Happy Birthday My Baby Zulaikha

Assalamualaikum

Today is my baby birthday 30/03 yang ke 3 tahun. Sambut simple-simple je. Buat surprise kat si kenit tu bagi dia happy. Seronok aku tengok bila anak ku punyala excited nampak kek upin ipin dia yang cantik itu. Bertemakan pink, purple yang ditempah oleh mak su dia.

Tadaaa...! Inilah dia kek besday girl. Ini di panggil kek pelangi sbb ada 4 lapisan pelangi. Wlupun sebenarnya lapisan pelangi ada tujuh, daku suh pendekkan jadi 4 je. Okaylah tu kan? =)
Sangat sedap!

Ini dia besday girl yang sweet and comel. Punyalah suka dia tengok upin ipin tu. Gaya tiga jari tu mmg dah tak sabo nak terkam kek tu der.

Ini pulak besday present untuk si kenit yang dah lama dia idam kan. Sebelum ni sibuk dia mintak nak motor... nak motor... ehm! Dah alang-alang motor tu baik hadiakan basikal. Boleh pakai sampai enam tahun.


Puas dia main beskal dalam rumah duk pusing dekat 10 round. Suh tido tak mo tido. Beskal tu di hadapnya sampai betul2 penat barulah sibuk mintak susu nak tido. Now 10 kali round my girl dah pandai kayuh basikal wlupun sangkut sbb kaki tak sampai sgt. =)

Samsung Galaxy S advance vs Samsung galaxy S3

Assalamualaikum

Semalaman aku fikir handphone apa nak beli. S advance ke S3. Mula2 tu ada yg suggest Galaxy Note 2. Pergh! Besar gabak kot. Aku tengok kwn pakai mcm penuh semuka. Siapa lepas solat doa tu pada Allah, mudah-mudahan aku buat pilihan handphone yg terbaik sbb aku malas nak beli lagi dah lepas ni.

Ada pulak tu yg suggest aku beli yang clone punya. Aku pun tak taulah clone tu baik ke idak gamak nye bila pakai. Kang aku pakai, banyak pulak application tak leh guna. Aku suka berwassap! Aku suka berFB di hp. Kalau beli yg clone di jamin ke aku boleh install benda alah tu guna play store? Aku minta pendapat ramai yg kata clone tu fuction banyak tak leh pakai. Kang murah punya pasal daku merana huhu.

So, berbalik pada niat aku. Siap mimpi2 lagi aku dah beli samsung 'S' dengan penuh bergaya. S yg mana satu pun daku tak tau. S3 mini ka? S advance ka? S3 biasa ka? Haha...

Adakah aku kena pilih Samsung S advance 4.0"?

Adakah aku kena pilih Samsung S3 mini 4.0"?

Adakah aku kena pilih Samsung S3 saiz 4.8"?

Sudah rambang mata mana satu mau beli. Oklah bye!

Hai Zulaikha...Zulaikha...

Dari jauh aku tengok anak aku tgh bercangkung buat kek dia. Berusaha dengan gaya mimik mukanya duk teran. Seminit kemudian dia datang kat aku...

Zulaikha : mama, mama tak nak ayang ke? (mama tak nak sembahyang ke?)
Aku : nak solatlah ni...
Zulaikha : ayang epat mama, anti acuh iyak ika pas ayang... (sembahyang cepat mama nanti basuh berak ika lepas sembayang)
Aku : speechless dan terus ketawa ketawa ketawa



Adoi anak aku ni rutin biasa dia suka berak waktu magribkan. So setiap kali aku nak solat magrib, aku akan pesan "Sape suh berak magrib? mama basuh berak ika lepas solat!" 
Dia dah faham jawapan aku, so baik punya arahan dia bagi kat aku naa...


Inilah budak bijak lagi petah mulutnya tu. 
Tak sempat daku amik gambo time dia buat kek tu.

Terlepas Praduan Menulis

Saya sudah terlepas ini praduan huhuhu...
Good luck kepada yg berjaya submit praduan...
Bunyi sedih je ni tapi tak boleh buat apa.
Tak sempat sebab kesibukan masa.
~Seriously i loved this praduan~

Lunch di restoran IMPIANA

Assalamualaikum & Hallo

Jumaat lepas, sy planning makan dekat luar. Saja isi masa bosan waktu tengah hari. Jenuh juga decide nak makan kat mana. At the end pilih restoran IMPIANA di giant Nilai. Tak pernah makan kat sini sebenarnya huhu, tu yang nak testing kelazatan makanan di sana. Atara menu yang jd pilihan sy adalah...

Taaadaaa! 
Banana split yang cukup lazat! Wallah! Sedap wooo... rasa nak pergi lagi untuk beli benda ni je! hahaha...
Harga RM6.9 

Menu utama makan tengah hari, saya pilih nasi gorem tomyam. 

My Wish List 2013

Hi & Assalamualaikum

Hari ni nak share beberapa wish list yang duk bermain di dalam kepala saya dalam tahun 2013 ni. Terlalu banyak dan memang banyak. Andai ada fulus yang lebih, dah lama saya sambar semua sekali tapi apakan daya kenalah pilih yang priority. Mari kita tengok apa wish list yang tersangkut kat hati ni ;)

Pertama : Langsir baru 2013 (RAYA)

Dah lama duk idamkan langsir baru seperti ini. Biasanya kami akan pilih material dekat TEWAH Tesco Shah Alam. Siap upah jahit sekali sebab sangat murah okay! Jahitannya pun kemas dan sangat puas hati. Kawan2 ada tanya, kenapa tak tempah dekat Nilai 3? To be honest saya tak suka sebab terlalu banyak pilihan sampaikan tak tau kedai mana yang lebih better jahitannya. 

Pernah my parent beli kat salah sebuah kedai langsir di Nilai 3, apa yang berlaku pekerjanya tak pandai ukur ikut ukuran sliding door yg my parent berikan. Jadinya langsir itu sangat panjang dan meleret ke lantai ya. Frust sangat beli kain mahal tapi tak pandai jahit. Kesimpulan belajar dari kesilapan, sy dan mr hubby pergi ke tempat yang bertauliah seperti TEWAH ke, NAGOYA ke, dah tentu kita tahu kualiti dan kemahiran mereka menjahit. 

Tak guna juga kalau iklan jahit langsir satu jam siap tapi kualiti jahitan tak bagus. Betul tak? Siapa setuju comment LIKE! hehe...

contoh langsir idaman

Wishlist yang keduanya Garment Steamer Iron.
v
v
v

Battery Sony HP Buncit

Hi & Assalamualaikum

Pagi ni daku dikejutkan dengan satu kejadian. Di mana daku baru nak keluarkan HP Sony ni dari bag, konon nak charge sbb battery dah kong. Tiba2 ianya telah berubah rupa menjadi seperti di bawah ini. Apakah sudah berlaku semalaman HP ni dalam bag ku?

Daku dah cuak! Adakah sudah meletop ini HP dalam bag ku?!
JENG! JENG! JENG!
I think this is not a good sign! Maknanya di sini akan berlakulah perkara mencurah air ke dalam tempayan. Dalam erti kata lain PRE-BONUS!
OMG! Daku tak merancang pun nk beli HP dengan duit bonus!!! HP tak ada dalam senarai wish list ku!!! Huhuhu....

Ruang casing sudah terbukak dari dalam bag lagi. Memang tragislah tengok keadaan dia.

Dia baring pun dah senget sebab isi dalam sudah boncit!

Daku buka je tengok2 battery sudah kembong! Bettery sudah hampir meletop! :'(

Scarykan? Memang patutlah tak boleh tutup pun casing dia.


Saya terus SMS mak:
Mak hp yg mak bg tu battery dah meletup. Bahayanya...

Mak balas SMS daku:
Awak masa tu tgh charge ke? Syukur pd Alld tak waktu tgh bercakap phone. Tula hari tu kan dah kata nk trade in nape tak buat??? Lain kali kalau dah ada nawaitu, terus aje beli.

Daku terkebil-kebil baca sekali lagi SMS dari mak. Apakah maksud cadangan beliau ni? Huuaarrrgghhh!!!
Rupanya daku mendapat restu dari mak utk tkr hp baru :'(
Terbang lagi duitku!

Resepi : Potato Salad (Dinner)

Hi & Assalamualaikum

Percaya tak percayalah daku teringin sangat nak makan potato salad yg rasanya sedap dan tak muak dan bila dah rasa, dah makan dan mesti nak cuba lagi. So, di satu petang yg indah daku meng-google resepi Potato Salad yg daku kira sedap. Google punya google, daku dapatlah resepi tu dari satu bloger famous ni dan memang terbukti sedapnya bila mr hubby ku request suruh buat lagi dua malam berturut2. Hahaha! The power of lemon and pati ayam!

Ini hasil Fatin Liayana buat dan...

v
v
v

Bloger Yang Telah Pergi

Hi & Assalamualaikum,

Mood pagi ni tiba-tiba rajin nak google blog orang tapi bukan nak tinggalkan jejak tapi saje nak usah2 huhu... sedang cantik duk search blog by blog tiba-tiba rasa terpanggil untuk baca satu blog ni yang memang aktif update kisah hidup dia yang comel2 dan memiliki follower yang ramai. Dalam hati memuji-muji wajah pemilik bloger yg berdarah kacukan inggeris-melayu ni. Tiba-tiba mata aku melirik gambar profilenya yang cantik n comel itu dan terpandanglah sesuatu yang meluluh jiwa...

Allahyarhammah Yasmin Johan

22 Feb 1995 - 03 June 2012

Ya Allah, berderau darah baca dan rupanya pemilik blogger telah meninggal dunia 10 bulan lepas akibat kemalangan jalan raya di Langkawi. Mungkin daku agak ketinggalan mengetahui kisah arwah tapi sekurang-kurangnya Allah s.w.t telah menggerakkan hatiku untuk menggoogle blog arwah agar sedekahkan Al-Fatihah buatnya di sana.

Blog : http://misschronicz.blogspot.com/
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Purple Themed

Hi & Assalamualaikum

Sebenarnya now tengah rileks sekejap. Mencari suasana nyaman untuk mengarang. =) But now let me share about color themed. Tiba-tiba daku terimbau kenangan lama. Ahaks!

Baru-baru ni kami balik kampung. Dapat jemputan kahwin my cousin yang bertemakan blue white color. First impression daku teruja melihat pelamin nan indah yang tersergam di ruang rumah (Rasa nak buat pre wedding semula je.) =).

Sayangnya tak dapat ambil gambar sebab mengendong anak yg tak sihat ketika itu. Cuma saya boleh gambarkan pelaminnya lebih kurang macam ni but I just can't remember how exactly rupa pelamin dia huhu.



Cantikkan???!!! =) Asalkan kerusi dia sama... hohoho...

Seriusnya dulu dan sekarang sangatlah jauh berbeza design pelaminnya. Time saya dulu pelamin biasa2 je. Purple themed menjadi pilihan hati. So, hari ni saje nak share apa yg saya rasa about that color. Uolls cucilah mata ya... =)

In my themed wedding 8 tahun dulu. Ini sekadar gambar hiasan. ngehehe...

kek purple white! Oh, so sweet, sayang nak makan! Kalau boleh nak biar dia begini. Ingat ya, gambar sekadar hiasan ngehe...

Table tetamu dihiasi dengan bunga tinggi tu. Gambar sekadar hiasan.

Taaadddaaa!!!! Full with purplishes! I like!! Gambar sekadar hiasan.. hehe

Dress purple!! That gurl mcm muka anak bella dah besarkan dalam (Twilight!) sweet! That kasut so cantik!!

AND!!!
TAAADAAAA!!!!


This is my purple themed 8 tahun dulu. Kenangan terindah yg tak dapat daku lupakan. =)

Promosi Hebat Novel Suami Aku Ustaz



(PROMOSI HEBAT) POPULAR memberi diskaun menarik untuk Novel SUAMI AKU USTAZ, Harga sebenar novel suami aku ustaz RM22 diberi diskaun sehingga RM14.90 dari 9hb hingga 15 mac 2013. Promosi hebat ini dipanggil SPOT & SAVE. dapatkan novel Suami Aku Ustaz yang akan difilemkan ini di POPULAR sekarang.

Novel ke Layar Perak



Assalamualaikum,

Menarik untuk dikongsi dengan peminat-peminat novel. Nantikan slot novel yang akan ke layar perak tak lama lagi.

Sweet!!! =)

1. Kampung Girls - Slot Lestary
2. Teduhan Kasih - Slot Akasia
3. Sebenarnya Saya Isteri Dia! - Slot Zehra
4. Suami aku Ustaz - Layar Perak

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia