Video: Berani Mati La Lu Jep


Haaa..berani mati laa luu jep

Kali ini pemain-pemain Super Spontan kebanyakannya hebat-hebat belaka. Semua Sentap yang dianggotai oleh Johan, Rahim R2, Jep Sepahtu, Nurkhiriah, Tauke Jambu, Ajak Shiro dan Eko Saywho serta diuruskan oleh Rashid Salle.  Ketam Konfius yang dianggotai oleh Yus Jambu, Munir, Almy Nadia, Suhaimi, Along Cham, Nabil Ahmad dan Shuib Sepahtu telah diuruskan oleh Razif Ismail.

hahha..sebenarnya harini punyer Super Spontan Jepp Sepah telah melakonkan semula aksi apa yang bini Mat Yo cakapkan..dalam segmen Freeze atau beku..hahha memang lawak habis der..terbaikla Jep..selepas itu Johan pula meneruskannya..hahha..adeh diaorang memang kelakar..tak pasal-pasal jep dapat kad kuning..habis hangat betul kes ni sampai artis pun boleh tau..hahahha..layankan je..terlepas part tu..meh tengok dekat youtube ni..kelakar habis..

Sumber dari sini

Portable Electric BBQ Grill

Assalamualaikum


Saya teringin nak beli benda ni. Senang masak sekali gus siap. Tapi harganya sangat2 pengsan bila tengok. RM399 but offer RM89. Hehe... kalau mengendeng encik suami rasa-rasanya dapat tak?

Antara kelebihnyanya,
  • Quick heat transfer around rack for faster grilling
  • Durable stainless steel rack
  • 1000W electric grill suitable for indoor use
  • Includes non-stick pans for easy cooking and cleaning
  • Light and portable
  • Clean and smokeless grilling
  • Comes with an oil plate under the grill


Specifications dia adalah,

  • Power: 1000w
  • Voltage: 220V 50Hz
  • Dimensions: 46cm (L)  x 20.8cm (W) x 11cm (H)
  • Body: 44.5cm (L) x 14 (W) x 11cm (H)
  • Large grill plate: 17.5cm (L)  x 13cm (W) x 1.5cm (H)
  • Small grill plate: 8.5cm (L) x 10cm (W) x 1.5cm (H)
  • Grill net: 46cm (L) x 13cm (W)
  • Hand-held grill plate (2 units): 8cm (L) x 3.5cm (W)
  • Weight: 2.22kg
  • Colour: red
  • Light and portable
  • Clean and smokeless grilling
  • Durable stainless steel heating element
  • Non-stick pans with heat-resistant grips
  • Comes with an oil plate under the grill
  • On-off switch for safety control

Boleh tahan jugak ni. Hehe... apa pun kena tunggu approval dari encik suami. Kalau dia izinkan baru boleh beli. kalau tidak, ku panjang jelahkan.

Jaga Orang Exam

Assalamualaikum...



Hari ni kena jaga org exam penat lo. Ada 500 candidate. Hanya 2 orang yang jaga termasuk saya. Berdiri dan bejalan-jalan sambil jadi pemerhati. Tamat jam 12pm. Macam-macam kerenah jumpa. Tak terjaga langsung tapi seronok. Cari pengalaman.

Kami Selamat Sampai...


Semalam pergi kuantan lalu highway...
Hari ni balik dari kuantan lalu jalan dalam...
Apa yang membezakan adalah, masa dan penjimatan minyak...
Saya dapat rasakan lalu highway lagi buang masa dan minyak dari lalu jalan dalam...
Minyak kena kira sebab skang minyak dah naik... hehehe...

Semalam dari high way ke kuantan, minyak tinggal suku (tiga takuk) boleh pergi 250km lagi...
Perjalanan ambil masa 5 jam
Actually baru 1st time guna highway ke kuantan...

Hari ni guna jalan dalam (jalan kampung hutan belantara) minyak tinggal separuh pun tak sampai...
Boleh pergi 360km lagi. Perjalanan ambil masa (4 jam)
Jalan ni kami dah biasa lalu kalau nak balik endau

So, untuk minggu ni sy tak perlu isi minyak lagi.. hehe..
Lesson learn, lepas ni nak gi kuantan lalu jalan dalam lagi dekat...

Fizo Omar bakal umum tarikh pertunangannya

Fizo Omar bakal umum tarikh pertunangannya

26 Sep - Pelakon dan pengacara kacak, Fizo Omar bakal mengadakan satu sidang media khas bagi mengumumkan tarikh pertunangannya dengan model muslimah, Mawar Abdul Karim dalam masa terdekat.
Menurut Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, dia masih belum menetapkan tarikh yang sesuai untuk melangsungkan majlis pertunangannya, namun dia mejangkakan ia bakal diadakan pada bulan November ini.
"Insya-Allah dalam masa terdekat ini kami akan adakan satu sidang media bagi mengumumkan perkara itu dan kami menjangkakan pertunangan itu akan berlangsung pada awal November ini," Kata Fizo kepada mStar.
Dalam pada itu, Fizo, 28, turut memberitahu keluarganya telah menghantar rombongan merisik Mawar, 24, yang juga merupakan anak kepada pengasas tudung Fareeda iaitu Faridah Zakaria.

Sejuknya Pagi Ni Wei...

Sejuknya pagi ni huhu...
Nasib baik sedara sediakan breakfast kat rumah dia...
So kami sedang siap2kan diri utk breakfast...
Lapo dah perut ni wei...

Tak dapat nak berjalan sangat sebab hujan...
Pagi ni alhamdulillah tak hujan tapi kami kena siap siaga utk pulang ke KL...
Isnin koje, kena jaga exam...
Tak boleh EL lo...
Hopefully daku dapat bertahan rasa penat ini...
Kalau kena tahan sampai makan tengah hari, tak taulah bila kami dapat lepas balik...
Apa pon, syok le duduk kat homestay ni...
Dah macam rumah sendiri der...

Its Raining Now, I Am Sleepy


Hari ni petang hujan, malam pun hujan.
Confirm nyaman punyalah tidur malam ni.
Selamat beradu semua.

I Am Now At Kuantan


Jalan2 di kuantan hehe..

JIKA...



JIKA....

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. 
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit, 
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.

BERBAIK SANGKA DGN ALLAH... 

RON95 naik lagi?


RON95 naik lagi?


Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.
Langkah ini juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke negara-negara jiran, kata Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman.
"Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah di Malaysia," kata beliau kepada Bernama. 
Menurut laporan akhbar, Unit Anti Penyeludupan Kedah (UPP) pada Jumaat lepas melumpuhkan percubaan menyeludup 27,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM54,600 ke Thailand.
Di sebalik usaha untuk membantu orang ramai menerusi subsidi, beliau kesal terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan daripadanya.
Presiden PDAM itu berkata, pengurangan subsidi itu boleh menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti itu.
Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dan diesel dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80.
Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.
PDAM baru-baru ini mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc.- Bernama, 26 September, 2013.

p/s : siapa yg kaya pakailah hybrid... huhu...

Isteri Mat Yo Mohon Maaf

Isteri Mat Yo mohon maaf

Siti Aisya nafi sebar video, mohon orang ramai henti cemuh suami

Kuala Lumpur: "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas. 

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu. 


“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku. 
“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan. 

“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.


Sumber

Surat Siti Hajar Aladin Kepada Najib Razak (Perdana Menteri). Gaji Bersih RM2032 di KL? Simpanan RM213.40. Boleh Beli Rumah Apa?

Assalamualaikum Dato’ seri.. Tujuan saya (Siti Hajar) menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri . Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato’ Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia.

Saya menulis surat ini adalah…sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Membangun Pesat bukan Negara Yang Sedang Membangun.

Sejak akhir-akhirini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan.






Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun. Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang. Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga? Pasti mereka lebih terbeban akibat krisis kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan golongan muda belia ini sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa akan datang, tetapi saya tidak nampak bagaimana kami mampu memajukan Negara sedangkan saya sendiri rasa ianya satu penindasan ke atas kami. Apa yang dikatakan penindasan?

Mengenai BR1M. Pada mereka yang diberikan BR1M, pasti mereka akan gembira. Kenaikan BR1M telah memberi impak positif yang besar kepada kerajaan kerana kerajaan telah melaksanakan sebahagian tanggungjawab untuk membantu rakyat, tetapi pada masa yang sama kenaikan harga memberi impak negatif yang lebih besar kepada seluruh rakyat Malaysia baik yang menerima BR1M atau tidak. Mengapa tidak bajet BR1M itu digunakan bagi memberi subsidi minyak?

Kerajaan mengatakan bahawa pemberian BR1M kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang berpendapatan rendah. Tetapi saya tidak nampak semua itu. Seperti saya katakan tadi, apabila harga minyak melambung, maka harga barang juga turut melambung. Jadi pemberian itu tidak memberi makna apa-apa terhadap rakyat. Ia umpama buruk siku. Lepas bagi, ambil balik.

Kadang-kadang saya terfikir, apakah keistimewaan saya sebagai rakyat Malaysia? Adakah hanya sekadar penyumbang ekonomi negara tanpa mendapat sebarang kebaikan daripada negara sendiri? Gaji saya di dalam golongan middle income (RM3,000 – RM5,000). Saya tidak layak menerima BR1M malah saya juga di dalam kategori pembayar tax kepada kerajaan. Golongan middle income pada hari ini masih sukar untuk membeli rumah kerana kos sara hidup yang tinggi. Apakah keistimewaan kami yang mana suatu hari nanti bakal menerajui negara sendiri?

Seterusnya pula, Boleh dikatakan golongan lepasan Ijazah yang belum berkahwin, gaji permulaan bermula RM2200. Maka mereka tidak layak untuk menerima BR1M. Syarat untuk menerima BR1M bagi individu adalah bawah RM2000. Manakala bagi mereka yang telah berkahwin dibawah RM3000. Walaupun gaji mereka Bawah RM3000 dan layak untuk menerima BR1M, ia masih tidak mencukupi kerana mereka ada tanggungan yang perlu ditanggung bukan setakat anak isteri tetapi juga pinjaman pembiayaan pelajaran. Untuk memulakan hidup, saya pasti Dato’ Seri pun tahu bagaimana gigihnya seseorang untuk menanggung keluarga.

Beban atas kenaikan minyak amat dirasai pada golongan kami.


  • Gaji kasar : RM2300 (fresh graduate)
  • Gaji bersih : RM2032 (masih tidak layak menerima BR1M)
  • Kereta : RM 400 (Kawasan yang sukar mendapatkan public transport seperti di kawasan Damansara, maka kami memerlukan kereta)
  • Tol: RM1.60 x 2 kali sehari : RM 3.20 x 23 hari = RM73.60 (melalui LDP, masih tidak menerima 20% rebate touch n go)
  • Parking : 23 hari x RM5 = RM115
  • Minyak : RM 12 x 23 hari = RM230 (dari Taman Melati ke Damansara dan untuk ke kerja sahaja)
  • Sewa : RM 200 (paling murah di Kuala Lumpur untuk satu bilik)
  • PTPTN : RM150 (minimum)
  • Makan untuk sebulan = RM 450 (sehari RM15)
  • Ibu Ayah = RM200
  • Baki : RM2032 – RM400 – RM73.60 – RM115 – RM230 – RM200 – RM150 – RM450 – RM200
  • TOTAL BAKI : RM213.40


Ini apa yang pernah saya lalui. Tak dinafikan ada juga beberapa bulan saya tidak dapat membayar PTPTN apabila dalam keadaan yang terdesak seperti memperbaharui roadtax dan insurans kereta dan apabila hari Raya menjelma. Dua keadaan yang perlu dilalui yang memerlukan duit tambahan.

Apabila kita melihat baki bulanan yang sebanyak RM213.40, maka pembelian rumah untuk kami memang jauh sekali. Cuba Dato’ Seri lihat harga rumah pada hari ini. Di Taman Melati, Setapak harga rumah bagi 660 sqf adalah RM150,000 dan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun,maka setiap bulan perlu membayar RM717. Bagaimana golongan belia pada hari ini mahu memangkin ekonomi masa hadapan? Sedangkan perlaburan terbaik datangnya daripada Pelaburan Hartanah.

Saya telah kira RM213 hanya mampu membeli rumah berharga RM40,000 dengan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun. Bagaimana kami mampu membantu menjana ekonomi Negara sedangkan gaji kami hanya mampu membayar rumah RM40,000 sahaja? Dan dimanakah rumah yang berharga RM40,000 ini? Di kawasan pedalaman yang memang tidak boleh untuk membuat pelaburan. Kita perlu melihat ke hadapan. 10 tahun akan datang, kami golongan belia bakal menerajui Malaysia. Tetapi ianya tak akan berjaya jika pihak atasan tidak memandang idea dan mendengar suara kami.

SUMBER 

Ready to Post Hadiah Pemenang Segmen

Assalamualaikum

Hadiah ready to pos. Salah satu hadiah sudah terlepas pos semalam dengan barang order lain. Lagi tiga baru sempat pos hari ni sebab encik suami baru beli sampul semalam. Huhu.. memandangkan dia kerja shift balik malam, so sy hanya sempat buat kerja-kerja membungkus ni pada waktu malam. (Apa aku cakap daaa...) Hehe...


Kepada pemenang segmen 3 hari blogwalking bersama Mahira Ridzuan, nanti dah sampai tag saya.



Kuala Kangsar Tetap Di Hati <-- Tak ada kena mengena pon

Assalamualaikum,

Dah berapa hari tak update entry. Sibuk atau tak tau nak update apa hehe. Tapi tak apa, saya share something ngan korang yang boleh jadi ingatan buat kita semua ya. Kuala Kangsar Tetap Di Hati tu tak ada kena mengena pun tapi yang penting isi tu yg saya nak share hehe...


My Twinkle Segmen by Nisha


Assalamualaikum

Hari ni saya nak join satu segmen ni. 
Segmen ni best sebab dia mintak kita komen ok ke ko blog dia. Hehe..
Jom kita terjah blog dia, tengok ni.

Orait, korang dah tengokkan?
So, baca saya punya komen hehe.
Actually, overall dah perfect semua. 

Cuma nak komen pasal music background.
Tau tak music background akan buat data plan anda cepat over quota.
Siapa yg guna streamyx, wifi atau unifi mungkin tak ada masalah utk BW ke blog yg ada music tapi ada masalah bg blogger yg ada limited data plan. 
Andai katalah ada entry yang agak islamic atau entry sedih tetiba masuk music background yg dimainkan agak k pop. Agak menggagau jugak nak mencari button pause. Ngee =)
Rasa-rasa bersesuaian tak untuk menjiwai hehe 

Header dah cun. No komen. Mesti tuannya comel jugakkan?
Cuma profile picture kalau boleh letak gambar owner. 
Nak tengok jugak wajah owner yang comel itew. 
Bolehkan? kan? kan? hehe

Rasanya tak ada apa lagi nak komen. 
Semuanya saya suka sebab so simple dan tidak padat.
Banyak gadget pun akan memeningkan visitor yg tinjau tul tak?

Nisha... apa khabar? 
Hehehe.. Jangan amik ati naaaa... ni komen suka2 ja...

Bidang Penulisan VS Makan Gaji

Assalamualaikum,

Haish... ketika ini dan saat ini mencurah-curah idea saya untuk mengarang. Tak sabar nak siapkannya dan publish ke pasaran. Kalaulah ianya rezeki saya dan terus berterusan. Saya perlu buat keputusan antara Bidang Penulisan dan Makan Gaji.


Sejujurnya saya tak punyai masa yang banyak untuk mengarang oleh sbb komitmen yg tinggi terhadap keluarga dan biz kecilan. Kerja di office tu dah tentu kerjalah. Tak boleh campur aduk. So, masa yang ada sebelah malam selepas tidurkan anak. Itu pun kalau tak ngantuklah. Kalau mengantuk, memang terus sama2 tidur huhu. Bila nak siapnya kalau macam tukan?

Tanya pendapat orang, semua kata teruskan bekerja. Bidang penulisan sebagai hobi. Ya, memang betul tapi inilah padah jadinya bila semua dibolot serentak. Bila dapat lamaran utk publishing hujung tahun, tak dapat siapkan pada masa yg ditetapkan. Ada masa lagi 3 bulan. Sempat ke saya siapkan? Saya sedang gigih berusaha untuk berikan hasil yang terbaik untuk pembaca.

Mohon doa kalian supaya saya berjaya dalam bidang penulisan... InsyaAllah... Saya percaya pada rezeki Allah s.w.t berikan... Amin..


3 PEMENANG Bertuah Segmen 3 Hari Blogwalking Bersama Mahira Ridzuan

Assalamualaikum,

Maaf terlewat umum 3 pemenang segmen saya. Hari ni Celcom BB line cam siput sedut sikit. Ku menanti dengan penuh sabo je untuk menyiapkan entry ni. Rasa buat keje cam kura-kura dah ni hah.

Seperti yang dijanjikan saya akan umumkan 3 lagi PEMENANG bagi Segmen 3 Hari Blogwalking Bersama Mahira Ridzuan.

Cabutan Pertama
Di menangi oleh
Hadiah : Gelang tangan (bracelet)


Cabutan Kedua
Di menangi oleh
Hadiah : Rantai leher (necklece)


Cabutan Ketiga
Di menangi oleh
Hadiah : Handphone pouch



TAHNIAH KEPADA 3 PESERTA YANG TERPILIH!!!

Sila bagi maklumat seperti dibawah dan emailkan ke mahirah_mustapha@yahoo.com:
Saya pemenang Segmen 3 Hari Blogwalking Bersama Mahira Ridzuan dan ni maklumat alamat saya:
NAMA:
ALAMAT:
NO TEL:
HADIAH:
LINK SEGMEN:

Kepada yang tidak menang, boleh cuba lain kali. InsyaAllah, saya akan buat segmen singkat lagi macam ni.
Fuh! Lega! Akhirnya dapat juga published entry ni dengan penuh sabo.

Nigerian wins Muslim beauty pageant held in Indonesia

Assalamualaikum


Pertama kali tengok ada miss world islamic. Di menangi oleh nigerian lagi. Ini antara gambar yg sy dapat di Yahoo.

A Nigerian woman tearfully prayed and recited Koranic verses as she won a beauty pageant exclusively for Muslim women in the Indonesian capital Wednesday, a riposte to the global Miss World pageant being held in Bali.






Jom Uji: Samsung Galaxy Note 3



Dapat juga kami bermain dengan Samsung Galaxy Note 3 untuk dua hari bagi tempoh percubaan ketika di Berlin, Jerman apabila ia mula-mula dilancarkan di pameran elektronik IFA 2013.
Apa yang dapat kami katakan, ia mempunyai dua ciri baru yang menarik iaitu kuasa pemproses dan sambungannya kepada jam tangan pintar, Galaxy Gear.
Ciri lain seperti skrin dan sedikit saiz yang dibesarkan masih kelihatan sama seperti Note 2 manakala berat 168g agak separa beban dalam poket. Nasib baik, tahap nipisnya memang boleh tahan iairu hanya 8.3mm. Telefon ini agak selesa dalam poket seluar tapi bukan jenis seluar jeans, rasa ketat saja ketika dimuatkan dalam poket. Namun kepad wanita tiada masalah disebabkan anda boleh memasukkannya dalam beg tangan.
Bagaimana pula di tapak tangan. Perbezaan saiz (151.2 x 79.2mm) memang memerlukan anda untuk menggunakan kedua-dua belah tangan untuk mengoperasikan Note 3 sama seperti Note 2.
Kuasa pemproses molel 3G 1.9 GHz Octa Core ( A15 1.9 GHz +A7 1.3 GHz) memang mengagumkan. Pendek kata, jika anda meleretkan skrin ke skrin yang atau satu aplikasi ke aplikasi lain atau memainkan video dari YouTube serta bergrafik tinggi kurang mendatangkan masalah. Apabila saya katakan tentangkan kurang bermasalah, ia 30% lebih baik daripada Note 2 jika mahu dibuat perbandingan.
Ia juga dibantu RAM sebanyak 3GB. Dengan jumlah tersebut, anda akan lebih selesa untuk multitasking yang kebiasaannya mengambil 90% RAM yang berkapasiti 2GB. Jadi dengan kelebihan tambahan 1GB, ia lebih baik terutama dengan saiz telefon yang besar.
Note 3 dibantu sistem operasi Android 4.3 Jelly Bean. Betul! Ia OS terkini cuma nanti bila sudah dapat versi Kit Kat, agak lambat untuk Samsung mengemaskini versi Google Android baru mereka. Jadi saya harapkan ia dapat dilakukan secepat mungkin.
Pastinya, kamera kali ini lebih baik namun saya rasa ia belum lagi hebat. Cuma ciri baru seperti penstabil imej pintar dan flash LED jenis CRI yang lebih peka beroperasi. Kualiti kamera kali ini mungkin 20% lebih hebat berbanding Samsung Galaxy Note 2. Kalau anda harapkan perbezaan jauh antara Note 2 dan Note 3? Ia tidaklah jauh bezanya dari aspek tahap fizikal lensa.
Namun perbezaan ketara dapat saya rasai dengan S Pen (pen stylus) bagi Note 3 terutama apabila saya menggunakan Action Memo iaitu fungsi yang membenarkan pengguna menaip nota, menjadikan pen sebagai butang kawalan dan menukar tulisan tangan ke teks. Di samping itu, ia boleh membuat panggilan apabila butangnya ditekan di samping carian peta, melayari web dan sebagainya.
Jelas, bukan itu saja fungsi pen yang saya gunakan. Saya banyak bermain dengan aplikasi Scrapbook yang memungkinkan pengguna mengesan kandungan dari pelbagai sumber termasuk web, YouTube dan Gallery pada satu masa dan disimpan dalam satu fail jika pengguna mahu melihatnya kembali. Manfaatkan saja pen anda untuk tujuan ini.
Di samping itu, terdapat fungsi Screen Write membolehkan salinan imej penuh pada laman yang sedang anda lihat di telefon dan anda boleh menambah komen atau maklumat dalam laman tersebut. Sekali lagi, S Pen yang menjadi penentu kepada ciri ini. Ia juga membolehkan anda melukis seakan satu kotak meskipun anda sedang melakukan kerja lain sebelum memasukkan apa saja kandungan dalam kotak tersebut seperti YouTube, kalkulator atau web.
Jika anda golongan profesional, memiliki perniagaan dan sebagainya yang sebelum ini banyak menggunakan jenama BlackBerry, Samsung turut memperkenalkan fungsi perniagaan iaitu KNOX. Ia sistem keselamatan baru yang melindungi tahap privasi dan keselamatan yang membolehkan pengguna menyimpan maklumat dalam telefon secara automatik.

Tapi dengan harga RM2,399, ia agak mahal tapi saya nasihatkan anda tunggu sehingga dua bulan untuk mendapat model ini. Harganya pasti turun dengan kadar segera.
Sumber : Yahoo

SEGMEN MARI TAMBAHKAN FOLLOWER BY DIK AN JULAI-OKTOBER


Jom Join Segmen ni Untuk Tambah Follower.
Follower terkini saya 390

Small Bedroom Decorating Ideas

Assalamualaikum...

Ada beberapa design bilik Zulaikha yang saya idamkan nak hias untuk dia. Dah lama berangan tapi bukan sekarang memandangkan dia masih kecik cenonet. Masih tidur bawah ketiak mama ayah dia so, kalau buat sekarang macam sia2 belaka. Kalau nak hias bilik dia kena tunggu dia umur 7 tahun. Masa tu dia dah ada meja belajar dan sebagainya. Memandangkan bilik dia kecik. Tak luas mana. Hanya segi empat sama. So, sy rasa design di bawah ni macam sesuai untuk dia. Kalau tengok budget pun tak ada masalah kalau design seperti ini.

Zulaikha berusia 3 tahun 7 bulan bertanya pada saya dan saya sendiri rasa geli hati bila ingat balik perbualan kami.

Zulaikha : Mama, katil kita mama?
Mama : Belum beli lagi.
Zulaikha : Kenapa tak beli?
Mama : Sebab Zulaikha kecik lagi, mama tak belilah.
Zulaikha : Kita pun nak katil besar mcm mama. Cantik... (padahal cadar tu cantik)
Mama : Kalau mama beli sekarang, Zulaikha dah tak boleh tidur dgn mama. Tak boleh tidur dgn ayah. Zulaikha kena tidur kat bilik sorang-sorang.
Zulaikha : Ya ke? Kenapa?
Mama : (aku senyum) Sebab Zulaikha dah besar... malula tidur dgn mama ayah
Zulaikha : Errrrrmmmm... nanti kita takut macam mana?
Mama : Zulaikha peluk baby pooh kuat2...
Zulaikha : Errrrrrmmm... nanti kita nangis macam mana?
Mama : Kenapa nak nangis, Zulaikha kan dah besar...
Zulaikha : Errrrmmm... tak jadilah mama, nanti kita takut... kita nak tido mama ayahlah...
Mama : Erm, yelah. Tunggu Zulaikha dah sekolah nanti mama beli katil ya.
Zulaikha : Ok... (sengih2 manja gitu)

Ini survey saya untuk deco bilik anak saya. Antara banyak2 ni kena tengok mana yg budget. Bilik sempit tak boleh buat besar2. Sy suka deco yg simple dan masih ada ruang untuk solat di bilik.

Yg ni agak ok dan sesuai utk bilik anak sy tu tp warna tak kena..

Yg ni sy kena buag rak buku sebelah kiri sekali sbb rasanya bilik dia besar sampai meja belajar je.

Yg ni pun ok juga mmg ngam2 dgn katil...

Yg ni mmg saiz bilik dia. design tingkap pun betul2 sama kedudukan dgn bilik anak sy.

Yg ini pun sama besar dgn bilik anak sy tp klu kedudukan katil mcm ni, so akan berada di depan pintu bilik. nampaknya kena alih katil sebelah kanan.

Ini pun saiz bilik anak sy

Yg ini pun lebih kurang saiz bilik anak sy...

Yg ini pun saiz bilik anak sy juga. tp tak best pulak cam ni kedudukannya.

Apa pun tunggu jelah hasilnya nanti. Hehe...

Tidak perlu bayar saman AES, pergi ke mahkamah



Peguam Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Shariff berkata,  saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak perlu dibayar tetapi perlu ke mahkamah.
Beliau berkata, mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 tidak mengandungi arahan bahawa saman atau kompaun itu wajib dibayar.
Sehubungan itu, katanya, beliau meminta pemandu yang menerima saman AES supaya tidak membayar saman tersebut, sebaliknya hadir ke mahkamah.
Malah, beliau bersedia untuk mewakili mereka kerana terdapat saman yang sebelum ini dibatalkan oleh mahkamah.
"Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengeluarkan arahan membayar saman dengan kadar yang baru iaitu RM150 tetapi jumlah itu akan meningkat jika engkar arahan.
"Saya cabar Hishammuddin tunjukkan dalam akta tersebut yang mengarahkan saman itu perlu dibayar, kalau dia boleh tunjuk sepatah ayat mengatakan bahawa saman atau kompaun perlu (wajib) dibayar, saya akan membayar semua saman AES  yang dikeluarkan," katanya seperti dilaporkan Harakahdaily.
Zulhasmi berkata demikian sebagai mengulas tawaran Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamudin Husein yang menawarkan potongan 50 peratus untuk saman itu.
Hishamudin berkata, pengguna yang mempunyai saman AES hanya perlu membayar RM150 berbanding RM300 sebelum ini bagi setiap kesalahan.
"Kompaun tidak wajib dibayar. Saman AES ialah perintah supaya hadir mahkamah bukan minta dibayar RM300 atau RM150 atau berapa sekali pun.
"Jika penerima saman tidak membayar kompaun, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika telah diserahkan kepada PDRM, tidak boleh menyenarai hitam kerana saman itu tidak tertunggak selagi tidak dibawa ke mahkamah.
"Sekarang prosiding AES di mahkamah masih ditangguhkan, jadi tiada apa-apa tindakan boleh diambil jika penerima saman abaikan saja saman tersebut.
"Yang tidak mahu ke mahkamah itu ialah Peguam Negara bukan penerima saman. Jadi kenapa penerima saman hendak dihukum atas tindakan Peguam Negara yang tidak mahu ke mahkamah," katanya.
Zulhazmi berkata, keputusan itu kerana kerajaan perlu membayar kepada syarikat pembekal mengikut perjanjian yang dipersetujui.
Katanya, atas sebab pemandu yang kena saman AES tidak dapat didakwa dan terdapat  saman yang dibatalkan di mahkamah kerana mempunyai masalah teknikal daripada sudut pendakwaan, maka kerajaan mengugut pemandu membayar saman supaya syarikat pembekal mendapat bayaran.
"Saya pasti kerajaan terdesak untuk bayar kepada syarikat pembekal, jika sebelum ini setiap satu saman mereka akan dapat RM16 dan jumlah denda sekarang RM150 sudah pasti pembekal mendapat RM8.
"Untuk kerajaan tidak membayar komisen itu adalah mustahil kerana ia terkandung dalam perjanjian, dan jika benar kerajaan tidak mahu bayar, satu jumlah pampasan yang besar perlu dikeluarkan untuk kos ganti rugi mereka," katanya. – 19 September, 2013.

10 Pelakon Lelaki Bollywood Terkaya



14 Sep - Industri perfileman Bollywood ada pasang surutnya. Ia mungkin amat popular di era 60-an dan 70-an, tetapi jatuh di era 80-an dan awal 90-an. Tidak lama kemudian, ia kembali mencetus fenomena baru pada pengakhiran 90-an dan awal milenium dengan kemunculan artis-artis hebat seperti Khan Bertiga (Shahrukh, Aamir dan Salman), Deol Bersaudara (Sunny dan Bobby), Adik-beradik Kapoor (Karisma dan Kareena) waris-waris keturunan pelakon veteran seperti Abhishek Bachchan, Hrithik Roshan dan Sonam Kapoor, dan wajah-wajah baru yang menghiasi layar perak. Dan kemudian ia mengalami sedikit kejatuhan semula pada pengakhiran dekad 2000.
Jatuh atau tidak, Bollywood mempunyai jutaan pengikutnya sendiri dan para peminat yang setia bersama para penghibur ini tetap juga setia menonton filem-filem mereka dan mengambil tahu perkembangan industri perfileman Bollywood. Kerana itulah, apabila senarai sepuluh artis paling kaya di Bollywood dikeluarkan, hampir semuanya melibatkan pelakon-pelakon lama yang sudah berkecimpung lebih 10 tahun dalam industri ini.
10 artis terkaya Bollywood pada tahun 2013 adalah seperti berikut:
Sanjay Dutt
Anak kepada pelakon veteran Sunil Dut dan Nargis ini mungkin berada di penjara atas penglibatan tidak langsungnya dalam kes pengeboman di Mumbai pada tahun 1993, tapi Sanjay merupakan antara jumlah kecil para pelakon era 80an yang masih mampu memegang peranan utama dalam filem.
Malah, sekalipun dia kini dipenjarakan, produksi filemnya terus bergerak di bawah pengurusan isterinya, Manyata dan asetnya yang bernilai AS$10 juta (RM33 juta) itu tidak ke mana.
p/s : busuk2 kena masuk penjara pun, dia ada asset RM33 juta tau? Kita ada? hehehe

Ranbir Kapoor
Sebagai satu-satunya bintang baru dalam senarai (bermula dengan "Saawariya" pada tahun 2007), anak kepada pelakon Rishi Kapoor dan Neetu Singh ini turut dinamakan sebagai 'bintang paling bernilai generasi ini' oleh The Economic Times.
Nilai kekayaan pelakon "Yeh Jawaani Hai Deewani" ini? AS$30 juta (RM98 juta).
p/s : Ayah dia teman kenal, yg dia ni teman tak kenal... tp bangga la gak muda2 dah ada asset RM98 juta

Hrithik Roshan
Antara pelakon terkacak Bollywood, anak kepada pengarah filem Rakesh Roshan dan anak saudara kepada komposer Rajesh Roshan ini mula berlakon sejak masih kanak-kanak lagi, tapi hanya menjadi kegilaan ramai apabila dia muncul dalam "Kaho Na... Pyaar Hai" pada tahun 2000 sebagai lelaki dewasa.
Hampir kebanyakan filem Hrithik seperti "Krrish" (2006), "Koi Mil Gaya" (2003), "Dhoom" (2006) dan "Jodha Akbar" (2008) mendapat sambutan hangat di pawagam dan menjadikan Hrithik antara pelakon yang paling kaya di Bollywood dengan nilai bersih AS$30 juta (RM98 juta).
p/s : Hitrik Roshan ni pergh... untung anak bini dia ler...

Ajay Devgan
Dia mungkin bukan anak pelakon terkenal atau pengarah tersohor, tapi Ajay mewarisi bakat dalam filem-filem aksinya dari bapanya Veeru yang juga bekas koreografer aksi filem. Sepanjang pembabitannya dalam industri perfileman Bollywood selama lebih satu dekad, Ajay sudah banyak menghasilkan filem-filem aksi dan juga komedi, termasuk filem-filem dengan isterinya Kajol seperti "Pyaar To Hona Hi Tha" (1998), "Dil Kya Kare" (1999) dan "Raju Chacha" (2000).
Ajay juga ada mengarahkan filem sendiri, "U, Me Aur Hum" pada tahun 2008, dan menerbitkan beberapa filem lain seperti "Raju Chacha", "U, Me Aur Hum" dan "Son of Sardar" (2012). Nilai bersih asetnya adalah sebanyak AS$30 juta (RM98 juta).
p/s:Betuah si kajool bersuamikan ajay... patutlah dah lama tak keluar panggung.

Saif Ali Khan
Dia mungkin bukan antara 'Khan' yang paling berpengaruh, tapi Saif Ali Khan yang juga anak kepada pelakon terkenal lewat 60-an, Sharmila Tagore dan pemain kriket Mansoor Ali Khan ini merupakan satu-satunya pelakon yang pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Komedi Terbaik, Antagonis Terbaik dan Pelakon Pembantu Terbaik.
Saif juga mempunyai syarikat produksinya sendiri, Iluminati Films dan filem pertama terbitannya, "Love Aaj Kal" berjaya mengaut kutipan pecah panggung. Nilai kekayaan suami Kareena Kpoor ini pada tahun 2013 adalah sebanyak AS$40 juta (RM131 juta).
p/s : Untunglah kareena kapoor kawin ngan dia hehehe... asset banyak tu...

Akshay Kumar
Berbeza dengan artis lain yang kebanyakannya datang dari keluarga seni, Akshay merupakan anak seorang tentera yang memulakan kerjayanya dari bawah. Selepas memasuki Bollywood dengan bakatnya dalam seni bela diri dan menjadi pelakon lagak ngeri, dia ditawarkan membintangi francais filem "Khiladi", sekaligus menaikkan namanya.
Kini, pelakon, ahli seni bela diri, penerbit filem dan suami kepada aktres Twinkle Khanna ini telah melakonkan lebih puluhan filem, rata-ratanya filem aksi, dan mengumpul nilai aset sebanyak AS$65 juta (RM213 juta).
p/s : Ini lagi nak terbeliak bijik mata tengok angka... makan 7 keturunan tak kan habis dow...

Aamir Khan
Dia terkenal dengan sifat cerewetnya dalam memastikan filem-filem lakonannya merupakan filem bermutu. Tak mengapa kalau sedikit, yang penting berkualiti. Kerana itu hampir semua filem lakonan Aamir berhasil menjadi filem pecah panggung.
Namun, pelakon "3 Idiots" ini lebih veteran berbanding yang lain, kerana dia telah muncul di skrin seawal tahun 1973 dalam filem "Yaadon Ki Baaraat". Malah, selain filem, Aamir juga mempunyai syarikat produksinya sendiri, Aamir Khan Productions, menjadi duta jenama menentang malnutrisi di bawah UNICEF, malah mengacarakan siri televisyen sendiri, "Satyamev Jayte", yang lebih tertumpu kepada isu sosial dan politik.
Semua ini dijumlahkan dan menjadikan nilai aset bersih Aamir sebanyak AS$180 juta (RM590 juta).
p/s : Ku ingat dia ni muda lagi rupanya dah 40 an... memang patutlah asset RM590...

Salman Khan
Dia lebih terkenal kerana badan berbanding bakatnya, tetapi dalam masa yang sama Salman merupakan antara pelakon yang paling banyak menerima tawaran filem. Selama 25 tahun pembabitannya dalam dunia lakonan, dia telah berlakon dalam lebih 80 buah filem termasuk filem-filem hitnya, "Dabangg" (2008), "Hum Dil De Chuke Sanam" (1999) dan "Har Dil Jo Pyar Karega" (2000).
Abang kepada Arbaaz dan Sohail Khan ini juga merupakan pemilik syarikat produksi SKBH Productions (Salman Khan Being Human Productions) yang berkolaborasi dengan tabung dana rasminya, Being Human. Dan tidak kisahlah kalau pun dia bakal dibicarakan semula untuk kes langgar lari suatu masa dahulu, Salman mempunyai AS$200 juta (RM656 juta) dalam nilai asetnya!
p/s : Salman Khan, mmg laku ler dia walau pun umur dah 40 an tp maintan cam muda... patut la asset pun RM656 juta... 7 keturunan tak habis mkn wooo

Amitabh Bachchan
Antara pelakon veteran yang masih relevan sehingga kini, bekas hero Bollywood paling popular lewat 70-an ini sudah melakonkan ratusan buah filem, sama ada berjaya atau tidak. Malah Amitabh boleh berbangga kerana selain filem, dia juga menjadi pilihan utama untuk mengacarakan rancangan televisyen seperti "Kaun Banega Crorepati?" dan "Bigg Boss".
Nilai bersih harta kekayaan Big B ini adalah sebanyak AS$400 juta (RM1,312 juta) dan jika anda kumpulkan sekali dengan pendapatan ahli keluarganya yang lain termasuk isterinya Jaya Bachchan, anaknya Abhishek dan menantunya Aishwarya Rai, keluarga Bachchan merupakan keluarga terkaya di Bollywood.
p/s : OMG!!! ini lagi nak terjojol biji mata gua tengok angkat juta2 dia... RM1312 juta asset dia??? Terus offer jadi menantu mehehehe...

Shahrukh Khan
Raja filem Bollywood ini tentu sekali berada di tangga teratas dengan jumlah nilai aset bersih sebanyak AS$600 juta (RM1,968 juta). Filem-filem Khan sentiasa mengutip kutipan pecah panggung sama ada menarik atau tidak, dan peminatnya pula berbilion ramainya, menyebabkan hampir semua syarikat mahukan dia sebagai duta produk mereka.
Sementara pelakon lain membuka satu produksi, SRK mempunyai dua produksi, Red Chillies Entertainment, dan juga Dreamz Unlimited yang dikongsi bersama rakan karibnya, Juhi Chawla. Antara filem yang diterbitkannya termasuk "Phir Bhi Dil Hai Hindustani", "Asoka", dan "Chalte Chalte".
Selain itu, SRK juga terlibat dalam beberapa projek televisyen, termasuk drama bersiri "Fauji" di mana dia berlakon sebagai Komandi Abhimanyu Rai. Dia juga pernah menjadi hos "Kaun Banega Crorepati?", "Kya Aap Paanchvi Pass Se Tez Hain" ("Are You Smarter than a Fifth Grader" versi India), dan "Zor Ka Jhatka" ("Wipeout" versi India).
p/s : Pergh!!! SRK gila bapak kaya mamat nit... mmg patutlah org kata dia antara yg terkaya kat india... asset je ada RM1968 juta. Kalah Amitabh Bachchan

Komen saya:
Apa yang saya dapat lihat, kat india sana kalau dah kaya, kaya sangat. Kalau dah miskin tu miskin sangat. Majoritinya suka kumpul harta dulu dan bila dah umo 35 ke atas baru cadang berkahwin. Rata2nya yg perempuan terutamanya contoh macam kareena kaapoor. Dah umur 35 tahun ke atas baru berkahwin. 
Teringin juga nak tahu asset pelakon wanita. Mesti kaya2 jugak ye? Kalau tengok aisywarya mungkin antara terkaya juga sbb dia miss world. Pastu combine income ngan suami dia tu... confirm berbilion-bilion... tak yah kerja, lepak kat rumah jaga anak je hehehe

Haish... kita ni bila la nak kaya2 ya tak? hehehe..

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia