Pray For MH17 And GAZA


Innalillahiwainnailaihirojiun
Kita dikejutkan dengan satu berita yang amat menyedihkan pagi ini. 
Pesawat Malaysia Airlines MH17 seperti yang dilaporkan di laman web Astro Awani terhempas di sempadan Ukraine. 
Kejadian ni betul-betul mengganggu fikiran kita semua. 
Yang paling terasa sedih bila KM dapat tahu salah satu family yang berada di dalam pesawat MH17 tu adalah family members sahabat KM sendiri. 
Bila dapat tau berita tu membuatkan segala macam perkara yang keluar kat kepala.
Bermacam duggaan Allah berikan kepada Malaysia pada tahun 2014. 

Sama-samalah kita berdoa dan sedekahkan al fatihah kepada keluarga mangsa yang beragama islam dan tidak lupa saudara kita yang ditindas oleh Zionis di Gaza.

Al-Fatihah





#prayforMH17


#pray4gaza

Email2 Macam Ni Buat Semak Je kan?

Ini baru sikit aku spot check.
Sebenarnya banyak lagi tapi tak laratlah aku nak tunjuk semua.
Ada yang kata email aku menang loterylah.
Yang best tu nak mintak tolong aku simpankan duit pun ada.
Kalau nak menipu pun agak-agaklah wei, kita bukannya bodoh pun.
Ada ke manusia nak pas duit dia kat orang yang tak dikenali.
Taktik basi dah.
Hai.. kalau aku hitung balik berapa banyak email yang minta aku jadi pemegang duit dia orang dan menang lotery, mesti aku dah jadi billion air sekarangkan?
Menang lotery bukan sikit2 der, juta USD plak tu.
Yang kata menang juta Euro pun ada wei. 
Memang pembohong nauzubillah.
 Apa yang pasti, email2 ni semua menyemakkan inbox aku.
Hari-hari aku nak kena clearkan SPAM dan sekarang dia terjah kat inbox aku pulak.









Macam-macam nama aku jumpa ko.
Allif Omar
Aminata Abdul Ghani
Sawdu Bella
Ahmad Hassan
Ahmad Kassan eh? ada ke?

Siap cakap sama ada aku boleh dipercayai atau tidak?

"Kalau dah tak percaya yang ko hantar email kat aku suruh jaga duit ko tu kenapa? Gila?"
Ok faham itu SPAM. Kalau aku layan, aku pun bodoh macam dia orang huhu.
Cuma aku nak tegaskan kat sini yang semua email tu mengganggu mata aku!

Ok bye! 


Penghargaan Kad Raya Dari Irrayyan.com


Alhamdulillah... YEAY!!! 
Kad raya dari Irrayyan dah sampai.
Betapa happynya kak KM ni melompat kat office pagi tadi bila nampak kat raya ni

"Erk? ko dah kenapa mahirah? Asyik typo tulis 'kad' raya jadi 'kat' raya???"
Macam mana aku boleh dapat kad raya dari Irrayyan ni?
Sebenarnya baru-baru ni aku join segmen yang dianjurkan oleh beliau.
Alah, segmen nak bagi kad raya tu?
Takkan korang lupa kot?
Aku ni antara yang terlebih bertuahlah dipilih untuk terima kad raya dari beliau.
Gambar di atas tulah kad raya yang dimaksudkan.
Terimah kasih ya Ira.

Nanti KM reply balik kad raya ya.
Tak sempat nak pi cari tadi.
Esok nak pergi ambil bahulu, nanti KM pergi cari kad raya sekali hehe.
Aduhai bahulu, terbayang-bayang aku.

Okaylah! Bye!

p/s : Masa ni KM sedang dibelenggu berita MH017 terhempas. Sama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada mangsa yang beragama islam.


Zulaikha Menangis Ajak Main Robot-Robot Dengan Ayah Dia


Kesian Zulaikha.
Ajak ayah dia main tapi ayah dia letih sangat sebab baru mengemas rumah.
Bila orang tak layan, mulalah dia buat drama sebabak.
Memang hari tu kita orang letih sangat sebab membersihkan dapur yang dah macam tongkang pecah.
Dapat kita orang membanteras lipas serta anak-anaknya dari membiak.
Dah lama aku aim korang tau.
Kecik beso-kecik beso je aku nengok bila lipas tu berjoget2 jalan depan aku.
Haaaa dengan sekali semburan, terus arwah.

Bila dah habis kemas tu, member dah boring so ingatkan ayah dia nak layanlah.
Sekali ayah dia dah siap mandi dan terus pengsan tido berdengkur.
Memang benganglah sebab tak ada siapa nak layan.
Mak dia ni pun dah tak larat dan pengsan.
Sempatlah snap gambar dia menangis sebelum aku pengsan tido haha.

Bila dah letih tu, ingatkan nak ajak Pak Wan berbuka kat luar je.
Mujurlah petang tu dapat SMS dari ipar suruh datang kampung berbuka.
Pucuk dicita ulam mendatang.
Kami pun terima dan terus datang hahaha.
So, kami tak adalah memasak hari itu.
Jimat tenaga, jimat belanja.

Sekian.

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia