kutu. nak tido tepi diorang pun takut.. \
\
maybe akak boleh amalkan tips ini.. beli inai serbuk and shower cap. bancuh then sapu kat kulit kepala anak akak. then amek shower cap then biarkan la sejam dua jam. lepas tu bilas dengan air suam and guna hair dryer nak keringkan. tapi lepas tu kaler rambut peranglah jadinya. time hair dryer tu mesti ada kutu kutu tu jatuh hihihi..}

September 25, 2014 at 1:50 PM

Okey tu..
Tomei Zulaikha..

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia