Ruang Iklan Untuk Disewa

Hukum Bersalam Dgn Siapa Boleh Dan Siapa Tak Boleh!

1. Hukum bersalaman lelaki dan perempuan yang bukan mahram ialah HARAM. Mengikut Mazhab Shafie ( semua org tahu kan ) Walaupun permasalahan ni dibincangkan dgn panjang lebar dan byk pendapat ulamak tp kita Malaysia mengguna pakai hukum ikut Mazhab Shafie.

2. Bersalaman lelaki dan perempuan saudara mara, haaaaaa.. yg nilah permasalahannya. Boleh ke bersalam dengan anak saudara isteri kita? Bersalam dengan mak saudara isteri kita, opah isteri kita (jika kita lelaki) begitulah sebaliknya. Jika kita isteri bolehkah kita bersalam dgn anak saudara lelaki suami kita? Bapa saudara suami kita? adik ipar kita yg lelaki?


Sebagaimana hadis Nabi saw yg bermaksud :
“Apabila lelaki dan perempuan yg bukan mahram bersalam atau bersentuh dengan sengaja , pada hari akhirat nanti akan dibakar tangannya sehingga hancur badannya” 


Ini jawapannya. Sila baca susur galur ni dengan teliti.
# Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-79 yang bersidang pada 6 - 8 September 2007 telah membincangkan Hukum Berjabat Tangan Dengan Wanita Ajnabi. Muzakarah telah memutuskan bahawa pada prinsipnya hukum berjabat tangan dengan wanita ajnabi adalah haram. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu yang sukar dielakkan, ianya dibolehkan tetapi dalam keadaan terkawal supaya tidak dijadikan budaya dalam masyarakat Islam. Akhir kata cuba2lah kita semak balik siapa yg selalu kita salam selama hari ini ketika kita raya atau kita berziarah ke rumah suadara mara kita. Jika dahulu atau yg lepas2 kita tk tau tk mengapa sekarang dh tau..jgnlah buat ye :) 

Giveaway Teka Wajah Eda By Blogger





Akak teka eda no 4



Jenuh Buat Autopublish Untuk Seminggu Raya

Entry ni pon Autopublish tau.

Nak menangis aku buat entry untuk autopublish seminggu hari raya.
Akak buntu ni noqs.
Apa akak nak merepek dalam entry ni? Haha..
Aku tak rasa aku sempat nak publish entry setiap hari berikutan sangat sibuk menguruskan tetamu, cewah!
Bunyi tu macam ramai je tetamu ko nak datang mahirah.
Padahal aku yang suka menyemak beraya kat rumah orang.
Selama ni buat autopost satu hari 3 entry.
Ni aku nak buat 21 entry untuk seminggu hahahahahahahaha! (gelak juta2)
Mampukah aku?
Apa story yang aku nak cerita ngan korang ek?
Banyak sebenarnya yang aku snap gambar dan ada cerita disebalik gambar tu.
Cumanya tak sempat langsung nak sumbat dalam blog, buat entry.
Semalam ingat nak startlah mengarang dua tiga entry.
Sekali data line macam siput sedut semputnya walaupun data aku unlimited.
Mana aku tak hangin, bayang G je nampak.
Tak nampak pon bayang 3G atau H.
Akak bayar okeh, bukan tak bayar tau.
Kalau tak, dah siap dua tiga entry autopost tau semalam, huhu.
Esok dah sibuk nak kemas rumah, nak prepare baju balik kampung.
Kalau guna telepon aku yang canggih sangat ni memang tarik nafas panjang aku nak menaip.
Oklah itu je nak cerita, akak nak sambung kerja ni.
Bye!

P/S :  Njaluk ngapuro nek eneng duwe salah silap yo

Nasihat : Kekal Positif Supaya Jodoh Mendekat

Haaaa.. baru-baru ni KM ada baca mingguan wanita. Sehelai demi sehelai bukak, terbacalah satu tajuk "Kekal Positif Supaya Jodoh Mendekat" So, terdetiklah di hati KM kali ni nak share dengan korang adik-adik yang sedang tercari-cari jodoh kat luar sana tu ya.

Eh-eh, kenapa pulak tetiba mahirah ni nak share pasal jodoh pulak? Nak kata dia belum kahwin, dah ada anak satu.

Jawapannya? Suka hati akulah, entry aku haha. Tugas korang baca je. Mana tau tips ni berguna untuk korang yang single mingle tu. Meh aku nak cerita sikit ya.

Persoalan jodoh ni memang tak terjangkau dek pemikiran kita. Perkara ni samalah jugak dengan soal rezeki dan jugak nak dapat zuriat. Tapi sebagai manusia kita kenalah berusaha untuk mendekatkan jodoh yang terasa jauh dari diri kita. Betul tak?

Okay, apa caranya nak dekatkan jodoh yang tak terbayang kat fikiran tu? Haaaa... ni KM nak olah sikit apa yang KM baca dan mungkin berguna untuk korang  yang still ragu-ragu setiap kali duk fikir siapalah pasangan hidup korang nanti.

1. Kekal Positif
Macam mana nak kekal positif tu? Korang kena setiasa pastikan diri dalam aura positif. Korang kena percaya yang jdoh korang pasti ada satu hari nanti. Sebab tu korang kena sentiasa berdoa dan berserah kepada Allah swt dan percaya bahawa akan ada seorang yang sesuai untuk korang jadikan suami.

Kehebatan doa ni janganlah korang pertikaikan pulak sebab ia salah satu cara untuk korang hantar gelombang yang positif pada bakal pasangan anda.

Positif bukan pada tindakan je tau malah pemikiran korang jugak. Andai kata ada yang memperlekehkan diri, kentalkan hati dan kuatkan azam tentang si dia yang telah tercipta untuk korang.

2. Usaha mencari pasangan serasi
Tak salah kalau perempuan yang mencari pasangan untuk diri sendiri. Sama ada melalui kawan-kawan atau pun keluarga. Tapi janganlah sampai korang membuang sikap malu dalam diri dengan bertindak luar batasan.

Baik lelaki atau perempuan pun maruah tu kena jagalah dgn baik. Jangan sampai diri tu nampak murah di mata orang yang kita minati.

Usaha jugak perlu seiring dengan doa. Mohon jugak supaya mak ayah korang mendoakan korang bertemu jodoh. Bukan ke doa seorang ibu tu mujarab. Selagi parent masih hidup jangan segan-segan untuk meminta mereka mendoakan kita.

3. Luahkan apa yang terbuku di hati
Katakanlah mak ayah korang atau kawan korang memperkenalkan korang pada seseorang, jangan terus menolak. Sebaliknya cubalah kenali hati budi dia dulu. Manalah tau dia tu jodoh korang yang paling baik ke kan. Mula-mula memanglah tak berkenan sebab mungkin korang belum kenal dia dengan lebih dalam.

Andai korang dah bertemu seseorang yang korang minati, jangan lambat-lambatkan masa. Luahkan je apa yang terbuku kat hati dengan cara yang sopan. Jangan pulak korang paksa dia. Paksa dalam bercinta ni takkan bahagia.

Korang juga yang merana bila cinta ditolak mentah-menta, huhu. Sebab tulah kena belajar cara-cara terbaik untuk meluahkan perasaan. Mungkin korang boleh guna cara kuno iaitu telegram hehe! Atau korang call/sms je terus guna hp atau laman sosial atau mungkin orang tengah.

4. Jadilah seorang yang disenangi
Haaaaa.... setiap orang bukannya sekadar impikan partner yang cantik dan handsome tapi paling utama adalah budi bahasa dan sopan santun. Perangai nilah yang akan menentukan kebahagian korang suami isteri.

Bayangkan kalau isteri atau suami tak pernah berlembut dan tak tau jaga hati pasangan. Semua tu kan boleh mengundang pergaduhan dalam hubungan korang.

Sebab tulah korang kena didik hati supaya sentiasa berlembut dengan situasi persekitaran korang. Cubalah belajar jadi seorang yang perihatin dan memahami. Walaupun tak ada paras rupa tapi asalkan hati dan kelakuan korang baik. Secara tak langsung mampu buat seseorang tertarik dengan korang. hihi.

5. Berhati-hati ketika berbicara soal peribadi
Okay, persoalan ni amat penting sebab bukan semua orang boleh terima masalah yang korang hadapi. Biasanya chemistry antara lelaki dan perempuan ni akan terjalin bila masing-masing mula meluahkan hal peribadi. Jangan senang sangat luahkan isi hati tanpa korang kenal bakal pasangan korang tu lebih dalam.

Risau apa yang korang ceritakan tu akan dijaja pada kawan-kawan dia andai terjadinya konflik dalam hubungan korang yang baru nak tercipta tu. So, korang perlu bijak menilai bakal pasangan korang tu ya.
.
.
Okay, itulah serba sedikit yang aku boleh simpulkan dengan gaya bahasa aku. Semoga ia memberi manfaat dan boleh diguna pakai untuk korang. Jangan nakal-nakal ya. Carilah pasangan yang ideal dan boleh bimbing korang ke syurga.
.
.
Krik...krik...krik... sunyi je semua.
.
Korang ni baca ke tak? Ke korang terus scroll ke bawah? Penat je akak taip panjang menjela ni tau.



Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia