Disney Frozen Sekarang Menjadi Igauan Kanak-Kanak!



Bukan setakat kanak-kanak, mak budak pun suka jugak. Contohnya aku le mak budak tu. Cantiknyalah tengok bagpack, sling back, payung, baju elsa, baju anna, doll elsa dan anna pun ada. Jadi rambang mata nak pilih. (Okay, ni yang rambang mata mak dia ke atau anaknya hahaha) Nampak obvious akukan yang lebih xcited haha.

Adalah jugak usha beberapa barang Disney ni. Antara yang menarik perhatian aku anak beranak ni backpack dan payung. Zulaikha nak sangat baju elsa tapi ku tengok harganya macam nak terjojol biji mata kalah tempah baju raya wei haha. So aku decide beli backpack, payung, bag uncang dan sling bag utk Zulaikha guna ke sekolah dan jalan2.

Sebenarnya ada antara barang Frozen yang aku berkenan kat di mata ni. Aduhai, tak boleh tahan. Aku yang lebih-lebih dari anak aku haha. Jom cuci mata jap. Mana tau korang pun nak beli jugak haha. Layan...

Zulaikha nak sangat aku belikan baju elsa ni tapi harganya sakit dada tengok haha.
Macam ni je harganya RM90

Bag ni pun cantik jugak. Made in China kalau tak silap.
RM69 standard org jual

Yang ni ori from disney. Harganya RM79 ada, RM89 pun ada.

Barbie dol elsa dan anna. Yang ni pun Zulaikha sibuk suruh beli tapi parah la teman kalau beli sekali gus haha.

Bag uncang ni berfungsi untuk letak baju kotor or what so everlah korang nak letak apa.
Tapi aku tak rasa ia untuk baju yang basah ya.
Bag uncang ni aku memang booking order kat seller dan harganya cuma RM7

Okay, bag ni memang mata aku terpegun tengok.
Bukan setakat aku tapi Zulaikha pun sama jugak huhu.
Dia mintak aku belikan ni tapi aku tak dapat kotakan sebab harganya RM99 haha.
Kalaulah bertukar bag dengan kawan sekolah, menangis aku.



 


Yang ni pun menarik minat aku untuk beli haha. 
Siap datang dengan pakej sling bag lagi.
Cumanya ia dalam mata wang USD la haha.
Dah tentu lambat sampai nanti. So pandang jelah. atau beli PRE-ODER dengan seller lain.

Apa pun design dan corak bag frozen di mata aku semuanya cantik.
Tunggu dan lihat jelah bila barang yang aku booking tu sampai.
Semuanya PRE-ORDER, memang lebam tunggu haha..



Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia