Ruang Iklan Untuk Disewa

Jom Uji: Samsung Galaxy Note 3



Dapat juga kami bermain dengan Samsung Galaxy Note 3 untuk dua hari bagi tempoh percubaan ketika di Berlin, Jerman apabila ia mula-mula dilancarkan di pameran elektronik IFA 2013.
Apa yang dapat kami katakan, ia mempunyai dua ciri baru yang menarik iaitu kuasa pemproses dan sambungannya kepada jam tangan pintar, Galaxy Gear.
Ciri lain seperti skrin dan sedikit saiz yang dibesarkan masih kelihatan sama seperti Note 2 manakala berat 168g agak separa beban dalam poket. Nasib baik, tahap nipisnya memang boleh tahan iairu hanya 8.3mm. Telefon ini agak selesa dalam poket seluar tapi bukan jenis seluar jeans, rasa ketat saja ketika dimuatkan dalam poket. Namun kepad wanita tiada masalah disebabkan anda boleh memasukkannya dalam beg tangan.
Bagaimana pula di tapak tangan. Perbezaan saiz (151.2 x 79.2mm) memang memerlukan anda untuk menggunakan kedua-dua belah tangan untuk mengoperasikan Note 3 sama seperti Note 2.
Kuasa pemproses molel 3G 1.9 GHz Octa Core ( A15 1.9 GHz +A7 1.3 GHz) memang mengagumkan. Pendek kata, jika anda meleretkan skrin ke skrin yang atau satu aplikasi ke aplikasi lain atau memainkan video dari YouTube serta bergrafik tinggi kurang mendatangkan masalah. Apabila saya katakan tentangkan kurang bermasalah, ia 30% lebih baik daripada Note 2 jika mahu dibuat perbandingan.
Ia juga dibantu RAM sebanyak 3GB. Dengan jumlah tersebut, anda akan lebih selesa untuk multitasking yang kebiasaannya mengambil 90% RAM yang berkapasiti 2GB. Jadi dengan kelebihan tambahan 1GB, ia lebih baik terutama dengan saiz telefon yang besar.
Note 3 dibantu sistem operasi Android 4.3 Jelly Bean. Betul! Ia OS terkini cuma nanti bila sudah dapat versi Kit Kat, agak lambat untuk Samsung mengemaskini versi Google Android baru mereka. Jadi saya harapkan ia dapat dilakukan secepat mungkin.
Pastinya, kamera kali ini lebih baik namun saya rasa ia belum lagi hebat. Cuma ciri baru seperti penstabil imej pintar dan flash LED jenis CRI yang lebih peka beroperasi. Kualiti kamera kali ini mungkin 20% lebih hebat berbanding Samsung Galaxy Note 2. Kalau anda harapkan perbezaan jauh antara Note 2 dan Note 3? Ia tidaklah jauh bezanya dari aspek tahap fizikal lensa.
Namun perbezaan ketara dapat saya rasai dengan S Pen (pen stylus) bagi Note 3 terutama apabila saya menggunakan Action Memo iaitu fungsi yang membenarkan pengguna menaip nota, menjadikan pen sebagai butang kawalan dan menukar tulisan tangan ke teks. Di samping itu, ia boleh membuat panggilan apabila butangnya ditekan di samping carian peta, melayari web dan sebagainya.
Jelas, bukan itu saja fungsi pen yang saya gunakan. Saya banyak bermain dengan aplikasi Scrapbook yang memungkinkan pengguna mengesan kandungan dari pelbagai sumber termasuk web, YouTube dan Gallery pada satu masa dan disimpan dalam satu fail jika pengguna mahu melihatnya kembali. Manfaatkan saja pen anda untuk tujuan ini.
Di samping itu, terdapat fungsi Screen Write membolehkan salinan imej penuh pada laman yang sedang anda lihat di telefon dan anda boleh menambah komen atau maklumat dalam laman tersebut. Sekali lagi, S Pen yang menjadi penentu kepada ciri ini. Ia juga membolehkan anda melukis seakan satu kotak meskipun anda sedang melakukan kerja lain sebelum memasukkan apa saja kandungan dalam kotak tersebut seperti YouTube, kalkulator atau web.
Jika anda golongan profesional, memiliki perniagaan dan sebagainya yang sebelum ini banyak menggunakan jenama BlackBerry, Samsung turut memperkenalkan fungsi perniagaan iaitu KNOX. Ia sistem keselamatan baru yang melindungi tahap privasi dan keselamatan yang membolehkan pengguna menyimpan maklumat dalam telefon secara automatik.

Tapi dengan harga RM2,399, ia agak mahal tapi saya nasihatkan anda tunggu sehingga dua bulan untuk mendapat model ini. Harganya pasti turun dengan kadar segera.
Sumber : Yahoo

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia