Ruang Iklan Untuk Disewa

Attitude Psychology (Perangai)

Assalamualaikum,

Malam ni saya nak kupas sikit tentang sikap/perangai segelintir manusia yang nauzubillah kalau kita fikir dia ni betul ke tak betul kalau tengok perangainya. Ceritanya begini, adalah sorang hamba Allah ni, perangai dia kalau lepas makan atau minum tu, punyalah pemalas tahap gila babaslah nak hantar ke pantry. Kalau pikir balik, gila babas pun tak pemalas macam dia tau tak?! Manusia jenis apa pun tak taulah nak kata. Nampak pengotor dan tak senonoh pun ada.

Kenapa saya cakap perangai dia pemalas dan tak senonoh? Sebab hari tu kami adalah buat makan2 sikit semperna ramadhan. Alhamdulillah... senoroknya kami dapat sambuntan kemeriahan nak sambut ramadhan TAPI adalah sorang hamba Allah ni dua tiga kali trip jugaklah amik makanan. Kami tak kisah, malah Alhamdulillah TAPI yang kami kisahkan tu, di manakah letaknya pinggan dan cawan yang dia gunakan lepas tu??? Hilang???

Rupa-rupanya dia sorok pinggan kotor dia tu! Mengucap panjang kami yg nampak ni. Tak silap ada 3 pinggan, 2 cawan dan 1 garfu plastik kat belakang workstation dia. Itu belum masuk dengan 4 bulan lepas punya pinggan dan cawan yang ada dalam drawer dia tau! Nampak tak punyalah tahap dewa pemalasnya?! Monyet kat hutan pun pandai basuh pinggan tau tak?


Yang dia langsung tak basuh! Kotor! Saki baki makanan pun ada lagi! Punyalah pemalas nak mampos! Padahal tempat basuh sejengkal je dari tempat dia. A few people nampak n bising juga. Sampailah ada satu notice tertampal di papan board workstation dia yg bersaiz font 72 kot kalau tak silap 'TOLONG BASUH PINGGAN DAN MANGKUK ANDA!' dibulan Ramadhan yang mulia ni. Saya yang ternampak ni terkejutlah baca, then terkekek2 gelakkan dia. Ingatkan notis warning tu menyengatlah kat kepala hotak dia tu, rupanyaaaaaa... HAMPEH!

Tau apa yang paling mengejutkan selepas tu? Dia cabut notis tu, then dia pi tutup kertas notis warning tu kat pinggan, cawan kotor dia di tepi workstation. Lepas tu buat bodoh. Buat muka tak bersalah dia. Padahal semua orang dah nampak. Dia sorok cam ne gaye pun orang nampak der... Subhanallah... kalau dah gitu attitude dia, memang dasar PEMALAS tahap dewalah. HANCUR! So, korang fikirlah, betul ke tak betul orang cam gini? Semoga Allah bagi petunjuk dan hidayah pada orang macam gini.

GA Kad Raya 2013 by EJulz

Click Banner untuk Join

Sy ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat hari raya kepada rakan bloger

Nak join senang je

Syarat-syarat penyertaan :

1. Warganegara Malaysia dan beralamat di Malaysia (Senang nak pos.. hehe)
2. Follow blog ejulz
3. Follow blog dan Like page para sponsor seperti di bawah:


4. Letak banner di atas dalam entry anda backlink kepada entry dia semula
5. Di bawah banner tulis ucapan selamat hari raya anda kepada rakan2 blogger
6. Tinggalkan link entry anda kat ruangan komen blog beliau


Sakit Perut Di Bulan Puasa

Assalamualaikum,

Hari ni sy nak kupas sikit berkenaan dengan sakit perut. Sebenarnya, sy ketika ini tgh sakit perut memulas2. Memulas2 yg asyik nak pergi ke tandas je koje nye. Takut dehydrated je. Agaknya sebab makan pedas2 kot malam tadi kat rumah mertua...........Kejap ek, tetiba perut memulas lagi, nak gi toilet sat............

Okay, sy dah kembali.... tapi sy tak adalah beli makanan di luar. Semuanya masak belaka. Cuma semalam adalah bedal sambal belacan dengan ayam masak merah. Makan tak adalah byk sgt. Pagi tadi sahur pun sy cuma panaskan makanan berbuka malam tadi. Agaknya sebab pedas kot... huhu...

Sumber dari google

Jom kita tengok adakah kita peka dengan makanan yang kita makan.


Kebersihan

- Utama kebersihan.
- Basuh tangan ketika menyediakan makanan.
- Asingkan bahan mentah seperti daging, ikan dan makanan bercangkerang daripada makanan lain bagi mengelak pencemaran silang.
- Teknik masak betul boleh membunuh organisma, masak pada suhu antara 630 hingga 740 darjah Celsius.
- Sebagai langkah mudah, panaskan hingga menggelegak.
- Sejukkan dulu makanan mudah rosak selepas dibeli dua jam sebelum dihidangkan. Jika suhu bilik lebih 320 darjah Celsius, sejukkan makanan mudah rosak dalam masa sejam.
- Letak sementara makanan dalam ruangan sejuk beku jika enggan memakannya dalam masa dua hari.

Cair beku

- Jangan cairkan makanan beku pada suhu bilik atau dibiarkan atas meja.
- Cairkan makanan dengan mencair beku dalam peti sejuk, ketuhar gelombang mikro atau gunakan air untuk melembutkannya.


Buang

- Ikut gerak hati.
- Andai meragui kebersihan atau keselamatan makanan, buangkan saja terutama yang dibiarkan atas meja dan terlupa masuk dalam peti sejuk. Jangan merasa makanan tercemar yang boleh menyebabkan anda sakit.

Rawatan Keracunan Makanan

- Keracunan makanan yang tidak serius boleh reda dengan sendiri dalam tempoh 48 jam.
- Langkah awal boleh diambil, membantu diri berasa lebih selasa.

Rehat

- Biarkan perut berehat. Berhenti makan atau minum selama beberapa jam selepas cirit-birit.
- Minum
- Minum sedikit air. Minuman bersoda boleh membantu.
- Digalakkan minum antara lapan hingga 16 gelas air setiap hari sedikit demi sedikit tetapi kerap.

Makan

- Makan beransur-ansur.
- Pilih makanan dikisar dan mudah hadam seperti bijirin.
- Kalau rasa mual, jangan makan dulu.
- Elakkan makanan segera.

Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2012/08/sakit-perut-cirit-birit-keracunan.html#ixzz2Z49gSSsK


SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan , Semua ! Hehe . Kali ni Fie nak buat segmen simple yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan " . Tujuan Fie buat segmen ni untuk berkenalan antara satu sama lain n untuk menambahkan follower n trafik blog korang . Segmen ni bermula pada 13 July 2013 sampai 8 Ogos 2013 11.59 malam Fie hope sangat2 segmen ini mendapat sambutan meriah .

CARA - CARA NAK JOIN

  1. Follow blog CIK FIE
  2. Like fanpage CIK FIE  
  3. Buat satu entri yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan "
  4. Copy coding entri  yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri 
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini


Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia