Sakit Perut Di Bulan Puasa

Assalamualaikum,

Hari ni sy nak kupas sikit berkenaan dengan sakit perut. Sebenarnya, sy ketika ini tgh sakit perut memulas2. Memulas2 yg asyik nak pergi ke tandas je koje nye. Takut dehydrated je. Agaknya sebab makan pedas2 kot malam tadi kat rumah mertua...........Kejap ek, tetiba perut memulas lagi, nak gi toilet sat............

Okay, sy dah kembali.... tapi sy tak adalah beli makanan di luar. Semuanya masak belaka. Cuma semalam adalah bedal sambal belacan dengan ayam masak merah. Makan tak adalah byk sgt. Pagi tadi sahur pun sy cuma panaskan makanan berbuka malam tadi. Agaknya sebab pedas kot... huhu...

Sumber dari google

Jom kita tengok adakah kita peka dengan makanan yang kita makan.


Kebersihan

- Utama kebersihan.
- Basuh tangan ketika menyediakan makanan.
- Asingkan bahan mentah seperti daging, ikan dan makanan bercangkerang daripada makanan lain bagi mengelak pencemaran silang.
- Teknik masak betul boleh membunuh organisma, masak pada suhu antara 630 hingga 740 darjah Celsius.
- Sebagai langkah mudah, panaskan hingga menggelegak.
- Sejukkan dulu makanan mudah rosak selepas dibeli dua jam sebelum dihidangkan. Jika suhu bilik lebih 320 darjah Celsius, sejukkan makanan mudah rosak dalam masa sejam.
- Letak sementara makanan dalam ruangan sejuk beku jika enggan memakannya dalam masa dua hari.

Cair beku

- Jangan cairkan makanan beku pada suhu bilik atau dibiarkan atas meja.
- Cairkan makanan dengan mencair beku dalam peti sejuk, ketuhar gelombang mikro atau gunakan air untuk melembutkannya.


Buang

- Ikut gerak hati.
- Andai meragui kebersihan atau keselamatan makanan, buangkan saja terutama yang dibiarkan atas meja dan terlupa masuk dalam peti sejuk. Jangan merasa makanan tercemar yang boleh menyebabkan anda sakit.

Rawatan Keracunan Makanan

- Keracunan makanan yang tidak serius boleh reda dengan sendiri dalam tempoh 48 jam.
- Langkah awal boleh diambil, membantu diri berasa lebih selasa.

Rehat

- Biarkan perut berehat. Berhenti makan atau minum selama beberapa jam selepas cirit-birit.
- Minum
- Minum sedikit air. Minuman bersoda boleh membantu.
- Digalakkan minum antara lapan hingga 16 gelas air setiap hari sedikit demi sedikit tetapi kerap.

Makan

- Makan beransur-ansur.
- Pilih makanan dikisar dan mudah hadam seperti bijirin.
- Kalau rasa mual, jangan makan dulu.
- Elakkan makanan segera.

Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2012/08/sakit-perut-cirit-birit-keracunan.html#ixzz2Z49gSSsK


2 comments

July 15, 2013 at 8:11 AM

betul tu. sesetengah org x tahan pedas.. hehe

July 16, 2013 at 10:53 AM

bulan puasa kena kurangkan pedas...

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia