Ruang Iklan Untuk Disewa

KM Tidur Awal Malam Ni : Mengantuk!

Assalamualaikum!

Huuaarrhh! Mengantuknya mata.
KM tengah menulis ni pun boleh tersengguk kepala.
Sakit leher tau huhu.
Zualikha dah lama belayar dengan mimpi dah.
PakWan pulak kerja malam.
Entah apa yang letih pun tak taulah.
Agaknya selalu duduk dalam aircon kot tu yang rasa letih je memanjang.

Nak blogwalking pun boleh tersengguk depan laptop.
Serious lawak dow, tengok diri sendiri.
Sempat blogwaking ke beberapa blog je hari ni.
Mana yang KM tak sempat pergi tu, tunggu je giliran korang ya.
Korang sedia je entry yang menarik untuk KM baca k.

Hah! Dalam tengah mengantuk ni, KM sempat jugaklah buat beberapa rangkap pantun.
Siapa nak beli atau nak jual pantun kat KM, sila tinggal kat komen ya.
Ni buat sendiri tau, tak main ciplak orang punya.


Dari hulu sampai ke seberang,
Berjalan sakan tak ingat nak pulang,
Dari pagi sampai ke petang,
Meeting tak habis-habis sampai ke waktu pulang.

Buah rambutan di bawa ke sini,
Dibawanya sampai ke arah dapur, 
Hari dah nak jauh malam ni,
Korang tak rasa ke nak tidur?

Kerja rumah semua dah settle ni,
Bolehlah nak berehat di waktu malam,
Okehlah korang KM dah mengantuk ni,
Assalamualaikum dan selamat malam!

Daaa...

Memahami Fungsi Pemutus Lita (ELCB)

Assalamualaikum korang!

Hari ni aku nak share sesuatu dengan korang.
Siapa yang pernah tengok bil TNB?
Korang pernah tak kisah apa isi kandungan di belakangnya?
Hahaha.. bunyi macam suspenkan?
Haaa dengar sini aku nak cerita sikit apa isi kandungannya.
Aku tau, ramai kalau dapat bil TNB akan kesah pasal amount yang tertera di bahagian jumlah.
Antara rungutan yang keluar, "Waaaa!!! Apesal bil api tinggi bulan ni?!"
Dan lagi satu rungutan, "Waaaa!!! Apesal bil api aku tak turun-turun sejak dulu?!"

Okeh, di sini aku bukan nak share bagaimana tips-tips nak ngurangkan bil api ya.
Kalau nak kurang kan bil api, pepandai komelah nak jimat cam ne gaya.
Di sini aku nak share, apa isi kandungan yang ada di belakang resit bil tersebut, yang mana kita semua tak pernah ambil kisah pun sebelum ni.
Ok, apakah isi kandungan yang ada?

1. Peringatan!

- Bekalan elektrik terputus jika penunjuk ELCB terpelantik dari 1 ke 0
*jangan tanya terpelantik tu apa sebab aku pun tak tau*

2. Punca-punca ELCB terpelantik

- Kilat
- Peralatan elektrik rosak
- Pendawaian rumah rosak

3. Berhati-hati

- Pastikan tangan kering
- Pakai kasut / selipar getah

4. Cara-cara mengendalikan ELCB

- Matikan suis utama apabila ELCB terpelantik ke arah 0
- Matikan semua suis di dalam rumah/kedai dan cabutkan semua plag.
- Pusingkan penunjuk dari 0 ke 1 untuk menghidupkan ELCB
- Hidupkan suis utama
- Hidupkan suis satu persatu. Sekiranya ELCB terpelantik bermakna pendawaian itu rosak. Hubungi kontraktor berdaftar untuk pembaikan
- Sekiranya ELCB tidak terpelantik, pasangkan plag peralatan elektrik dan hidupkan satu persatu. Jika ELCB terpelantik pada masa ini, ia menandakan peralatan itu rosak.

Haaa itu je aku nak share.
Kalau korang nak tau lebih lanjut, korang tengok www.tnb.com.my
sekian.


Akhirnya Pakwan Tukar Juga Phone Baru.

Assalamualaikum,

Hai korang! Haaaa... tengah buat apa tu? KM nampak dari sini tau, haha!
Oklah, hari ni aku nak cerita pasal ayah zulaikha pulak.
Kisahnya pasal telefon bimbit je.
Erm... korang tau tak baru-baru ni pakwan merungut yang telefon dia kalau charge tak penuh-penuh.
Kalau korang tengok keadaannya memang kesian ler
Contoh macam gambar di bawah ni.
Mak datok hai, sampai jadi cenggini kome oi phone casing dia.
Phonce casing tu aku yang beli tau.
Tengok hijau tu pun korang boleh tau, tu maknanya akulah yang beli tu.
Dah macam baru lepas kena panggang dah aku tengok, haha.


Casing memang burok tapi handphone tetap lawo.
Cumanya tempat charger rosak je.
Tak daye asyik nak kena repair je gamaknya.
Sebab apa aku cakap cam gitu? Sebabnya sebelum ni pun phone tu ada masalah yang sama.
Masalah kat bahagian tempat charge tu.
Komponen dalam tu dah patah so memang langsung tak boleh masuk. (Amboi komponen kata ko)
Nampak tak kat situ betapa ganasnya pakwan guna?


Aku bila pakwan cakap asyik charge tak penuh2 tu mulalah risau.
Takut beterynya meletup je macam adik aku kena.
Tau-tau je dah kembung merekah sampai tercabut casing.
Yang kena pun handphone samsung jugak.

Jadinya aku pun bagilah cadangan.
"Kalau dah rosak tu, beli jelah baru. Tapi janganlah beli yang mahal. Beli sekadar untuk guna je."
Pakwan dengan machonya jawab.
"Alah, tak payahlah membazir, boleh pakai lagi ni. Cuma bahagian nak charge je rosak."
Aku pun jawab balik.
"Memanglah boleh pakai tapi masalahnya kalau dah bahagian charger tu rosak, cam ne abang nak guna??? Habis batery, padam macam tu je ler."
Pakwan diam kejap tak cakap apa. Baru nak terfikirlah tu.
Dahlah tempat kerja dia tu kena guna phone sentiasa.
Aku pun sambung cakap lagi.
"Kalau rasa benda tu perlu, abang beli jelah. Kalau rasa tak perlu, tak payah beli. Tapi kalau dah rosak cenggitu, baik tuko baru je. Tak guna jugak kalau asyik repair tapi tak ok-ok. Kalau rasa nak beli, kita pergi sekarang, petang karang boleh rasmi kat tempat kerja."
Nampak tak permainan kata-kata aku kat situ?
Aku phsyco je tu tapi tak sangka pulak termakan pujuk haha.
Muka pakwan masa tu berseri-seri je ko bila aku cakap cenggitu.

Petang tu jugak kami redah kedai phone.

Ya ampun... masa datang tu, mata aku pulak yang jadi rambang hahaha.
Aku nak yang ini, pakwan ambik yang tu! Aku nak yang sana tu, pakwan ambik yang sini!
*ni masalahnya pakwan yang nak beli ke aku yang nak beli ni? Mahirah! Jangan nak mengada!*
Nampak tak, aku yang terlebih excited dari pakwan?!
Hah! Tengah duk usha-usha, tetiba aku ternampak phone kemetot kat atas tu.
Serious, aku rasa kalau dapat kat aku tu, memang jahanam sudahnya.
Sekali duduk dah pecah kot hahaha!

Korang nampak tak anak dara aku dah start susun kerusi kat kedai tu?
Itu tandanya dia sudah bosan.
Haaa.. lepas ni siapa yang perlukan perkhidmatan mengemas bolehlah ambik tender dengan aku ya hahaha!
Okeh, aku dah merepek, sambung balik cerita tadi.
Pakwan tu sebenarnya nak cari screen beso macam samsung note 2 jugak.
Memandangkan kami main terjah je nak beli, jadinya kami terpaksalah ambil masa yang lama untuk fikir dan buat pilihan.
Kejap-kejap pakwan tanya aku, "Yang, yg ni ok tak? Ke yang ni lagi ok? Abang cam berkenan yang macam phone abah tu."
Jawapan aku? "I ok je semua ni bang."
Haha! Kesian dia, jawapan tak membantu langsung.
Sudahnya, pakwan pilih Lenovo A850 smartphone yang sama saiz macam note 2 dia.
Katanya puas sikit tengok mesej, besau-besau.
Dah dalam family aku, tiga orang gunakan telefon jenama yang sama dan siri yang sama hehe.

Aku suka cara saleman ni bercerita dengan kita orang.
Dia punya penjelasan lebih jelas dari salewomen yang handle abah aku dulu.
Macam cakap tak nak cakap je masa kita orang tanya.
Rezeki pakwan dapat saleman yang ok.

Ni cover kotak, telephonnya tengah setting, tengah charge.
Siap dapat free gift lagi ko, bahagianya hidup.
Nah sekarang barulah nampak muka pakwan ceria bila ada phone baru.
Tu la.., kalau dari dulu tukarkan dah settle masalah.
Ini tidak, nanti.. nanti.. nanti.. sampai bila nak nanti? 
Sampai dah nazak telefon tu sungguh2 baru nak tukar?
Huhu, oklah itu je nak cerita.
Daaa..



Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia