Ruang Iklan Untuk Disewa

Parking : Boleh Keluar Ke Idak Ni?


Assalamualaikum korang!

Cuba tengok gambar ni, haha! 
Agak-agak celah manalah dia orang keluar keretakan?
Boleh ek terfikir nak parking macam ni?
Asal boleh je masing-masing.

Baca Ni : Apa Pendapat Korang Tentang Dua Perbualan Ni?

Assalamualaikum korang!

Luangkan masa untuk baca perbualan bos dan pekerja di bawah ni. Kadang-kadang kelakar pun ada tau bila tengok sikap pekerja bos ni. Tetiba aku terfikir dan mungkin banyak terjadi kat luar sanakan?

Perbualan A
Bos dan staff berbual bersama. Bos offer staff naik manager. Staff ni dari segi disiplin bagus. Buat kerja pun bagus.

Bos : Zul, you ada Degreekan?
Zul : Ya encik, kenapa ya?
Bos : Dah berapa lama you jadi Assistant Manager?
Zul : Adalah dalam 2 tahun.
Bos : Erm... kalau tengok dari segi prestasi, awak dah boleh naik Manager tu.
Zul : Hahaha! Bukan saya tak nak try encik, tapi saya tahu tahap kemampuan saya bekerja. Kalau saya apply Manager tapi saya tak mampu galas tanggungjawab tu kan menjatuhkan prestasi saya.
Bos : Awak kenalah belajar untuk improve diri awak. Kalau tak, sampai bila-bila awak duduk di pangkat yang sama.
Zul : Tapi encik, besar tanggungjawab tu. Saya belum yakin untuk jadi manager.
Bos : Senyap...


Ok perbualan B
Seorang staff executive. Tak ada degree. Prestasi kerja teruk. Pada dasar belum layak pun jadi executive tapi dah jadi executive sebab membodek. Boleh kata kerja kerana nak gaji besar je. Kerja tak tau buat. Explainlah macam mana pun tetap blur. *Kang kata b*d*h kasaq sangat.* Dah tak tau buat keje, suka taici kerja kat orang pulak. Jawatan exec tapi tak mau improve diri untuk melayakkan dia dengan jawatan tu. Selalu MC. Selalu hilang. Selalu buat kerja luar dan gunakan harta benda syarikat untuk kerja peribadi. Tapi ada hati nak naik pangkat assistant manager?


Supir : Encik, saya nampak ada iklan jawatan assistant manager kat unit ni.
Bos : Ya, memang ada pun.
Supir : Saya ingat, saya nak apply lah jawatan tu encik.
Bos : (Tersandar sekejap sambil berfikir dan bercakap dalam hati "Ko bukak microsoft excel pun merangkak-rangkak, suruh draft paper work, memo, surat sendiri pun tersentut-sentut, bagi tugas pun tak reti nak buat, selalu hilang, ada hati nak apply assitant manager? Buat sakit kepala aku je nak handle orang macam ko ni!")
Supir : Nanti encik tolonglah rekemenkan saya dapat jawatan tu. Dah 6 tahun saya tak naik-naik gred. Jadi saya cuba apply naik pangkat jelah.
Bos : Supir, bukan saya tak nak rekemenkan awak untuk jawatan assistant manager tu. (Nak cakap karang takut dia sentap.) Macam nilah, awak apply je jawatan tu. Dapat tak dapat, tu belakang kira. Kalau tak dapat tu maknanya mungkin rezeki awak kat tempat lain. Try apply kat luar pulak. 
Mendalam maksud bos dia ni. Kalau tak ada rezeki, suruh keluar unit. Maknanya dia tak perlukan staff tu.


P/S : Haaaa dah habis baca? Jadi apa pendapat korang lepas baca dua perbualan ni? Yang sorang tu tahu tahap kemampuan diri dalam berkerja dan sorang lagi tu macam tak sedar diri pulak gayanya. Aduhai... corrupt syarikat kalau ada staff yang dalam perbualan B tukan?

Penyakit Berbahaya : Virus Ebola

Assalamualaikum korang!

Sekarang ni hati-hati ya dengan virus EBOLA.
Terutama yang ada anak-anak.
Balik sekolah je kalau boleh mandikan dia orang semula.
Yang hantar anak kat taska pun kalau boleh balik rumah mandikan budak-budak semula.
Terjamin kebersihan kalau parents yang mandikan.
Kita sebagai parents pun sama, kalau boleh sebelum pegang bayi, bersihkan diri dulu.
Antibody bayi tak kuat macam kita.
Then janganlah bawa anak-anak ke tempat terbuka yang ramai foreigner.
Sebab kita tak tau mungkin dia orang ni pembawa dari negara luar.
Baik kita cegah dulu sebelum parahkan.
Take care korang!

virusebola 620x360

SEJARAH
Ebola merupakan satu penyakit demam berdarah yang berpunca daripada jangkitan virus. Virus ini baru sahaja dikenalpasti dan dianggap sebagai suatu penyakit yang amat merbahaya. Ebola mudah berjangkit dan boleh membawa maut. Dalam 50% – 90% kes jangkitan, penyakit ini mengakibatkan kematian, bergantung kepada jenis virus Ebola punca penyakit. Virus Ebola menyebabkan pesakit menjadi lemah, kekurangan air, lesu dan keliru. Tanda-tanda Ebola yang paling jelas merupakan pendarahan di seluruh tubuh dan di dalam badan. Kematian biasanya berlaku dalam masa 7 sehingga 16 hari disebabkan oleh kejutan dan kehilangan darah yang serius.
- See more at Suria FM

Tanda-Tanda Awal

Permulaan Serangan Penyakit Ebola (Kajian juga menunjukkan bahawa macrophages dan fibroblasts (dalam paru-paru) merupakan tempat permulaan dan paling digemari untuk pembiakan Ebola. Pathology virus Ebola menghasilkan luka di hati, limpa, dan buah pinggang.)
  • Merasa lesu
  • Demam secara mengejut
  • Lenguh seluruh anggota badan
  • Perit di leher
  • Kekurangan air
  • Lesu
  • Keliru
Tanda-tanda ini diikuti:
  • Cirit-birit
  • Gatal-gatal
  • Kegagalan fungsi hati dan buah pinggang
  • Pendarahan dalam badan di usus
  • Pendarahan melalui setiap liang pada badan yang pada kebiasaannya membawa kepada kematian.
  • Terdapat juga pembekuan darah diseluruh bahagian badan yang menunjukkan pembekuan darah menyeluruh sebagai tahap terakhir.
  • Keadaan pesakit yang mati akibat virus Ebola digambarkan sebagai mereka yang tubuh menjadi larut seperti makanan separuh hadam yang diseliputi dengan darah.
Kadar kematian berlaku di antara 50-90% daripada mangsa dan biasanya disebabkan oleh kejutan dan kehilangan darah. Ini biasanya berlaku dalam tempoh 7 sehingga 16 hari daripada kemunculan tanda-tanda awal.�
Tempoh pengeraman Ebola kebiasanya di antara 2 sehingga 21 hari, bergantung kepada cara penyebaran. Kemasukan virus ke dalam salur darah mengakibatkan serangan yang lebih pantas. Virus ini juga masih aktif dan terdapat kes di mana Ebola tersebar melalui hubungan seks walaupun disahkan sembuh daripada virus Ebola selepas 7 minggu lalu.
Sumber :� archive.today
- See more at Suria FM

Kawalan Jangkitan 

Bagaimana Ebola Boleh Berjangkit?
Virus Ebola bukanlah penyakit jangkitan melalui udara. Penyakit ini hanyalah berjangkit melalui sentuhan bendalir badan, seperti darah. Pekerja kesihatan merupakan mereka yang sangat berisiko tinggi jika tidak memakai peralatan dan pakaian yang selamat, seperti topeng, gaun dan sarung tangan.
Apakah Rawatan Untuk Ebola?
Buat masa sekarang, masih belum ada. Sekadar beberapa vaksin yang masih lagi dalam eksperimen percubaan. Doktor kebiasaannya akan menyediakan penjagaan tambahan yang lebih rapi kepada pesakit, termasuk bantuan oksigen, pemindahan darah dan rawatan mengelakkan jangkitan penyakit lain.
Adakah Jangkitan Ebola Yang Terbaru Adalah Kritikal?
Pada Februari 2014, variasi Virus Ebola ditemui di Guinea. WHO (World Health Organisation) melaporkan sehingga 23 Julai 2014, sebanyak 1201 kes Ebola telah disahkan di seluruh dunia, dengan jumlah kematian sudah mencecah seramai 672.
Sumber :� CBSNews,� Wikipedia,� WHO
- See more at Suria FM

KRONOLOGI VIRUS EBOLA
1967 -Penyakit demam berdarah menyerang pekerja makmal di Marburg, Germany dan Belgrade, Yugoslavia. Penyakit itu dikenal pasti berasal daripada monyet yang di import daripada Uganda untuk kajian. Virus yang baru dikenal pasti itu diberi nama virus Marburg.
1976 -Sejenis penyakit demam berdarah menggemparkan dunia perubatan apabila ia merebak dengan mengejut di Zaire dengan jumlah korban yang banyak. Penyakit yang tidak dikenali ini menggemparkan dunia termasuk mereka yang terlibat di dalam bidang perubatan. Ini disebabkan dunia perubatan pada masa itu masih gagal mengesan punca jangkitan dan rawatan untuk penyakit ini. Ini menjadikan usaha membendung wabak ini sukar disebabkan cara jangkitannya masih belum diketahui. Apabila virus ini dikenal pasti, ia diberi nama virus Ebola sempena nama sungai di Republik Dekrotik Kongo (Zaire) tempat ia mula dikesan. Pada permulaan wabak Ebola, pesakit Ebola dibiarkan bergaul dengan orang ramai menyebabkan wabak Ebola merebak dengan lebih pantas.
Ebola kemudiannya menyerang Sudan di bahagian barat pada tahun yang sama. Sebanyak 550 kes telah disahkan yang mengakibatkan 340 kematian dalam kedua kejadian tersebut.  Disebabkan wabak Ebola berlaku di negara  yang tidak mempunyai kemudahan perubatan yang sempurna dan lengkap, ini  menyukarkan lagi proses mengenalpasti virus itu.
1979 - Serangan Ebola yang kedua pula berlaku di Sudan menyebabkan 34 kes yang disahkan. Daripada jumlah ini 22 kes berakhir dengan kematian.
1989 - Sejenis virus Ebola dikesan di Reston, Virginia di Amerika Syarikat. Virus ini dikenali sebagai  Ebola Reston. Ia berpunca daripada sekumpulan monyet jenis Rhesus yang sampai daripada Filippina. Monyet-monyet ini didapati dijangkiti oleh virus Ebola. Daripada 149 pekerja yang terdedah kepada monyet-monyet itu, tidak seorangpun yang jatuh sakit, walaupun empat daripada pekerja tersebut didapati menghasilkan antibodi untuk virus Ebola Reston. Masyarakat perubatan begitu tidak bersedia untuk menghadapi Ebola sehingakan apabila salah seorang penjaga haiwan di pusat Hazleton-Reston menghadapi jangkitan Reston Ebola, dia dibenarkan masuk ke hospital biasa tanpa diquarantinkan. Walaubagaimanapun, oleh kerana tiada di antara mereka yang sakit teruk, virus Reston Ebola dianggap tidak merbahaya kepada manusia. Bagaimanapun ia dianggap penting oleh kerana cara penyebarannya, disyaki melalui udara, membuktikan virus Ebola lebih mudah merebak.
Gambar virus Ebola
1995 - Sekali lagi wabak Ebola merebak, kali ini di Kikwit, Zaire. Ia dikenalpasti bermula apabila seorang pesakit yang pada mulanya disyaki mengidap demam Malaria menjalani pembedahan. Tidak lama selepas itu, mereka yang terlibat dengan pembedahan itu menunjukkan tanda-tanda penyakit demam berdarah disebabkan oleh virus. Penyakit ini merebak dengan begitu cepat, tetapi gabungan pertubuhan kesihatan termasuk beberapa negara Afrika selatan, ahli masyarakat perubatan Perancis, Belgium, Pusat Pengawalan Penyakit Amerika (CDC), dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berjaya mengawal wabak ini daripada terus merebak. Daripada 293 kes yang dikenalpasti semenjak 1 July 1995, 233 berakhir dengan kematian iaitu pada kadar 80% kematian.

24 November 1995 - Seorang penyelidik wanita berbangsa Swiss, yang sedang telah melakukan bedah siasat kepada bangkai chimpenzi bertujuan untuk menyiasat mengenai peningkatan kes kematian dikalangan monyet chimpenzi yang tinggal di hutan Tai di Cote d’Ivore di Afrika Barat, didapati dijangkiti virus Ebola. Dia telah dibawa pulang dan dirawat di Swiss dan berjaya sembuh. Setelah hasil belah-siasat pada chimpenzi mengenalpasti gejala penyakit yang serupa dengan serangan virus Ebola, usaha mengesan tempat asal virus Ebola telah dijalankan, tetapi menemui kegagalan. Ini disebabkan oleh keluasan hutan Tai, seluas 4,200 kilometer, terlalu luas untuk pencarian terperinci.
Februari 1996 - Virus Ebola sekali lagi dikesan di pendalaman Gabon Afrika Barat.
Virus Ebola tidak dikaji secara meluas disebabkan oleh beberapa faktor. Sifat virus Ebola yang begitu mudah berjangkit menyebabkan kajian perlu dilakukan dibawah penyeliaan yang ketat dan teliti, dengan peralatan yang diluar kemampuan makmal-makmal biasa. Tambahan pula sifat virus Ebola yang amat merbahaya, menyebabkan contoh virus Ebola payah didapati disebabkan oleh kawalan ketat dikenakan ke atas pengedaran contoh virusnya. Kebanyakan kajian virus Ebola dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit. Walaupun banyak maklumat telahpun diketahui mengenai Ebola, teknik rawatan dan vaksin masih belum didapati.
Sumber :archive.today
- See more at Suria FM


Invitation Nuffnang : Mari Beraya ke #NNRaya Open House 2014!

Assalamualaikum korang!

Tengok tak iklan kat nuffnang? Dia orang nak buat open house tau! 
Tapi dengan syarat, korang kena join game dia orang ni.
Hanya 120 orang je terpilih untuk invitation tu.
Haaaa apa game yang dia orang nak buat?
Nah, korang baca kat bawah ni.
Yang penting korang kena ada instagramlah untuk join game nuffnang ni.

v
v
v

Hello all dan Salam Sejahtera!
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada para Nuffnanger!Harap anda semua sihat, ceria dan bahagia! 
Sempena bulan Syawal ini, we would like to invite you to come join us at the #NNRaya Open House 2014 for some makan, minum, laughter and games with our Nuffies! Feel free to ajak fellow bloggers yang lain to meet up during the event and to have some fun bersama-sama!
Here are the details for the event:
api
#NNRaya Open House 2014
Date: 23 August 2014 (Saturday)
Time: 3pm – 8pm
Place: Wanaka the Bungalow, Damansara Heights
Get ready for some fun! Bring along your cameras for the different exciting activities supported by our official partners Ambi Pur and U Mobile. Here is a sneak peak to what we have in store for you!
The #NNRaya Open House 2014 is an invite-only event and we will be giving out 120 pairs of exclusive invites to you awesome Nuffnangers. All you need to do is:
1. Follow us on Instagram.
Final-NNRaya-IG
2. Share the image above on Instagram.
Include in your caption Mari Beraya ke Rumah Terbuka Aidilfitri Nuffnang!”Tell us why you would like to join us, and remember to tag us @nuffnang and include the hashtag #NNRaya.
The best 120 Instagram post captions will win a pair of invites to #NNRaya Open House 2014. 
2. Fill in the form below. Don’t forget to include your Instagram post permalink.
3. The deadline to submit your entry is by 17 August 2014 (Sunday).
We would like to thank our official partners, Ambi Pur and U Mobile for their support.
Last but not least, jangan lupa untuk tengok video Nuffnang Raya kami kalau you belum lagi!
Okay! Enjoy!


p/s : Aku ni tukang promote bolehlah tapi nak layan game tu bercinta sikit haha..

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia