Ruang Iklan Untuk Disewa

Nasihat : Kekal Positif Supaya Jodoh Mendekat

Haaaa.. baru-baru ni KM ada baca mingguan wanita. Sehelai demi sehelai bukak, terbacalah satu tajuk "Kekal Positif Supaya Jodoh Mendekat" So, terdetiklah di hati KM kali ni nak share dengan korang adik-adik yang sedang tercari-cari jodoh kat luar sana tu ya.

Eh-eh, kenapa pulak tetiba mahirah ni nak share pasal jodoh pulak? Nak kata dia belum kahwin, dah ada anak satu.

Jawapannya? Suka hati akulah, entry aku haha. Tugas korang baca je. Mana tau tips ni berguna untuk korang yang single mingle tu. Meh aku nak cerita sikit ya.

Persoalan jodoh ni memang tak terjangkau dek pemikiran kita. Perkara ni samalah jugak dengan soal rezeki dan jugak nak dapat zuriat. Tapi sebagai manusia kita kenalah berusaha untuk mendekatkan jodoh yang terasa jauh dari diri kita. Betul tak?

Okay, apa caranya nak dekatkan jodoh yang tak terbayang kat fikiran tu? Haaaa... ni KM nak olah sikit apa yang KM baca dan mungkin berguna untuk korang  yang still ragu-ragu setiap kali duk fikir siapalah pasangan hidup korang nanti.

1. Kekal Positif
Macam mana nak kekal positif tu? Korang kena setiasa pastikan diri dalam aura positif. Korang kena percaya yang jdoh korang pasti ada satu hari nanti. Sebab tu korang kena sentiasa berdoa dan berserah kepada Allah swt dan percaya bahawa akan ada seorang yang sesuai untuk korang jadikan suami.

Kehebatan doa ni janganlah korang pertikaikan pulak sebab ia salah satu cara untuk korang hantar gelombang yang positif pada bakal pasangan anda.

Positif bukan pada tindakan je tau malah pemikiran korang jugak. Andai kata ada yang memperlekehkan diri, kentalkan hati dan kuatkan azam tentang si dia yang telah tercipta untuk korang.

2. Usaha mencari pasangan serasi
Tak salah kalau perempuan yang mencari pasangan untuk diri sendiri. Sama ada melalui kawan-kawan atau pun keluarga. Tapi janganlah sampai korang membuang sikap malu dalam diri dengan bertindak luar batasan.

Baik lelaki atau perempuan pun maruah tu kena jagalah dgn baik. Jangan sampai diri tu nampak murah di mata orang yang kita minati.

Usaha jugak perlu seiring dengan doa. Mohon jugak supaya mak ayah korang mendoakan korang bertemu jodoh. Bukan ke doa seorang ibu tu mujarab. Selagi parent masih hidup jangan segan-segan untuk meminta mereka mendoakan kita.

3. Luahkan apa yang terbuku di hati
Katakanlah mak ayah korang atau kawan korang memperkenalkan korang pada seseorang, jangan terus menolak. Sebaliknya cubalah kenali hati budi dia dulu. Manalah tau dia tu jodoh korang yang paling baik ke kan. Mula-mula memanglah tak berkenan sebab mungkin korang belum kenal dia dengan lebih dalam.

Andai korang dah bertemu seseorang yang korang minati, jangan lambat-lambatkan masa. Luahkan je apa yang terbuku kat hati dengan cara yang sopan. Jangan pulak korang paksa dia. Paksa dalam bercinta ni takkan bahagia.

Korang juga yang merana bila cinta ditolak mentah-menta, huhu. Sebab tulah kena belajar cara-cara terbaik untuk meluahkan perasaan. Mungkin korang boleh guna cara kuno iaitu telegram hehe! Atau korang call/sms je terus guna hp atau laman sosial atau mungkin orang tengah.

4. Jadilah seorang yang disenangi
Haaaaa.... setiap orang bukannya sekadar impikan partner yang cantik dan handsome tapi paling utama adalah budi bahasa dan sopan santun. Perangai nilah yang akan menentukan kebahagian korang suami isteri.

Bayangkan kalau isteri atau suami tak pernah berlembut dan tak tau jaga hati pasangan. Semua tu kan boleh mengundang pergaduhan dalam hubungan korang.

Sebab tulah korang kena didik hati supaya sentiasa berlembut dengan situasi persekitaran korang. Cubalah belajar jadi seorang yang perihatin dan memahami. Walaupun tak ada paras rupa tapi asalkan hati dan kelakuan korang baik. Secara tak langsung mampu buat seseorang tertarik dengan korang. hihi.

5. Berhati-hati ketika berbicara soal peribadi
Okay, persoalan ni amat penting sebab bukan semua orang boleh terima masalah yang korang hadapi. Biasanya chemistry antara lelaki dan perempuan ni akan terjalin bila masing-masing mula meluahkan hal peribadi. Jangan senang sangat luahkan isi hati tanpa korang kenal bakal pasangan korang tu lebih dalam.

Risau apa yang korang ceritakan tu akan dijaja pada kawan-kawan dia andai terjadinya konflik dalam hubungan korang yang baru nak tercipta tu. So, korang perlu bijak menilai bakal pasangan korang tu ya.
.
.
Okay, itulah serba sedikit yang aku boleh simpulkan dengan gaya bahasa aku. Semoga ia memberi manfaat dan boleh diguna pakai untuk korang. Jangan nakal-nakal ya. Carilah pasangan yang ideal dan boleh bimbing korang ke syurga.
.
.
Krik...krik...krik... sunyi je semua.
.
Korang ni baca ke tak? Ke korang terus scroll ke bawah? Penat je akak taip panjang menjela ni tau.



13 comments

July 25, 2014 at 9:32 AM

mestilah baca kak KM..thanks for the tips.nanti kalau saya kahwin nak jemput akak makan kat meja VIP. ;)

July 25, 2014 at 9:42 AM

ok sy barangkali sy boleh practice apa yg sis share ni..kehkeh..pasangan dah ada tapi seru nak mendirikan masjid tu xsampai2 lagi..kehkeh acener tu..sy rncg Allah tentukan..;D

July 25, 2014 at 10:10 AM

wah.. meja VIP... terharu akak ni... hihi... takut mkn meja VIP tak bangun2 je nanti.. =)

July 25, 2014 at 10:11 AM

berdoa banyak2 supaya seru tu sampai cepat... hihi

July 25, 2014 at 10:15 AM

mestilah saya baca sampai habis. ^^, meh saya bagi ulasan pula kat sini. weee..

jawapan akak tak boleh belah. >>> suka hati akulah, entry aku. <<< hahaha :D

hari-hari berdoa, tapi kadang-kadang macam give up je. rasa macam tak ada sesiapa yang ditakdirkan untuk bersama dengan saya. hmmm..

doa ibu bapa tu, tak pernah terfikir pula. nanti saya usahakan.

bab bagitahu dekat orang yang kita suka tu, mostly (cewah, banyaknya) crush saya tu semuanya dah berpunya dalam diam. nasib baik pandai stalk. hee.

akak KM pun doakanlah saya bertemu dengan someone yang boleh bimbing saya ke Jannah ye :) terima kasih.

July 25, 2014 at 10:46 AM

Hehe..sudah kahwin:)

July 25, 2014 at 11:14 AM

Bagu entri ni kak..kadang-kadang perkara yang remeh temeh kita abaikan.. lagi satu, ada antara kita yang terlalu mudah nak percayakan orang.. nampak baik terus cerita hal peribadi..bahaya...

July 25, 2014 at 11:36 AM

jgnlah ckp mcm tu... adik akak umur 28 tahun pun belum ada jodoh lagi... tp kena percaya qada qadar Allah... doa dan terus berdoa... istikharah pun jgn lupa... minta ibu bapa doakan untuk jodoh kita... insyaAllah.. akak pun doakan korang2 yg bujang ni cepat dpt jodoh yg boleh bimbing ke syurga

July 25, 2014 at 11:36 AM

samalah kita.. nasihat utk adik2 kita ni je...

July 25, 2014 at 11:39 AM

ye... jgn mudah cerita hal peribadi pada org yg baru kita kenal... takut kita dijaja je nanti huhu...

July 25, 2014 at 12:52 PM

wah.. nak juga kak sal!! heee

July 25, 2014 at 5:59 PM

nice sharing.. i loike 200%!! errrr macam gatal pulak.. hehehe

jadi seorang yang disenangi itu penting.. mane thu nt kawen disenang mak mentua kan? hikhik

July 25, 2014 at 6:16 PM

ya.. tu penting tu... jadi menantu kesayangan..

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia