Ruang Iklan Untuk Disewa

Showing posts with label Baca Ni : Apa Pendapat Korang Tentang Dua Perbualan Ni?. Show all posts
Showing posts with label Baca Ni : Apa Pendapat Korang Tentang Dua Perbualan Ni?. Show all posts

Baca Ni : Apa Pendapat Korang Tentang Dua Perbualan Ni?

Assalamualaikum korang!

Luangkan masa untuk baca perbualan bos dan pekerja di bawah ni. Kadang-kadang kelakar pun ada tau bila tengok sikap pekerja bos ni. Tetiba aku terfikir dan mungkin banyak terjadi kat luar sanakan?

Perbualan A
Bos dan staff berbual bersama. Bos offer staff naik manager. Staff ni dari segi disiplin bagus. Buat kerja pun bagus.

Bos : Zul, you ada Degreekan?
Zul : Ya encik, kenapa ya?
Bos : Dah berapa lama you jadi Assistant Manager?
Zul : Adalah dalam 2 tahun.
Bos : Erm... kalau tengok dari segi prestasi, awak dah boleh naik Manager tu.
Zul : Hahaha! Bukan saya tak nak try encik, tapi saya tahu tahap kemampuan saya bekerja. Kalau saya apply Manager tapi saya tak mampu galas tanggungjawab tu kan menjatuhkan prestasi saya.
Bos : Awak kenalah belajar untuk improve diri awak. Kalau tak, sampai bila-bila awak duduk di pangkat yang sama.
Zul : Tapi encik, besar tanggungjawab tu. Saya belum yakin untuk jadi manager.
Bos : Senyap...


Ok perbualan B
Seorang staff executive. Tak ada degree. Prestasi kerja teruk. Pada dasar belum layak pun jadi executive tapi dah jadi executive sebab membodek. Boleh kata kerja kerana nak gaji besar je. Kerja tak tau buat. Explainlah macam mana pun tetap blur. *Kang kata b*d*h kasaq sangat.* Dah tak tau buat keje, suka taici kerja kat orang pulak. Jawatan exec tapi tak mau improve diri untuk melayakkan dia dengan jawatan tu. Selalu MC. Selalu hilang. Selalu buat kerja luar dan gunakan harta benda syarikat untuk kerja peribadi. Tapi ada hati nak naik pangkat assistant manager?


Supir : Encik, saya nampak ada iklan jawatan assistant manager kat unit ni.
Bos : Ya, memang ada pun.
Supir : Saya ingat, saya nak apply lah jawatan tu encik.
Bos : (Tersandar sekejap sambil berfikir dan bercakap dalam hati "Ko bukak microsoft excel pun merangkak-rangkak, suruh draft paper work, memo, surat sendiri pun tersentut-sentut, bagi tugas pun tak reti nak buat, selalu hilang, ada hati nak apply assitant manager? Buat sakit kepala aku je nak handle orang macam ko ni!")
Supir : Nanti encik tolonglah rekemenkan saya dapat jawatan tu. Dah 6 tahun saya tak naik-naik gred. Jadi saya cuba apply naik pangkat jelah.
Bos : Supir, bukan saya tak nak rekemenkan awak untuk jawatan assistant manager tu. (Nak cakap karang takut dia sentap.) Macam nilah, awak apply je jawatan tu. Dapat tak dapat, tu belakang kira. Kalau tak dapat tu maknanya mungkin rezeki awak kat tempat lain. Try apply kat luar pulak. 
Mendalam maksud bos dia ni. Kalau tak ada rezeki, suruh keluar unit. Maknanya dia tak perlukan staff tu.


P/S : Haaaa dah habis baca? Jadi apa pendapat korang lepas baca dua perbualan ni? Yang sorang tu tahu tahap kemampuan diri dalam berkerja dan sorang lagi tu macam tak sedar diri pulak gayanya. Aduhai... corrupt syarikat kalau ada staff yang dalam perbualan B tukan?

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia