Tiba-tiba Dapat Panggilan Telefon Dari Adik

Assalamualaikum korang!

Tengah syok duk buat kerja kat office, tetiba dapat panggilan dari adik aku.
Apa mimpi pulaklah budak ni call akukan.
Setahu akulah, dia ni jarang nak call waktu kerja kalau tak ada benda penting huhu.
Yang best tetiba dia cakap macam ni tau kat aku.
Adik : "Along! Tiket Airasia tengah murah. Jom kita pergi Sabah nak? Adik nak gi tengok lembu!"
Aku : "Kau dah kenapa dik? Apa kat semenanjung dah tak ada lembu ke nak tengok?"
Adik : "Alah! Ni lembu luar biasa Long. Lembu ni susah nak jumpa kat semenanjung. Selalu kita balik kampung jumpa lembu kaler coklat je."
Aku : "Dah tu yang kau nak tengok ni lembu kaler apa? Hijau?"
Adik : "Hahaha!" Gelak dalam sinis. "Alah... Adik nak ajak gi kundasanglah tengok lembu tompok hitam putih. Tempat dia macam New Zealand Long."
Aku : "Kundasang? Macam New Zealand? Wah menarik tu!"

Aku pun terus google gambar Kundasang macam mana. Hati mula excited. Dah bayangkan rupa New Zealand tu cam ne kat dalam kepala. Dah tentulah cantik kan suasanyanya. Aku ni memang suka tempat-tempat macam tu.

Credit to http://www.panoramio.com/

Aku masih on the phone lagi dengan adik aku. Sambil cakap sambil google. Kebetulan pulak masa bercakap on the phone tu, kawan sebelah aku pulak nyampuk kata dia ada kawan travel agen kat sana. Kalau nak pergi boleh contact. Orang Malaysia Airport jugak yang buat service tu. Boleh dia bawak jenjalan.

Adik : "Kita gi hujung bulan sebelas, tiket tengah murah."
Aku : "Eh, kenalah tanya bos Along dulu. Kalau dia bagi green light, barulah boleh book tiket."
Adik : "Iyalah! Nanti jangan lupa google tempat menarik yang lain tau."
Aku : "Eh, kejap! Yang nak gi cepat-cepat sangat ni kenapa? Kenapa tak plan bercuti tahun depan je? Hujung tahun banyak benda nak settle."
Adik : "Alaaaa... gi bulan sebelahlah. Lagi pun tiket promonya sampai bulan dua je."
Aku : "Hah! Kalau macam tu pergi bulan dua lah."
Adik : "Ehm... tapi adik nak gi bulan sebelaslah."
Aku : "Nantilah kita bincang lagi."
Adik : "Yalah. K bye!"

Letak telefon. Dah tak jadi kerja dan aku terus menerus mengoogle kundasang hahaha.
Cantik wei! Serius cantik tempatnya. (Jakun kejap)
Tapi tetiba aku terfikir sesuatu.
Hujung bulan sebelas adik aku ajak pergi?
Ahah! Baru aku ingat! Patutlah dia beriya nak gi hujung bulan sebelas.
Rupanya hujung bulan sebelas tu tarikh birthday dia.
Huhu.. masalahnya hujung bulan sebelas tu jugak roadtax kereta aku mampuih.
Kenalah renew roadtax dulu, baru pergi jenjalan.

                                                       Credit to http://www.panoramio.com/

Credit to http://www.visit2borneo.com/

Credit to http://www.visit2borneo.com/

Persoalannya, korang pernah pergi Sabah?
Siapa kat sini penduduk sabah? Haaaa korang mesti ada ideakan? Hehe...
Apa lagi tempat-tempat yang menarik yang kita orang boleh pergi?
Erm.. Ecited ni! Excited ni! Haha!
Kalau rajin ceritalah kat komen ya, nanti aku tengok.
K.Bye!

24 comments

September 16, 2014 at 9:09 AM

Tengok gambar pn mmg dah cantik. Macam sejuk ja kat sana tu??

September 16, 2014 at 9:12 AM

anis xpernah pegi lagi kak KM..huhu.. kawan2 cakap best..feeling2 duduk new zealand..hihi

September 16, 2014 at 9:23 AM

waah.. cantiknya, mama belum pernah jejak kaki lagi kesana..

singgah menabung di sini

September 16, 2014 at 9:25 AM

salam KM..

tempat ala2 new zealand malaysia tu memang cantik dan boleh tengok lembu hitam putih..last wana pegi sana bulan 12 last year..banyak lagi tempat menarik yang KM boleh pergi..antaranya,boleh jalan2 dekat nasional park, australia war memorial, sabah tea dan poring hot spring..boleh la google tempat2 tu ya..^_^

September 16, 2014 at 10:53 AM

Memang tempat ni cantik KM. teringin juga nak gi tapi belum berkesempatan. Insyaallah tahun depan dah boleh berjalan-jalan.

September 16, 2014 at 10:56 AM

Tunggu Cik Puteri dah boleh berjalan baru nak berjalan betul2

September 16, 2014 at 10:59 AM

cntknye tmpt dia

September 16, 2014 at 11:50 AM

gambar tu semua dekat malaysia ke?
cantik sungguh, tak tahu malaysia ada tempat cantik cam gitu =)
saya tak pernah naik flight, apatah lagi ke sabah sarawak
mimpi ajelah...hehe

perbualan KM dengan adik tu buat saya gelak guling-guling, kelakar

September 16, 2014 at 1:13 PM

kalau nak ke Cattle farm, Kundasang tu kena naik four wheel drive, tak boleh pakai kereta biasa. so allocate bajet siap-siap ye.kitorang dulu dah sampai dah sana, tapi takde kenderaan sesuai untuk ke atas.sedih u olls...

September 16, 2014 at 1:44 PM

seriouslyyy kundasang ni best !!! haritu pi sabah, tapi tak sempat pi sini..member AB yang dah pergi pon cerita tempat ni best..ala-ala New Zealand gituuu..kak KM, AB nak ikuttt !!!

September 16, 2014 at 2:11 PM

Kundasang ini memang cantik tempatnya....

September 16, 2014 at 3:03 PM

cantiknya kak.. terpesona kejap.

September 16, 2014 at 3:28 PM

Jom2 AB beli tiket, kita gi sesama...

September 16, 2014 at 5:06 PM

blogger Mama Rey ada cerita psl nih...

September 16, 2014 at 7:35 PM

Cantik2 suasana di gambar2 tu... seronok. Segar semulajadi...

September 17, 2014 at 1:23 PM

cantik...cantik..nk ikut...hehehe :)

September 17, 2014 at 2:31 PM

nah utk km yg planning nk g sabah.huhu

http://diarirara.blogspot.com/2014/08/honeymoon-di-sabah_27.html

September 17, 2014 at 10:19 PM

Syioknya KM...irra tak dapek la jalan-jalan skrg ni

September 18, 2014 at 11:17 AM

kundasang mmg best ..tapi akak belum pernah ke sna..dgr org citer sejuk je kawasan tu..then skrg ni dh dapat ke blum tiket nye..murah sgat tu..berapa rega tiket tu?

September 18, 2014 at 3:54 PM

Ramai yang plan pergi kundasang. kawan pergi, memang serius cantikk. wuuu

September 18, 2014 at 4:50 PM

Thanks nor azira... =)

September 18, 2014 at 5:12 PM

hihihi samalah Akak KM.. satu family CT bercadang nak p sabah lagi sebab dulu p tak singgah pun desa dairy farm ni. geram betul ngan tour egent kami tu.. so kali ni rancang nak p tapi tak book tiket lagi. tngk promo AA memang aaaum aaum sangat.

September 19, 2014 at 10:29 AM

Masih dlm wishlist akak nak ke Kundasang ni KM..
Harap cepat la wishlist direalisasikan :)

September 25, 2014 at 1:52 PM

Waahh, sal dah sampai sana ye.

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia